B-TRICKS
B-Tricks menerangkan pelbagai beauty tricks produk kecantikan yang ada di pasaran dalam menangani masalah kulit yang common. Beberapa tricks yang dikongsikan dapat mempercepatkan kesan produk kecantikan yang selamat tanpa mengandungi atau menggunakan bahan terlarang. Scroll page ini untuk melihat dan mencuba beberapa beauty tricks yang berkesan. Selamat mencuba!
B-Trick #1: MENDAPATKAN KULIT GLOWY DAN LICIN DENGAN GABUNGAN VITAMIN E, VITAMIN C DAN HYALURONIC ACID
Kalau kita bercakap tentang Vitamin C, tentu ramai sahaja yang mempunyai pelbagai produk vitamin C kegemaran. Persoalannya, adakah hasil daripada produk vitamin C tersebut memberikan kesan yang sangat bagus terhadap kulit kita? Adakah penggunaan dosage yang tinggi dapat mencerahkan kulit atau memberikan rasa merengsa? Kalau nak tau trick best untuk mendapatkan kulit wajah yang licin, glowy dan cerah TANPA ingredients yang boleh merbahayakan kulit dan kesihatan, jom baca lanjut.
Produk vitamin C untuk kulit wajah ada banyak jenis dan derivatif di pasaran. Walau bagaimanapun, penggunaan produk vitamin C bertekstur serbuk dari The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder ini dapat memberikan hasil yang cukup cukup diimpikan oleh ramai orang terutamanya mereka yang nak kulit CERAH dan LICIN. Ya, memang benar, kandungan utamanya hanyalah L-Ascorbic Acid (vitamin C berbentuk serbuk). Tapi, macam mana nak guna? Jawapan hint: L-Ascorbic Acid + 5 jenis Hyaluronic Acid + Sunscreen. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca okay!
Semua orang tahu yang vitamin C dapat memberikan banyak manfaat kepada kulit kita. Antara manfaat vitamin C adalah mengurangkan tanda-tanda penuaan, mencerahkan kulit, antioksidan yang poweful dan dapat meneutralkan radikal bebas yang mudah didapati di sekeliling dan alam sekitar. Ia juga membantu membaiki sel-sel kulit yang telah rosak serta mempercepatkan proses pertumbuhan semula jadi kulit. Selain itu, penggunaan vitamin C dapat merangsang produksi kolagen kulit kita dan menjadikannya lebih anjal. Nah, banyak kan manfaat vitamin C kepada kulit kita. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak dapat memaksimumkan manfaat dan penggunaan produk vitamin C ini dengan sebaiknya. Ini kerana vitamin C amatlah MUDAH teroksida dengan cahaya matahari. Sebab itulah semua produk yang mengandungi vitamin C dibotolkan dalam packaging atau botol berwarna gelap agar cahaya tidak dapat menembusi dan mengoksidakan isi di dalamnya. Untuk pengetahuan, produk vitamin C yang bertekstur cecair lebih mudah teroksida berbanding bertekstur serbuk. Selain itu vitamin C bertekstur serbuk adalah paling stabil berbanding tekstur lain. Oleh kerana fungsi, tekstur dan manfaat vitamin C ini, The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder adalah pilihan vitamin C terbaik berbanding yang lain disebabkan oleh penggunaanya yang versatile, stabil, dan powerful.
Ascorbic acid asli telah terbukti paling efektif untuk menembusi terus ke dalam kulit kita dan ianya tidak lagi menjadi persoalan tentang segala manfaatnya. Penggunaan The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder ini mesti diformulasikan pada pH level di bawah 4.0 untuk menjadikannya sangat efektif, idealnya di antara 2.6 and 3.2. So, nak campurkannya dengan apa? Air? Toner? Essence? Serum? Jawapannya: Semua pun boleh! Asalkan ianya berada di antara pH level yang disebutkan tadi. Walau bagaimanapun, kami mempunyai trick paling best, tidak merbahaya, mempunyai gabungan paling ideal untuk hasil kulit CERAH dan LICIN iaitu mencampurkannya dengan 5 jenis hyaluronic acid yang tentunya mengandungi manfaat terbaik. Mana nak dapat pulak 5 jenis hyaluronic acid ini? Jawapannya: Hada Labo GokuJyun Premium Lotion (botol warna oren dan viscous consistency yang agak pekat).
Untuk yang berminat mencuba beauty trick dengan hasil hebat ini, berikut adalah sukatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan serum 25% atau 12.5% dengan gabungan The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder bersama Hada Labo GokuJyun Premium Lotion.
-
Untuk mereka yang dah advanced (atau pernah menggunakan produk vitamin C), boleh cuba sukatan untuk 25% serum ini. Untuk mendapatkan 25% cencentration The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder kepada serum, gunakan 0.5 scoop serbuk vitamin C tersebut (lebih kurang setengah scoop sahaja, jangan risau sudu scoop kecil ini disediakan bersama produk The Ordinary). Tambahkan 1.5 scoop Hada Labo GokuJyun Premium Lotion. Secara amnya, ratio untuk mendapatkan serum 25% ini adalah 1:3 sahaja. Kacaukan kedua-dua produk yang dicampurkan ini sehingga serbuk vitamin C tersebut larut.
-
Untuk beginner yang tak pernah menggunakan produk vitamin C, boleh cuba hasilkan serum 12.5% hasil gabungan kedua-dua produk ini. Kami mendapati campuran ratio ¼ (atau 0.25) scoop The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder bersama 1 ¾ (atau 1.75) scoop Hada Labo GokuJyun Premium Lotion dapat menghasilkan serum fresh yang tinggi manfaatnya. Jangan lupa kacaukan kedua-dua gabungan produk ini sehingga serbuk vitamin C tersebut larut.
-
Untuk mendapatkan lebih boost dan manfaat maksimum serum yang terhasil, tambahkan vitamin E seperti Pure Vitamin E Acetate Oil / Tocopheryl Acetate kepada serum gabungan tadi. Campuran 3 produk ini dapat meningkatkan efficacy kepada kulit dan semua benefit daripada produk-produk tersebut dapat dimaksimakan. Hasilnya, ia dapat membaiki tekstur kulit yang disebabkan oleh jerawat dengan cepat, maksudnya parut jerawat tak sempat nak terbina atau kalau dah terjadi ia boleh memudarkannya. Gabungan vitamin E dan vitamin C adalah yang paling serasi dan they support each other serta memberikan hasil yang tidak dapat dinafikan.
PERINGATAN: Serum yang terhasil daripada gabungan produk-produk ini MESTILAH digunakan selepas mencuci wajah. Tanpa sebarang toner mahupun produk lain, sapukan serum yang terhasil terus kepada kulit wajah. Ratakan dan tepuk-tepuk untuk mempercepatkan serapan serum tersebut. BIARKAN selamat 30 minit dan BILAS dengan air. Kenapa perlu bilas selepas 30 minit? Berikut adalah sebab utama;
-
Serum yang terhasil tadi bersifat acidic. Maksudnya, acid dapat menunjukan reaksi dan kerjanya sekitar 20-25 minit. Selepas jangka masa ini, ianya akan meneutralizekan kembali kulit kita. Apa yang terjadi sepanjang serum tersebut bekerja ialah selain menembusi terus ke dalam kulit, ia juga dapat exfoliate sel-sel kulit yang telah mati. So, bila kita membilas kulit wajah selepas 30 minit, sel-sel kulit yang telah mati dapat disingkirkan tanpa mengganggu penetration manfaat serum yang terhasil tadi. Kebaikan membilas kulit wajah, ia dapat clearkan kulit wajah daripada sel kulit mati yang tidak berguna (atau boleh mengakibatkan clog pores atau blackheads), dan kulit kita bersedia untuk rutin dan penyerapan produk-produk seterusnya.
-
Dalam step rutin penjagaan wajah, produk-produk berikutnya mungkin mengandungi peptides. Kalau tidak membilas serum yang telah disapukan tadi, dan meneruskan rutin dengan step seterusnya, manfaat produk-produk yang selepas itu tidak dapat diserap ke dalam kulit. Ini kerana penggunaan vitamin C bersama peptides, atau vitamin C bersama niacinamide, dalam rutin yang sama hanya akan melemahkan fungsinya. Sebab itulah, selepas 30 minit penggunaan serum tadi harus dibilas dengan air. Bila kulit wajah telah dibilas dengan air, pH kulit kembali neutral dan manfaat serum telah diserap, serta kulit bersedia untuk step seterusnya. Jika peptides atau niacinamide digunakan dalam step seterusnya, segala manfaat akan didapati oleh kulit kita.
-
Disebabkan penggunaan serum 30 minit perlu dibilas dan mempunyai waiting time yang mungkin agak lama, kami menyarankan penggunaan pada rutin waktu malam. Seperti objektif skincare, waktu siang digunakan untuk “protection” dan waktu malam difokuskan kepada “treatment”. So, ia sejajar dengan skincare philosophy.
-
Jangan lupa lakukan PATCH TEST untuk kesemua produk yang digunakan dalam beauty trick ini.
In summary, beauty trick ini memerlukan 2 jenis produk utama iaitu The Ordinary 100% L-Ascorbic Acid Powder dan Hada Labo GokuJyun Premium Lotion. Untuk lebih manfaat terutamanya mereka yang mempunyai parut jerawat, boleh tambahkan Pure Vitamin E Acetate Oil / Tocopheryl Acetate. Hasilnya, kulit menjadi licin, cerah, dan tanpa cela.
Selamat mencuba!
B-Trick #2: MENGHINDARKAN JERAWAT DENGAN GABUNGAN ESSENCE EFEKTIF
Kami mengesyorkan untuk menggunakan produk Essence pada awal step SELEPAS mencuci kulit wajah. Ini kerana Essence adalah produk yang paling mudah untuk menembusi kulit wajah disebabkan oleh molekulnya yang mikro (terlalu kecil). Selain itu, kalau perasan, kebanyakan produk Essence di pasaran dikenali dengan “The First” treatment Essence. “First” bermaksud pertama, so, dalam istilah skincare rutin juga ia boleh dan sangat digalakkan untuk digunakan pada step pertama selepas mencuci kulit wajah. Untuk pengetahuan, Essence direka sebagai produk yang membantu penyerapan ingredients baik yang terdapat dalam produk-produk lain yang digunakan dalam rutin yang sama. Kalau menggunakan Essence pada step awal, ia membantu penyerapan produk-produk berikutnya kepada kulit. Toner boleh digunakan selepas Essence, dan membantu meningkatkan lagi kesediaan pH kulit kita. Essence terbahagi kepada dua jenis iaitu “fermented” dan “probiotic”.
Probiotic Essence mengandungi micro-organisma yang cukup tinggi yang dapat menguatkan kulit kita dan memberikan natural look disamping hidrasi yang baik kepada kulit. Essence jenis ini membantu mengurangkan sensitiviti kulit (de-sensitize) serta mengurangkan kemerahan (redness) pada kulit. Probiotic skincare juga dikenali sebagai senjata untuk melawan masalah penuaan, dan membantu kondisi kulit macam berjerawat dan psoriasis. Fermented Essence pula dapat membantu mengurangkan rasa ketat dan tegang pada kulit wajah selepas dicuci, menyingkirkan rasa tidak selesa atau tak balance yang boleh terjadi, serta meningkatkan kesihatan kulit wajah.
So, untuk beauty tricks kali ini ialah, penggunaan dua jenis Essence dalam satu rutin adalah paling baik dan selamat. Kombinasi kedua-dua jenis Essence yang digunakan dalam step pertama selepas mencuci kulit wajah dapat memberikan manfaat yang cukup tinggi. Walaupun tekstur Essence seperti air dan kebanyakan orang sering “underestimate” fungsinya malah memang ada yang skip penggunaan produk ini, ia sebenarnya memberikan boost atau membantu penyerapan ingredients baik dalam rutin seharian. Benefits setiap produk dalam rutin dapat dimaksimakan untuk mendapatkan hasil yang top berbanding jika tidak digunakan bersama Essence. Berikut adalah 10 jenis Essence yang sangat membantu, memberikan kesan yang tip top, dan pasti memberikan hasil yang optimum;
Setelah membuat kajian, kesemua top 10 Essence yang tebaik ini berasal dari Korea Selatan dan Jepun, dan ia disenaraikan mengikut percentage ingredient terbaik yang tinggi. Teknologi untuk produk Essence dari brands di Eropah dan Amerika Syarikat masih belum dapat mengatasi kesemua brands di atas untuk kategori ini.
Cara menggunakannya:
Selepas mencuci kulit wajah, gunakan Essence A (contohnya, NEOGEN Real Ferment Micro Essence). Tepuk-tepuk Essence tersebut kepada kulit wajah. Teknik tepuk-tepuk ini dapat memberikan penyerapan yang cepat. Tekap seketika dengan kedua belah tapak tangan untuk beberapa saat, dan biarkan ianya meresap. Kemudian, gunakan Essence B (contohnya, BENTON Fermentation Essence). Sekali lagi ulangi teknik tepuk-tepuk ke seluruh wajah dan diakhirnya dengan menekapkan kedua-dua belah tapak tangan kepada wajah. Kedua-dua Essence tersebut sudah meresap ke dalam kulit dan bolehlah ke step seterusnya iaitu menggunakan Toner.
PERINGATAN:
-
Lakukan PATCH TEST sebelum melakukan teknik ini
-
Kedua-dua tapak tangan MESTI dibersihkan agar tidak mengundang bakteria ataupun kotoran yang mudah meresap bersama Essence yang digunakan.
-
Teknik tepuk-tepuk boleh dilakukan dalam kiraan 20 atau apabila terasa telah diserap (mana-mana yang dilihat dahulu).
Selamat mencuba!
B-Trick #3: MENDAPATKAN ASAS KULIT YANG KUAT DENGAN CERAMIDES
Untuk pengetahuan, asas kulit yang rapuh atau tidak kukuh adalah penyebab utama terjadinya jerawat, penuaan, kulit kusam, dan pelbagai lagi masalah common lain. Ingredient paling penting dalam mendapatkan skin base atau asas kulit wajah yang baik ialah CERAMIDES. Walau bagaimanapun, ianya jarang atau agak sukar dijumpai dalam banyak platform yang membincangkan mengenainya. Secara ringkasnya, ceramides adalah unsur yang terdapat pada struktur kulit manusia yang mengandungi lipids, atau fat molecules yang dapat memberikan asas kulit (skin base) yang kuat, meremajakan, menganjalkan dan paling penting sekali membuatkan kulit lebih sihat. Walau bagaimanapun, apabila kita meningkat umur, tubuh badan kita memproduksikan kurang ceramides, dan disebabkan inilah kulit kita memerlukan bantuan daripada skincare yang mengandungi ceramides dalam rutin harian.
Ceramides boleh digunakan dalam moisturiser, toner, mahupun essence! Ianya tidak ada had penggunaan, kalau nak guna sebanyak mana pun tiada masalah kerana ianya sangat baik untuk kulit kita. Produk yang mengandungi ceramides menjadi “favorite” kami dan kami sering menantikan pelbagai produk dan brands yang menggunakannya. Antara produk terbaik yang mempunyai kandungan ceramides yang sangat tinggi dan bagus adalah:
Penggunaan produk yang mengandungi ceramides amatlah digalakkan dalam sebarang step rutin penjagaan wajah. Ini kerana ceramide tidak akan menimbulkan sebarang masalah kulit malah membantu mengatasi pelbagai masalah kulit yang lain. Asas kulit yang kuat dan kukuh dapat mengelakkan masalah jerawat dan kemasukan bakteria dan bendasing yang tidak baik. So, jangan lengahkan masa untuk menambahkan ceramide dalam rutin penjagaan wajah ya!
Ceramides terdapat dalam pelbagai jenis contohnya, ceramide 1, ceramide 2, ceramide 3, ceramide NP, ceramide EOP, ceramide AP, ceramide PC-104, dan sebagainya. Semua jenis ceramides ini adalah baik untuk kulit dan boleh digunakan untuk sebarang kondisi kulit.
Selamat mencuba!
B-Trick #4: GABUNGAN EPIDERMAL GROWTH FACTORS (EGF) DENGAN MOISTURISER DAPAT MENGANJALKAN KULIT LEBIH MUDA DARI UMUR
Epidermal Growth Factors atau nama singkatannya EGF adalah salah satu ingredient mahal yang digunakan dalam banyak produk kecantikan luxury. Untuk pengetahuan, penemuan EGF ini telah dijumpai oleh Stanley Cohen (1922) dari USA dan Rita Levi-Montalcini (1909) dari Itali. Penemuan yang sangat inovatif ini membuatkan mereka dinobatkan sebagai penerima The Nobel Prize in Physiology of Medicine pada tahun 1986.
Secara amnya, EGF mengandungi single-chain, non-glycosylated protein (iaitu 6200 daltons dengan 53 amino acids). Ia boleh didapati daripada cecair badan seperti susu dalam badan manusia, urine, saliva (air liur), air mata, dan sebagainya. Selain dari sumber natural, EGF juga boleh didapati dalam sumber sintetik seperti dari stem cell tumbuh-tumbuhan dan dicipta dalam makmal.
Dalam perubatan, EGF digunakan sebagai agen penyembuhan (endogenous healing factor of skin), corneal and intestinal (usus), mucosal wounds, sintesis fibrous protein untuk meningkatkan produksi kolagen dan elastin kulit kita dan paling penting mengurangkan masalah kedutan dan hydration kulit disamping menghalang terjadinya pigmentation dan jeragat.
Walau bagaimanapun, sumber natural EGF dari badan kita berkurangan mengikut peningkatan umur dan paling drastik pengurangannya ketika berumur 29 tahun ke atas. So, pada umur 29 tahun dan ke atas inilah ramai orang akan mencari produk-produk yang dapat memberikan EGF tambahan untuk mengatasi beberapa masalah yang selari dengan peningkatan umur, contohnya seperti penuaan, garis halus, kedutan, jeragat, parut jerawat, dan sebagainya.
EGF memberikan beberapa kesan baik kepada kulit. Antaranya:
-
Regeneration: Menjana semula kulit dengan menggunakan sel kulit baru dan mengurangkan luka
-
Wrinkle improvement: Merangsang bahagian Fibroblast dan synthesises kolagen dan elastin kulit
-
Hydration: Meningkatkan skin barrier kulit dan mengekalkan kelembapan kulit
-
Pigmentation prevention: Mencegah melanin dan tyrosinase ketika proses pembaikan luka
-
Angiogenesis: Induksi faktor angiogenic (antara yang berperanan dalam pembentukan vessel blood)
Contoh-contoh ingredients yang digunakan dalam produk kecantikan termasuklah;
-
rH-Oligopeptide-1
-
SH-Oligopeptide-1
-
SH-Oligopeptide-2
Untuk makluman, produk-produk kecantikan di pasaran mengandungi concentration EGF sebanyak 0.00005% atau kurang. Terdapat banyak produk-produk di pasaran terutamanya moisturiser yang mempunyai campuran EGF (don’t worry sebab most of them datangnya dari sumber tumbuhan atau sintetik buatan makmal). Antara produk-produk yang mengandungi concentration EGF (dalam pelbagai strength/kekuatan) yang paling baik dan tidak mengandungi unsur meragukan/terlarang adalah;
-
Easydew DW-EGF Easyup Serum (Award-Winning with Medical Grade EGF)
-
Easydew EX Repair Control EGF (Award-Winning)
-
Easydew Dw-EGF First Essence 150ml Skin Balancing for dry Skin type Nutrition
Walau bagaimanapun, untuk mereka yang suka kan sains di sebalik skincare, boleh lakukan sendiri campuran EGF asli yang boleh didapati daripada Skinactives EGF untuk digunakan bersama moisturiser pilihan (your favorite moisturiser). EGF asli dijual pada kuantiti yang sangat kecil dalam tiub VIAL tetapi concentration nya cukup tinggi sehingga dapat memberikan boost hingga 25 kali ganda daripada produk-produk komersial di pasaran. Untuk mereka yang berminat untuk membuat moisturiser dengan campuran EGF sendiri, boleh beli EGF asli di Skinactives EGF, berikut adalah instruction paling mudah;
Moisturiser terdapat dalam banyak jenis saiz. Antaranya, 9ml (sample produk), 30ml (saiz mini), 50ml (saiz kecil), 75ml (saiz standard), 100ml (saiz besar). Kalau produk moisturiser tersebut dipekkan dalam bentuk tiub, boleh gunakan bekas kosong yang sama saiz dengan isi tiub tersebut dan pindahkan keselurahannya untuk memudahkan campuran dengan EGF nanti.
Kekuatan standard produk moisturiser dengan EGF. Selalunya produk dipasaran mempunyai kekuatan seperti ini. Untuk mengelakkan harga produk di pasaran yang terlalu mahal (contohnya macam La Mer creame), boleh hasilkan sendiri dengan moisturiser pilihan (hanya untuk kegunaan sendiri dan tidak dikongsikan dengan orang lain atas faktor hygiene). Caranya: Campurkan SATU vial EGF dalam 100ml (saiz besar) produk moisturiser. Campuan 1 vial dalam 100ml menjadikannya low concentration. Ianya sangat bagus untuk permulaan atau untuk mereka yang baru nak menggunakan EGF dalam rutin penjagaan wajah. Apabila kulit sudah membina tolerant, bolehlah menambakan percentage EGF dalam moisturiser kepada kekuatan sederhana.
Kekuatan sederhana produk moisturiser dengan EGF. Dalam kekuatan ini produk campuran dapat memberikan 4 kali ganda boost benefit mosituriser tersebut. Kiraan campuran berikut dapat memberikan hasil yang sangat sangat bagus kepada kulit wajah;
-
Campurkan 1 vial kepada 30ml moisturiser
-
Campurkan 2 vial kepada 50ml moisturiser
-
Campurkan 3 vial kepada 75ml moisturiser
-
Campurkan 4 vial kepada 100ml moisturiser
Kekuatan paling maksima produk moisturiser dengan EGF. Ia mungkin tidak sesuai digunakan untuk sesetengah orang. Lakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakan produk campuran ini sepenuhnya. Tidak merbahaya cuma penerimaan kulit harus dipantau. Dalam kekuatan ini produk campuran dapat memberikan 12 kali ganda boost benefit mosituriser tersebut. Walaupun ianya akan memberikan kesan yang cukup cepat dan berkesan, ia juga bergantung kepada tolerant dan kondisi penerimaan kulit. Contoh campuran untuk mendapatkan maksimum benefit daripada gabungan moisturiser dan EGF adalah seperti berikut;
-
Campurkan 1 vial kepada 9ml (sample produk) moisturiser
-
Campurkan 3 vial kepada 30ml moisturiser
-
Campurkan 6 vial kepada 50ml moisturiser
-
Campurkan 9 vial kepada 75ml moisturiser
-
Campurkan 12 vial kepada 100ml moisturiser
PERINGATAN: Untuk mereka yang inginkan produk moisturiser yang sangat berkesan, menyenangkan, berhasil seperti yang diimpikan atau setanding produk mahal lain di pasaran, boleh campurkan concentration EGF ini dengan apa jua saiz moisturiser pilihan mengikut sukatan VIAL seperti saranan di atas TETAPI JANGAN MELEBIHI HAD 25 kali ganda. Disyorkan juga untuk menggunakan campuran concentration EGF bersama moisturiser ini dalam kekuatan dari low concetration kepada standard. JANGAN skip terus kepada kekuatan standard kerana ia boleh mendatangkan ketidak selesaan. Lakukan PATCH TEST sebelum mencuba produk campuran yang terhasil.
Selamat mencuba!
B-Trick #5: GABUNGAN PEPTIDES SERUM INI DAPAT MEMPERCEPATKAN PEMULIHAN TEKSTUR KULIT, MENYERLAHKAN NATURAL GLOW, DAN ANTI-AGING
Peptides adalah di antara most powerful dan skincare ingredient yang sangat menarik digunakan dalam produk-produk penjagaan anti-aging. Sejauh mana peptides ini membantu kulit kita, atau perlu sangat ke peptides dalam rutin penjagaan wajah? Kalau satu peptides je guna kenapa ada pelbagai jenis peptides dalam kajian saintifik? Mana satu nak pilih ni, pening lah..... Jom check macam mana peptides membantu kulit kita dan peptides yang macam mana patut dipertimbangkan sebelum membeli produk.
Peptides adalah rantaian pendek amino acids. Amino acids ini adalah protein paling basic macam kolagen, elastin dan keratin, yang mempunyai pelbagai jenis organic molekul yang ada pada kulit kita. Pendek kata, protein-protein tersebut adalah asas pembentukan kulit kita dan ianya bertanggungjawab memberikan tekstur, kekuatan dan kekebalan kulit daripada faktor luaran. So, gabungan rantaian pendek amino acids ini lah yang membentuk peptides. Peptides terbentuk daripada digestion of protein tersebut dalam tubuh badan kita. Kalau kulit kita tanpa peptides ni, kulit kita akan less intact dan membawa kepada masalah seperti kehilangan keanjalan kulit, kehadiran kedutan dan garis-garis halus penuaan, dan tekstur kulit pun berubah menjadi kendur.
So, bila peptides digunakan dalam rutin penjagaan wajah, ia membantu membina dan memberi rangsangan produksi kolagen, elastin, dan hasilnya kulit akan nampak sihat, lebih mudah dan melambatkan proses penuaan kulit wajah. Kajian saintifik juga telah membuktikan yang peptides ini boleh menyokong kulit kita dalam pelbagai levels seperti firming, soothing dan hydrating. Disebabkan hal ini lah produk peptides adalah efektif dan patut dipertimbangan untuk rutin penjagaan kulit kita.
Walaupun terdapat banyak jenis peptides, dalam industry kecantikan brands-brands hanya fokus kepada 5 jenis peptides paling powerful untuk digunakan dalam pembuatan skincare. Antara 5 jenis peptides tersebut adalah PENTAPEPTIDES, HEXAPEPTIDES, PALMITOYL OLIGOPEPTIDE, PALMITOYL TETRAPEPTIDE-7, dan COPPER PEPTIDES. Di sini lah pentingnya untuk melihat ingredient peptides yang paling sesuai dan diperlukan oleh skin concern kita. Tidak semua orang memerlukan semua jenis peptides, dan tidak semua peptides itu bila bergabung dapat memberikan hasil yang tidak dijangka. So, nak tau mana satu peptides sesuai atau diperlukan untuk kulit kita, berikut adalah pecahan ingredients dan beberapa jenis recommendation produk skincare yang mengandungi peptides tersebut;
1. PENTAPEPTIDES
Salah satu pentapeptide dikenali sebagai PALMITOYL PENTAPEPTIDE-3 yang telah ditrademakkan sebagai MATRIXYL. Ia selalu terdapat dalam produk cream anti-kedutan, dan anti-penuaan. Pentapeptides ini berfungsi memberikan rangsangan pada low layers kulit kita yang dapat memberikan produksi kolagen kulit kita, hyaluronic acid dan hasilnya dapat memberikan kulit nampak muda. Ia mengandungi lipopeptide iaitu fatty acid yang dikombinasikan dengan 5 amino acid. Ada satu kajian saintifik menunjukkan yang PALMITOYL PENTAPEPTIDE ini berfungsi lebih baik daripada produk vitamin C dan retinol. So, kalau mencari produk yang mengandungi peptides dan berfungsi untuk pertumbuhan kolagen baru, boleh lihat pada ingredient bertulis PALMITOYL PENTAPEPTIDE-3 atau nama trademaknya MATRIXYL (salah satu nama ini digunakan dalam commercial produk). Produk pentapeptides yang berkesan di pasaran:
Malah, terdapat banyak produk pentapeptides lain dari ingredients PALMITOYL PENTAPEPTIDE-4 digunakan dalam skincare yang dapat memberikan kesan anti-aging yang sangat berkesan seperti;
2. HEXAPEPTIDES
Hexapeptides pula mengandungi rantaian 6 amino acids. Kombinasi hexapeptide bersama acetic acid, acetyl hexapeptide-3, dapat mengurangkan kedutan pada bahagian tertentu di wajah. Selalunya iklan atau marketing produk yang mengandungi hexapeptides akan membuat claim seperti “produk ini dapat menghilangkan fine lines dan efeknya sama seperti melakukan suntikan Botox”. Ia boleh dipercayai kerana benefit daripada ingredient hexapeptides bernama ACETYL HEXAPEPTIDE-3 ini lebih selamat dan non-invasive, serta produk tersebut boleh digunakan di mana-mana sahaja. Produk skincare yang mengandungi hexapeptides ini selalunya berlabel sama ada ACETYL HEXAPEPTIDE-3 atau nama trademaknya ARGIRELINE. So, kalau jumpa nama salah satu ini, ianya merujuk kepada hexapeptides. Antara produk di pasaran yang mengandungi peptides ini adalah:
3. PALMITOYL OLIGOPEPTIDE
Seperti palmitoyl tetrapeptide-7, PALMITOYL OLIGOPEPTIDE ini membantu meningkatkan rangsangan produksi kolagen dan hyaluronic acid pada kulit kita pada lapisan yang PALING dalam. Peptide jenis ini adalah sangat BERKUALITI TINGGI sehinggakan mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV merbahaya. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh menjadi gantian kepada produk sunscreen. Penggunaan produk skincare yang mengandungi PALMITOYL OLIGOPEPTIDES dapat memberikan tambahan perlindungan kepada lapisan kulit kita, terutamanya kepada mereka yang mudah terbakar dan cepat gelap/sunburn. Selalunya, banyak produk high-end skincare menggunakan ingredient ini. Palmitoyl oligopeptide juga disenaraikan sebagai PALMITOYL HEXAPEPTIDE-12 dan kedua-duanya tidak mempunyai perbezaa. So, kalau tak jumpa ingredient bernama PALMITOYL OLIGOPEPTIDE, boleh cari label setara bernama PALMITOYL HEXAPEPTIDE-12. Jangan lupa cari produk yang mengandungi peptide jenis ini untuk protection tambahan ya. Antara produk yang mengandungi ingredient ini termasuklah;
4. PALMITOYL TETRAPEPTIDE-7
Palmitoyl tetrapeptide-7, juga dikenali sebagai palmitoyl tetrapeptide-3, mempunyai rantaian 4 amino acids dengan gabungan palmitic acid (iaitu fatty acid yang membolehkan peptides menembusi kulit kita). Peptide jenis ini pula sangat membantu dalam menangani keradangan, dan salah satu ingredient utama yang dapat membantu kulit daripada kehilangan keanjalan serta ia dapat membantu memrencatkan pembentukan kedutan pada wajah. So, kalau nak merangsang pertumbuhan kulit baru, melambatkan proses penuaan wajah, serta meredakan keradangan, boleh lihat ingredients peptide bernama PALMITOYL TETRAPEPTIDE-7 atau PALMITOYL TETRAPEPTIDE-3. Antara produk di pasaran yang mengandungi palmitoyl tetrapeptide-7 adalah:
5. COPPER PEPTIDES
COPPER PEPTIDES iaitu protein kecil yang dikombinasikan bersama copper boleh mempercepatkan rejenuvasi kulit dan membaiki kerosakan dan luka pada kulit. Ia adalah kumpulan peptide yang sangat kecil. COPPER PEPTIDES ini sangat banyak digunakan dalam skincare untuk anti-aging kerana kebolehannya meningkatkan keanjalan dan elastin kulit serta membaiki tekstur kulit yang rosak. Antara produk di pasaran yang mengandungi peptides ini adalah:
Kesimpulannya, peptides adalah ingredients yang MESTI ADA dalam rutin penjagaan wajah seharian, untuk melawan proses penuaan atau tanda-tanda penuaan dan sepatutnya dijadikan part of everyday routine. Walau bagaimanapun, penggunaan skincare yang mengandungi peptides semata-mata tidak dapat memberikan hasil yang baik TANPA sunscreen. So, pastikan penggunaan peptides dan sunscreen dalam rutin penjagaan seiring.
Rujukan dan sumber saintifik:
-
Journal of Drugs in Dermatology, April 2016, Supplement, pp. 63-71
-
Bulletin of Experimental Biology and Medicine, May 2016, Edition 1, pp.175-178
-
ChemMedChem, August 2016, Edition 16, pp.1850-1855
-
Clinical Chemistry and Laboratory Medicine, April 2013, pp. 1-8
-
Biological Trace Element Research, August 2013, Edition 2, pp. 268-274
Selamat mencuba!
Nota penting: Regimen Guide hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Regimen Guide ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.
©2024 by NURÉAA. ALL RIGHTS RESERVED. NO PART OF THIS BLOG MAY BE REPRODUCED OR TRANSMITTED IN ANY FORM OR BY ANY MEANS WITHOUT WRITTEN PERMISSION FROM THE AUTHOR, EXCEPT FOR BRIEF QUOTATIONS WHEN ACCOMPANIED BY A CITATION AND LINK. Disclosure Terms of Service Privacy Policy