STEP 5: ESSENCE
Essence ialah jantung kepada rutin skincare orang Korea. Untuk pengetahuan, essence tidak sama dengan toner. Essence mempunyai dose yang lebih tinggi daripada active ingredients yang membantu untuk menembusi lapisan dalam kulit wajah. Ia sebaiknya digunakan sejurus kulit wajah dibersihkan, tetapi ada setengah essence yang digunakan selepas toner. Ia juga membantu memberikan hydrasi kepada kulit wajah dan membantu meningkatkan pengeluaran sel-sel kulit baru. Scroll ke bawah untuk melihat produk pilihan yang terbaik di pasaran.
PRODUK PILIHAN
ESSENCE
Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik.
Untuk korang yang nak dapatkan hasil wajah “honey skin”, essence dari Neogen ini amatlah bagus! Ia mengandungi 17% hydrating birch juice, dan 9% brightening rice extracts. Paling best sekali produk ini ada lebih daripada 93% fermented ingredients tau, yang mampu membuatkan kulit wajah nampak plump, hydrating dan cerah yang ketara! Walaupun ianya bebas daripada fragrance dan sesuai untuk semua jenis kulit, untuk mereka yang ada alergik kepada ingredients “fermented”, perlu berhati-hati atau lakukan patch test sebelum membeli. Untuk pengetahuan, produk essence ini adalah yang terbaik di kalangan K-BEAUTY essence yang lain. Untuk penghantaran cepat dan trusted seller boleh BELI DI SINI.
Produk essence ini sering kali diwar-warkan sebagai produk dupe kepada SK-II. Unfortunately, it is not at all, misunderstanding sama sekali. Produk essence daripada Missa ini diformulasikan sangat bagus untuk semua jenis kulit terutamanya kulit matang. Produk ini mengandungi fermentation treatment, so kalau sesiapa yang ada alergic kepada “fermented” ingredients, boleh elakkan dan consider produk lain. Produk essence mempunyai cicaenzyme fermentation yang seriously baik untuk hydration kulit wajah, dan pearl reef extract yang digunakan dalam produk ini bagus untuk membuang sel kulit mati. Kenapa produk ini disyorkan untuk kulit matang? Kerana ia mengandungi ingredients yang sangat lembut dan tidak mudah memberikan kecederaan atau lebam kepada kulit matang.
Produk dari Korea Selatan yang paling popular ini mengandungi 96% snail secretion filtrate yang mampun mengatasi masalah seperti kulit mengelupas, meredakan masalah breakouts, dan mengurangkan hyperpigmentation! Boleh dikatakan, produk ini adalah semua-dalam-satu terutamannya kepada mereka yang mempunyai ketiga-tiga masalah tersebut pada masa yang sama. Yang paling best ialah, produk ini adalah sangat potent, dan korang hanya perlukan sedikit sahaja untuk dioleskan ke seluruh wajah. So, tentulah iannya menjimatkah! Kalau nak tau, produk essence dari COSRX ini adalah yang terbaik untuk kulit berjerawat. Untuk yang berminat, boleh juga check harga terbaik di SINI, atau untuk penghantaran cepat boleh beli di SINI. Ia juga terdapat di FARMASI tepilih.
Kalau kita bercakap tentang brand Laneige, tentunya ia berkaitan dengan hydration kan! So, untuk produk essence dari Laneige ini ianya adalah produk terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Produk ini sangat padat dengan formula hydration yang unggul seperti infused extract dari sayuran segar yang kaya dengan vitamins macam kale, watercress dan beet! So, untuk mereka yang mempunyai kulit kering, penggunaan essence ini sangat berbaloi, kerana ianya sangat ringan, penyerapan yang cepat dan wajah sentiasa hydrating sepanjang hari.
Masalah liang pori-pori nampak jelas menjadi masalah utama untuk kebanyakan orang. Ingat tau, liang pori-pori kita tidak boleh dihilangkan dari kulit wajah. Walau bagaimanapun, visibility saiz liang pori-pori tersebut dapat di pudarkan dengan produk penjagaan wajah, dan essence dari KIEHL’S ini adalah jawapannnya.Produk essence ini adalah yang terbaik untuk mengurangkan visibility liang pori-pori pada wajah agar nampak invisible dan flawless. Ia mengandungi kombinasi concentration sodium hyaluronate dan lipo hydroxy acid yang juga mampun melawan masalah kulit kering, kulit kusam, dan liang pori-pori. Ramai pengguna sangat teruja dan impressed dengan kesan produk ini.
Untuk mereka yang nak carik produk dupe SK-II Facial Treatment Essence, balancing essence dari COSRX ini adalah produk yang paling dekat sekali, sekitar 89% persamaan. Walau bagaimanapun, produk ini agak sedikit tebal berbanding SK-II yang lebih watery. Essence ini adalah bebas alcohol dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga sinonim di kalangan range produk hydrating di pasaran. Ingredients utamanya ialah galactomyces ferment filtrate, niacinamide, sodium hhyaluronate, dan allantoin. Semua ingredients ini cukup baik untuk kulit, tetapi untuk mereka yang mempunyai alergik terhadap “fermented” ingredient kenalah berhati-hati ya!. Teksturnya seperti gel-alike tapi tidak stickly, maksdunya bila dioleskan dan diurut ke wajah akan cair dan meresap ke dalam kulit. Produk ini sangat berkesan dan harmoni digunakan dengan sebarang produk penjagaan wajah yang lain (maksudnya tidak ada masalah untuk layering atau combined kan). Paling best, produk ini adalah bebas fragrance. Perbezaan dengan SK-II ialah process fermentation ingredients kedua-dua jenis produk dan grade ingredients yang digunakan. Kalau nak experience SK-II alike, boleh cuba essence ini kerana dia paling close sekali.
Essence ini sangat efektif dan terbaik untuk mereka yang tengah struggle untuk masalah seperti jeragat, tanda-tanda awal penuaan, wajah cepat berminyak, dan kulit dehydrated. Selain itu, ia mampu mencerahkan kulit wajah, disamping memberikan kelembapan dan improvekan overall tona warna dan tekstur kulit. Untuk kesan yang lebih maksima dan powerful, gunakan bersama toner dan serum yang bersesuaian melawan masalah kulit yang dikehendaki. Ingredients utamanya ialah galactomyces ferment, niacinamide, allantoin, dan viscum alba leaf extract. Semua ingredients ini best, dan bertindak sebagai agen hydrating, brightening, antioxidant dan melawan jerawat. Walau bagaimanapun, mereka yang ada alergik kepada “fermented” ingredients wajar elakkan produk ini.
Satu lagi essence dari drugstore yang boleh dicuba dan baik untuk kulit wajah. Produk ini mempunyai 3 komponen utama Sakura extract, hyaluronic acid, dan vitamin B3, yang membantu wajah kelihatan cukup lembap dan segar. Ia tidak mengandungi sebarang warna, teksturnya yang cukup ringan seperti air, dan cukup cepat menyerap ke dalam kulit wajah. Gunakan produk penjagaan dari produk line yang sana seperti face wash dan moisturiser untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Essence dari Hada Labo ini sangat affordable dan efektif, bukan hanya bagus untuk semua jenis kulit malah remaja juga boleh menggunakannya. Tekstur produk ini adalah seperti lotion dan ringan tanpa rasa greasy (melekit) apabila dioleskan pada kulit wajah. Ia berfungsi melembapkan kulit wajah sekaligus mengawal produksi minyak berlebihan pada wajah. Essence ini sangat praktikal di samping hargannya yang mampu milik, ia juga cepat menyerap ke dalam kulit tanpa menunggu sedikit masa. Ia mengandungi 3 jenis hyaluronic acids yang sangat diperlukan oleh kulit wajah, bebas daripada sebarang warna dan fragrance.
Kalau COSRX terkenal dengan snail secretion filtrate (lendir siput), Benton pulak sedikit unik kerana ia ada penambahan bee venom ke dalam essence nya ini. So, gabungan snail secretion filtrate dan bee venom dapat menjadikan kelembapan kulit lebih tahan lama, dan bee vemon tersebut dalam memperbaiki tekstur kulit yang tidak sekata serta dapat mencegah kerosakan kulit akibat pancaran sinar matahari. Malah, kehadiran bee venom, snail secretion filtrate, dan human oligopeptide-1 yang ada dalam produk ini mampu merangsang pembentukan kolagen yang dapat menjadikan wajah lebih halus, elastin, dan plump. Produk ini tidak mengandungi alcohol dan menjadi penyelesaian kepada masalah kulit kering. Ia juga bagus untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan jerawat kerana essence ini mengandungi niacinamide yang dapat membantu kulit bebas daripada pembentukan jerawat dan produksi sebum berlebihan.
Untuk para penggemar produk tempatan, brand SAFI mempunyai essence yang cukup mampu milik dan berkesan untuk kulit wajah. Produk essence ini mengandungi gold extract yang memberikan kesan mewah kepada penggunanya. Selain itu, kombinasi bersama silk protein, ia mampu memelihara struktur kulit dan penggunaa secara konsisten dapat meremajakan kulit wajah. Kehadiran hyaluronic acid pula membantu memberikan kelembapan kepada kulit wajah sepanjang hari. Produk ini amat sesuai untuk mereka yang mahu mencegah penuaan dan disarankan kepada mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Paling best, essence ini diakui halal dan boleh menjadi base makeup agar hasilnya nampak lebih halus sekata.
Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.