top of page

PRODUK PILIHAN

Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah keberkesanannya, rating, fungsi dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Produk-produk pilihan kami ini direkomendasikan dari pelbagai sumber seperti reviews dari blog-blog, Youtube dermatologists, forum-forum kecantikan, dan group kecantikan skincare lovers dan kami ringkaskan untuk memudahkan pembeli. Produk-produk ini adalah yang paling selamat dan mempunyai ingredients yang efektif. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang bijak sebelum membeli. Untuk melihat produk-PRODUK REVIEWS LEBIH DETAILS kami pula, boleh lawati di bahagian HOME > Blog> PRODUK REVIEW

Produk Pilihan: Welcome
Produk Pilihan: Testimonials

Oil cleanser atau makeup remover membantu membersihkan kulit wajah daripada kotoran yang degil atau kotoran yang sukar dibersihkan dengan water-based cleanser seperti makeup dan particle pencemaran. Klik untuk review produk-produk oil cleanser terbaik di pasaran sekarang.

Water-based cleanser selalunya bertekstur creamy atau form (berbuih) apabila diletakkan sedikit air. Ia membantu membersihkan kulit wajah daripada segala kotoran. Klik untuk review produk-produk water-based cleanser terbaik di pasaran sekarang.

Exfoliator membantu membuang sel-sel kulit mati dan membantu membaiki tekstur kulit, mencerahkan complexion kulit dan membantu menyerap kebaikan daripada produk-produk yang digunakan dalam rutin seharian. Klik untuk review produk-produk exfoliator terbaik di pasaran sekarang.

Toner membantu membersihkan sisa kotoran yang tertinggal, membaiki skin barrier, dan menyediakan kulit wajah untuk rutin seterusnya pada pH kulit yang baik/normal. Klik untuk review produk-produk toner terbaik di pasaran sekarang.

Essence membantu memberikan hydrasi kepada kulit wajah dan membantu meningkatkan pengeluaran sel-sel kulit baru. Ia juga membantu untuk menyerap kebaikan produk yang digunakan dalam rutin penjagaan wajah. Klik untuk review produk-produk essence dan ferment terbaik di pasaran sekarang.

Ampoules, Serums, atau Boosters merujuk kepada jaluran produk yang sama. Di Korea dikenali sebagai ampoules, manakala di Barat dan kebanyakan negara dikenali sebagai serums atau boosters. Ia membantu menyelesaikan masalah spesifik pada kulit wajah seperti mencerahkan wajah, meningkatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru, memudarkan pigmentasi dan jeragat, parut jerawat, jerawat, serta menghaluskan garis penuaan. Klik untuk review produk-produk ampoules / serums / boosters terbaik di pasaran sekarang.

Sheet mask membantu menyerap segala nutrien dan moisture (kelembapan) daripada produk yang telah disapukan ke kulit wajah sebelumnya. Menggunakan sheet mask meningkatkan serapan nutrien berbanding terus menggunakan cream atau serum sahaja. Klik untuk review produk-produk sheet mask terbaik di pasaran sekarang.

Eye treatment sama seperti serum atau ampoule, di mana ianya digunakan untuk mengatasi masalah kulit di bahagian mata. Walau bagaimanapun, produk eye treatment dicipta khas untuk kulit di bahagian mata kerana teksturnya yang sangat nipis dan delicate. Klik untuk review produk-produk eye treatment terbaik di pasaran sekarang.

Moisturiser adalah produk paling penting untuk rutin penjagaan wajah pada waktu siang dan malam. Ia membantu menghaluskan kulit wajah, mengembalikan kelembapan kulit, melindungi nutrien dan menghalang bakteria. Ia juga membantu untuk 'seal' segala nutrien yang terdapat dalam produk yang digunakan sebelumnya. Klik untuk review produk-produk moisturiser terbaik di pasaran sekarang.

Sunscreen (SPF) adalah produk rutin paling penting di siang hari. Jangan lupa untuk re-apply setiap 2 atau 3 jam. Ia membantu melindungi kulit daripada sinaran berbahaya UVA/UVB dan risiko kanser kulit. Klik untuk review produk-produk sunscreen terbaik di pasaran sekarang.

Sleeping mask juga dikenali sebagai sleeping pack dan digunakan 2 atau 3 kali seminggu pada waktu malam untuk mengunci hidrasi kulit dan memberikan wajah yang lembap dan berseri pada esok hari. Klik untuk review produk-produk sleeping mask/pack terbaik di pasaran sekarang.

Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.

©2024 by NURÉAA. ALL RIGHTS RESERVED. NO PART OF THIS BLOG MAY BE REPRODUCED OR TRANSMITTED IN ANY FORM OR BY ANY MEANS WITHOUT WRITTEN PERMISSION FROM THE AUTHOR, EXCEPT FOR BRIEF QUOTATIONS WHEN ACCOMPANIED BY A CITATION AND LINK.             Disclosure      Terms of Service       Privacy Policy

bottom of page