STEP 3 : EXFOLIATOR
Exfoliator berfungsi dalam membantu membuang sel-sel kulit mati dan membaiki tekstur kulit, mencerahkan complexion kulit dan membantu menyerap kebaikan daripada produk-produk yang digunakan dalam rutin seharian. Exfoliator terbahagi kepada dua jenis iaitu physical exfoliator dan chemical exfoliator. Penggunaan exfoliator adalah disarankan di antara 1 atau 2 kali seminggu serta mengikut jenis dan kondisi kulit individu.
PRODUK PILIHAN
EXFOLIATOR
Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik.
Untuk mereka yang inginkan kelainan produk exfoliator, bolehlah cuba produk dari Neogen ini. Kebanyakan produk di pasaran terdiri daripada physical exfoliator (seperti scrub) dan chemical exfoliator, Neogen memberikan exfoliator jenis pad yang mempunyai 2 permukaan. Permukaan kasar untuk melakukan scrubbing dan permukaan lembut/cushion untuk wiping segala kotoran. Pad 2 permukaan ini telah direndam ke dalam ekstrak tumbuhan yang kaya dengan AHA, dan lactic acid yang dapat membersihkan kulit wajah semaksima mungkin. Walaupun ia bertindak dengan 2 permukaan exfoliant, produk ini membantu memberikan kelembapan kulit dan penyerapan produk lain yang digunakan dengan lebih cepat dan mendalam. Hasilnya, kebaikan produk kecantikan dapat dimaksimakan. Terdapat 3 jenis pad exfoliator dari Neogen ini:
Warna ungu ( versi original). Perhatian: untuk pengguna Muslim, produk yang berwarna ungu ini mengandungi wine merah. Ia membantu untuk mendapatkan kulit yang sangat lembut, mengetatkan kulit untuk nampak licin, dan memberikan kesan glowy. Untuk membeli versi ini pada trusted seller, jangan lupa beli di SINI.
Warna kuning (versi lebih gentle). Ia mengandungi ekstrak lemon dan kaya dengan vitamin C! Digunakan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, licin, clear dan glowy. Brand NEOGEN ini adalah antara brand popular dan trusted di Korea Selatan. Kulit cerah, dan licin dapat dilihat selepas 5 kali penggunaan peeling pad ini. Untuk membeli pada harga yang murah dan trusted seller boleh beli di SINI.
Warna hijau (version baru). Ia mengandungi ekstrak teh hijau yang tentunya kaya dengan anti-oksidan. Ia membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih lembab dan healthy complexion selain membantu menyingkirkan kotoran degil dan memudarkan parut jerawat dan jeragat! Kesan dapat dilihat selepas 5 kali penggunaan peeling pad ini. BELI DI SINI untuk harga murah dan trusted seller.
Produk ini adalah antara produk sering di review dan diwar-warkan dalam pelbagi platform social media. Terdapat review yang bagus dan sebaliknya. Bagi kami, produk ini memberikan kesan yang agak mild kepada kulit wajah dan sesuai untuk almost semua jenis kulit wajah KECUALI kulit sensitif. Selain itu, produk ini tidak wajar digunakan kepada kulit yang sedang mengelupas, sensitif, dan yang tengah mengalami masalah jerawat yang aktif/banyak. Untuk mereka yang sesuai dengan produk ini, ingredientnya adalah sangat potent (stabil), dan menjadikan keberkesanannya boleh diakui. Ia mengandungi ingredient potent seperti AHAs, BHAs, vitamin B5, hyaluronic acid, dan black carrot. Kandungan peratusan AHA yang tinggi 30% berbanding produk pesaing menjadikannya outstanding di kalangan range harga mampu milik. Walau bagaimanapun, produk ini tidak mengandungi botanical oils dan niacinamide, tetapi mengandungi tasmannia lanceolata yang dapat mengurangkan iritasi kulit terhadap penggunaan acid. Kelebihan produk ini ialah ia membantu memberikan wajah yang cerah, mengurangkan parut, visibility liang pori-pori wajah dan tekstur kulit wajah. Boleh beli di SINI dari trusted seller.
Produk ini juga menjadi salah satu favourite skincare lover! Ini kerana ianya berfungsi dengan bagus dan memberikan kesan seperti yang dijanjikan, malah lebih cepat berbanding pesaing terdekatnya iaitu Pixi Glow tonic. Produk ini tidak akan membuatkan breakouts dan ia dapat memberikan tekstur kulit wajah yang best dan sekata! Penggunaan secara konsisten dapat memberikan kesan yang lebih ketara terutamanya di bahagian pipi dan hidung. Walaupun kesannya adalah drastik, ia tidak merbahaya atau menarik keluar pH natural kulit, malahan ia memberikan hidrasi dan membantu penyerapan produk kecantikan lain yang digunakan dalam rutin. Antara penyebab utama produk ini sangat popular ialah kerana harganya yang murah untuk kuantiti yang besar. Tapi, hati-hati ya dengan produk fake, dapatkan terus dari pembekal yang dipercayai atau terus membeli di websitenya! Selain itu, produk ini jugak dapat digunakan di bahagian atau celahan kulit yang agak gelap seperti bawah ketiak, celah kelengkang, malah di seluruh bahagian kulit untuk mendapatkan kesekataan tona warna kulit.
Untuk mereka yang mempunyai beberapa masalah kulit wajah, kulit sensitif, malah kulit berminyak dan takut nak menggunakan exfoliator yang ada di pasaran, jangan risau! Mandelic acid daripada The Ordinary ini adalah paling lembut berbanding direct acid atau chemical exfoliator yang lain. Ya! Ianya sangat lembut dan sesuai juga untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan penggunaan active dalam rutin penjagaan wajah. Antara ingredients utamanya yang sangat mesra kulit wajah atau tidak harsh adalah seperti sodium hyaluronate crosspolymer (polymer dari hyaluronic acid), tasmannia lanceolate yang mengandungi anti-inflammatory properties, dan pentylene glycol yang bersifat humectant iaitu mampu memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Ia dapat membantu mengurangkan kesan tompok hitam akibat jerawat, tekstur kulit yang tidak sekata, dan memberikan glowing pada wajah apabila bangun dari tidur. Harganya cukup murah dan perlu berhati-hati ketika membeli online, disarankan agar membuat pembelian terus di website TO kerana terlalu banyak fake produk daripada jenama ini yang telah dibincangkan atau direport.
Lactic acid dari The Ordinary ini terdapat dalam dua formulasi, iaitu Lactic acid 5% + Ha, dan Lactic acid 10% + Ha. Fungsi kedua-dua formulasi adalah sama, cuma yang 10% tersebut lebih stronger than 5%. Lactic acid adalah terdiri dalam kumpulan alpha hydroxyl acid (AHA) yang dikenali sebagai exfoliator. Sifatnya sangat mild dan lembut pada kulit wajah. Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang newbie baru nak berjinak-jinak dalam penggunaan direct acid, lactic acid formulasi 5% adalah jawapannya. Walau bagaimanapun, kesan paling bagus dapat dilihat kepada mereka yang mempunyai kulit kering dan kulit matang (aging skin) dan ia juga bagus untuk mencerahkan tompok gelap pada wajah. So, apa bezanya dengan mandelic acid kalau lebih kurang sama? Mandelic acid on the other hand, walaupun ianya sama par dengan lactic acid ini, kelebihannya ialah ia dapat mengurangkan jerawat, hiperpigmentation, dan aging skin. So, terpulang kepada skin concern individual untuk mencuba.
Korang tengah on tight budget? Kalau nak jugak cari exfoliator yang dalam lingkungan budget, SIMPLE adalah jawapannya! Ia telah dinobatkan sebagai exfoliator budget terbaik di pasaran. Produk ini sangat mampu milik dan efektif terhadap kulit wajah dan paling best sekali ia tidak menggunakan biji-biji mikro yang dikenali sebagai microbeads! Ia membantu dalam membuang sel kulit mati dan memberikan kulit wajah nampak segar, bersih, cerah dan good complexion. Selain mengandungi rice granules (sebagai agen scrub dari bijirin), produk ini juga mengandungi pro-vitamin B5 dan vitamin E, serta tidak mengandungi sebarang artificial parfum yang merengsa/memberikan iritasi kepada kulit. So, murah tidak bermaskud tidak berkesan tau!
Satu lagi produk drugstore yang cukup bagus dan sesuai dengan kulit orang Asia. Perfect untuk membuang sel kult mati dan memudarkan jeragat secara lembut, malah ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ingat tau, jeragat tidak boleh dihilangkan dengan produk, ia cuma membantu memudarkan sahaja. Gunakan ketika kulit wajah kering sebelum mencucinya dengan cleanser ya. Paling best produk ini tidak mengandungi microbeads yang boleh merosakkan alam sekitar. Kelebihan produk ini ialah ia mudah di dapati dan ia memberikan kesan seperti claim yang tertera pada packaging produk. Lakukan exfoliating secara membulat pada wajah dan jangan gunakan lebih daripada 2-3 kali seminggu. Mudah-mudahan kulit akan terlihat lebih muda daripada umur!
Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat, Eucerin ProAcne Solution Scrub adalah pilihan yang paling sesuai. Ianya sangat gentle dan boleh digunakan tanpa was-was tetapi jangan gosok wajah terlalu kuat. Ini kerana produk ini telah diformulasikan sebagai exfoliator yang mengandungi lactic acid yang sangat powerful bekerja tanpa diberikan tekanan dari luar. Micro particle yang terdapat dalam produk ini pula menjadi agen membersihkan liang pori-pori yang tidak dapat dicapai oleh cleanser biasa. Produk ini dapat membantu mengurangkan blackheads, liang pori-pori tersumbat (yang boleh mengakihatkan jerawat), dan membuatkan tekstur kulit sekata. Produk ini juga amat mudah di dapati di farmasi, drugstores, malah platform e-commerce terpilih.
Produk ini juga agak popular di kalangan para remaja dan mereka yang mempunyai masalah kulit jerawat. Ia mudah di dapati di drugstore, farmasi, malah beberapa online platform seperti lazada, shoppee, dan sebagainya. Konsistensi produk ini adalah seperti gel-alike. Sebenarnya, produ ini mempunyai tiga pilihan iaitu warna pink, warna biru, dan warna hijau. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri, so jangan tersilap pilih pula ya!
Warna pink (Glow Rice Scrub). Paling gentle antara tiga pilihan ini. Ia paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering, dan kulit sensitif, dan berfungsi membuang sel kulit yang mati secara lembut.
Warna biru (Equalising Rise Scrub). Paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal. Selain membuang sel kulit mati, ia juga membantu menyekatakan kulit wajah.
Warna hijau (Purify Rice Scrub). Paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi dan berminyak. Ia dapat membantu mengurangkan visibility liang pori-pori, di samping membantu membuang sel kulit mati dan mengawal produksi sebum.
Untuk mereka yang sukakan produk dari Jepun, Cure Natural Aqua Gel ini paling top di Jepun dan terjual setiap 12 saat! Produk ini adalah sangat gentle dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia tidak membuatkan breakouts atau luka pada kulit kerana ingredientsnya yang sangat bagus dan berkualiti. Ingredients utamanya termasukla 91% activated hydrogen water, 5% glycerin, dan aloe barbadensis leaf extract selain ginkgo biloba extract. Konsistensi produk ini seperti gel berwarna putih dan apa yang menarik ialah, ketika sedang membelai wajah membuang sel kul mati, gel tadi akan membentuk bebola kecil yang dipercayai kotoran daripada kulit. Beberap eksperimen mengenainnya ada dilakukan dalam youtube. Kelembutan produk ini sampaikan boleh digunakan untuk setiap hari dan kelebihannya ia di datangkan dalam botol yang besar. Ia tentunya tidak menari keluar kelembapak kulit natural malah meninggalkan kesan lembut dan glowing untuk setiap kali bilasan selepas menggunakannya!
Produk asal Korea Selatan ini tidak perlu disebutkan lagi kerana keberkesanannya sering dikatakan dalam pelbagai platfom social media dan review produk. Ia diformulasikan bersama AHA, BHA dan puryfing botanical ingredients yang membuatkan kulit wajah bukan sahaja bersih dari kotoran dan sel kulit mati, malah membuatkannya soothing, refreshing, dan softening the skin! Formula produk ini agak rendah dan disebabkan itu ianya sangat membantu dalam membantutkan perngumpulan whiteheads dan blackheads. Paling penting produk ini sesuai untuk semua jenis kulit, untuk lelaki mahupun perempuan, dan boleh digunakan setiap hari. Produk ini boleh dibeli di SINI pada harga yang berpatutan. Produk ini juga boleh didapati di beberapa FARMASI terpilih.
Produk ini juga asal dari Korea Selatan dan sangat popular di kalangan K-Beauty lover. Boleh dapatkan di Farmasi terpilih. Ianya mempunyai bau yang organic dan sedikit minty smell. Produk ini agak watery dan tidak mempunyai sebarang warna. Pada harga yang dijual, ianya boleh dikatakan berbaloi kerana packaging yang besar. Ingredients utama produk ini adalah AHA, BHA, PHA, Ekstrak Tea Tree dan Niacinamide! Wow, betul-betul agen exfoliator ni, sebab semua jenis exfoliator disatukan dalam produk ini. Ianya paling sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, berjerawat, dan kulit kusam. Gunakan produk ini mengikut kesesuaian kulit (ada orang guna setiap hari, ada orang 2 kali seminggu dan sebagainya). Paling penting, kesan paling ketara dapat di lihat selepas 28 hari. Jangan lupa ambil gamba dan bandingkan nanti okay! Untuk harga yang murah dan trusted seller boleh check di SINI juga.
Untuk produk yang memfokuskan kepada mereka yang mempunyai kulit normal dan kulit kering, exfoliator dari Isntree ini amatlah berkesan dan sesuai sekali. Ia mengandungi kombinasi 4% glycolic acid dan 4% lactic acid sebagai ingredients utamannya. Ia berkesan membuang sel kulit mati pada lapisan kulit yang teratas, dan dapat menembusi lapisan kulit yang dalam dengan cepat. Produk ini juga mengandungi ingredients yang soothing, so tak ada lah wajah rasa pedih atau panas. Kelebihan produk ini ialah ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, kesan yang terbukti seperti tekstur kulit jadi sangat lembut, kulit lebih cerah sebab ada 2 sekali AHAs yang best, dan tidak memberikan iritasi atau merengsa kepada kulit. Kesannya dapat dilihat selepas 3 kali penggunaan pada kulit wajah.
Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.