top of page

REVIEW: WHAMISA ORGANIC FLOWERS TONER (DEEP RICH)

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 23 Dis 2019
  • 4 min membaca

Updated: 23 Okt 2020

Hai semua, review post hari ini adalah tentang produk dari Whamisa Organic Flowers Toner (Deep Rich). Toner ini boleh dikategorikan sebagai produk organik premium berdasarkan beberapa faktor seperti pembungkusan, harga, cara pemasaran dan ingredients terpilih untuk formulasi produk ini. Merujuk kepada website brand kepada produk ini, Whamisa terkenal dengan ingredient utamanya fermented organic dari bunga-bunga segar dan wangi, buah-buahan dan biji benih tumbuhan. Seperti yang kita sedia maklum, memang tidak ada satu produk yang 100% organik atau natural di dunia, termasuklah Whamisa. Yang bagusnya Whamisa ni, claim pembungkusan dan marketing sangat jujur kerana mereka menerangkan produk toner ini mengandungi sekitar 97% ingredients dari ekstrak tumbuhan dan bunga-bungaan yang telah dipatenkan. Selebihnya lebih kurang 5% terdiri daripada preservative yang selamat dan serasi dengan formulasi toner ini.

Untuk pengetahuan, toner ini terdapat dalam 3 jenis iaitu: Original (berwarna kuning), Refresh (berwarna biru) dan Deep Rich (berwarna pink). Persamaan di antara kesemua jenis toner ini adalah: ia membantu dalam exfoliate sel kulit mati di samping menenangkan kulit wajah dan memberikan hidrasi yang tinggi. Walau bagaimanapun, perbezaan di antara ketiga-tiga jenis toner ini adalah:

Sumber: Website Whamisa


1) Orginal (berwarna kuning): membantu menaturalkan pH kulit dan sesuai digunakan untuk semua kulit wajah kecuali kulit sensitif.

2) Refresh (berwarna biru): direka khas untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan sangat bagus untuk hydration.

3) Deep Rich (berwarna pink): ia mempunyai ingredient bagus seperti organic argania spinosa oil iaitu dapat memberikan hydration yang tinggi dan jauh ke dalam kulit.

Paling bagusnya ketiga-tiga versi toner ini adalah ia tidak menggunakan purified water tetapi digantikan dengan ekstrak botanikal yang jauh lebih baik untuk kulit.

Walau bagaimanapun, di antara ketiga-tiga versi toner ini, yang paling laris, berkesan dan popular adalah Deep Rich (berwarna pink). Produk toner versi ini rata-rata pengguna sangat menyukainya dan keep repeat purchasing sebab ia sangat ketara kesannya dalam memberikan exfoliate dan hydration kepada kulit, sekaligus menjadikan kulit wajah lebih lembut, glowing dan supple!


Untuk makluman, produk toner dari Whamisa ini BEBAS daripada parabens, alcohol, bahan-bahan artificial, fragrances, silicone, mineral oils, dan unsur-unsur dari haiwan. Satu-satunya claim yang paling betul dan dipercayai oleh kebanyakan pengguna produk ini adalah ianya dapat memberikan hydration yang cukup baik jauh ke dalam kulit, dan kelembapan pada kulit dalam jangka masa yang panjang. Ia juga tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit wajah. Yang paling best, ia tidak mungkin akan memberikan rasa merengsa (irritating), kemerahan atau terbakar sebab pH produk ini berada di antara 5.2 dan 5.7 disamping ingredients yang soothing dan melembapkan.


Berikut adalah jadual ingredients utama dan terbaik yang digunakan dalam produk toner ini:

Tekstur produk toner dari Whamisa ini lebih tebal (thicker) daripada kebanyakan produk toner di pasaran. Consistency produk boleh dikatakan sama dengan produk kategori serum. Untuk perbandingan, toner Whamisa berada di antara tekstur toner dari Pyunkang Yul Essence Toner dan Dear Klair’s Supple Prepatation Facial Toner. Maksudnya, toner Whamisa ini kurang tebal (thicker) daripada Dear Klair’s tetapi tidak terlalu watery, dan ianya lebih kurang macam Pyunkang Yul cuma tebal sedikit. Walau bagaimana pun, produk toner ini sangat mudah menyerap ke dalam kulit, dan mempunyai bau yang agak lembut seperti bau vitamin C, dan kulit terasa sedikit sticky selepas disapukan. Rasa sticky tersebut akan hilang untuk beberapa ketika, so don’t worry much.


Merujukan kepada website Whamisa, produk toner ini perlu digunakan selepas cleansing, dan diikuti dengan lotion, cream dan essence.

Sumber: Website Whamisa


Walau bagaimanapun, kami berpendapat jika pengguna menggunakan beberapa produk penjagaan brands yang lain bersama toner ini, ia haruslah dilakukan mengikut viscosity (tekstur) sesuatu produk iaitu dari yang ringan ke yang tebal (from thin to thick). Contohnya, selepas melakukan cleansing, produk paling awal digunakan adalah essence kerana ianya mempunyai molekul paling kecil (mikro), paling cepat meresap kerana bersifat watery, dan mengandungi ingredient terbaik (fermented atau probiotics) yang tinggi. Penggunaan toner boleh digunakan selepas essence. Disebabkan tekstur yang sedikit tebal, produk toner ini boleh digunakan 3 atau 4 titis sahaja dalam satu rutin. Jimat dan berbaloi!


Apa yang dapat disimpulkan daripada review kali ini ialah, WE LOVE THIS PRODUCT! Kami telah menjalankan observation selama 28 hari penggunaan produk toner Whamisa (dengan kuantiti 20ml setiap seorang) ini kepada 4 orang volunteer yang mempunyai kulit kering, kulit kombinasi, kulit berminyak dan kulit normal. Volunteer telah menggunakannya pada rutin siang dan malam (tidak termasuk teknik 7-skin). Efek paling ketara di antara keempat-empat volunteer ialah; kelembapan kulit meningkat, hydrating, menjadikan kulit plumping sekaligus dapat membuatkan kulit yang ada lekuk kecil akibat parut jerawat menjadi sekata. So, untuk mereka yang mempunyai masalah KULIT KERING, KULIT KUSAM, MENGELUPAS, DEHYDRATED, SKIN BARRIER ROSAK, dan PARUT JERAWAT jenis lekuk kecil, produk toner dari Whamisa (terutamanya versi Deep Rich) adalah sangat highly recommended!


Produk ini berharga di antara RM25 hingga RM150. Originally, ia dibotolkan dalam pek 20ML, 120ML, 155ML dan 300ML. Walaupun agak sedikit mahal, jika di lihat pada tekstur dan keberkesanannya ianya sangat berbaloi sebab penggunaan toner ini hanya dalam kuantiti sangat kecil dan dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang. Kalau nak cuba dengan pek trial atau nak beli daripada trusted seller, kami recommend untuk beli kat SINI sebab murah dan terjamin. Untuk recommendation, kami menyarankan botol bersaiz 120ML yang paling ideal untuk penggunaan di antara 8 bulan – 12 bulan. Jimat, produk berkualiti tinggi dengan ingredients yang baik, dan berkesan! Untuk mendapatkan produk ini, terdapat beberapa platform trusted seller yang kami sertakan di bawah. Selamat mencuba. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada kami di info@nureaa.com.


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page