STEP 8: EYE TREATMENT
Produk eye treatment menjadi sedikit kontroversi di antara skin lover dan dermatologist di seluruh dunia. Ada sebahagian yang sangat percaya eye treatment membantu dalam mengatasi dan mengurangkan beberapa masalah kulit di bahagian mata terutamannya puffiness dan dark circle , dan ada sebahagian berpendapat sebaliknya. Walau bagaimanpun, terdapat beberapa kajian saintifik (peer review) tentang ingredients yang digunakan dalam formulasi eye treatment yang boleh dibaca dan dipertimbangan seperti caffeine, peptides, EGF, retinol dan hyaluronic acid. So, preference ini terpulang kepada pembeli sama ada nak gunakan face moisturiser sahaja atau nak cari produk khas untuk bahagian ini. Untuk yang berminat dengan eye treatment produk, scroll ke bawah untuk lihat produk pilihan kami.
PRODUK PILIHAN
EYE TREATMENT
Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik.
Produk ini bertekstur gel yang kaya dengan co-enzyme Q10, kolagen, dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang menyamankan kulit. Ia berfungsi untuk mengurangkan masalah panda eyes (lingkaran gelap di bahagian mata), eye bags, dan garis halus. Produk ini sangat menyejukkan dan kawasan kulit mata terasa lebih segar. Ia juga dapat meningkatkan elasticity dan tekstur kulit sementara memudarkan masalah lingkaran gelap bawah mata. Tekstur produk ini tidak melekit dan sangat mudah menyerap ke dalam kulit. Ia sangat ringan dan melembapkan kulit di bahagian mata yang dapat membantu mengurangkan masalah puffiness dan dark circles. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit, baik lelaki mahupun perempuan. Ingredients utama produk ini termasuklah co-enzyme Q10, aloe vera, cucumber, chestnut, chamomile, collagen, licorice dan gingko biloba.
Untuk mereka yang mempunyai masalah eye bag, panda eyes, eye contour yang lebih jelas, dan puffiness, produk daripada THE ORDINARY ini sangat membantu dan berbaloi untuk dimiliki. Di datangkan dalam botol 30ml, penggunaan yang konsisten dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Produk ini bertekstur ringan dan mengandungi extremely high 5% concentration caffeine dan diformulasikan bersama dengan highly purified EGCG tau nama saintifiknya Epigallocatechin Gallatyl Glucoside yang didapai pada daun teh hijau. Kajian saintifik menunjukan yang kombinasi diantara caffeine dan EGCG ini sangat membantu masalah puffiness dan dark circle di bahagian contour mata. Tapi ingat tau, produk yang mengandungi EGCG ni sangat sensitif kepada cahaya, so kena simpan kat tempat yang kurang dapat cahaya matahari yang direct, walaupun packagingnya bersifat UV-protective.
Produk ini walaupun sedikit mahal, keberkesanannya memang tidak perlu diragui. Ia lebih berkesan daripada kebanyakan produk di pasaran dalam mengatasi masalah panda eyes dan eye bag atau lebih senang lagi puffiness dan dark circle. Ia memberikan hidration yang tinggi di sekitar daerah mata dan menghalang tanda-tanda awal penuaan. Paling best, formulasi produk ini tidak membuatkannya migrate atau tersebar ke dalam mata (yang kebanyakan produk lain di pasaran agak memidihkan mata jika terkena produk). Produk ini diuji oleh ophtalmologist dan dermatologist, dan ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif. Penggunaan yang konsisten dapat memberikan kesan yang maksima selepas 4 minggu penggunaannya.
Walaupun produk ini agak kecil tetapi ia berkesan mengurangkan masalah lingkaran gelap pada bahagian mata atau panda eyes. Rata-rata pengguna amat gembira dengan kesannya. Walau dapat mengurangkan masalah dark circle ini, ia masih tidak dapat menghilangkan terus. Walau bagaimanapun, produk ini sangat efektif terhadap masalah eye bag atau puffiness (bengkak kecil di bawah mata). Ini kerana produk ini sangat moisturising dan hydrating yang dapat mengembalikan kulit bawah mata kepada keadaan sepatutnya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan mengandungi multivitamins.
Produk dari BIO-ESSENCE ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi ekstrak orked hitam yang membantu menganjalkan dan memberikan ketegangan terhadap kulit yang saggy (kendur) di bahagian bawah mata. Penggunaan yang konsisten dapat menjadikan contour mata menjadi lebih baik dan terlihat segar. Produk ini berfungsi untuk mengurangkan masalah puffiness atau eye bag dan banyak review positif yang telah diakui oleh pengguna. Melihatkan kepada kualiti ingredients produk ini, ianya cukup berpatutu dan tahan lama.
Produk dari L'oreal Paris ini menjadi antara produk yang mudah didapati di pasaran dengan harga yang mampu milik berbanding pelbagi produk eye treamtnet yang lazimnya agak mahal. Produk ini membantu memperbaiki dan menegangkan kulit di daerah mata, memberikan kelembapan yang berpanjangan sehingga 12 jam lamanya, dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Selain itu, ia juga berfungsi mengurangkan masalah kedutan dan garis halus di bahagian kulit bawah mata, dan mengatasi masalah eye bags (puffiness).Produk ini agak berbaloi dalam range harga ini kerapa bekerkesanannya diakui oleh ramai pengguna di Malaysia.
Produk dari Perancis ini sangat popular dengan formulasinya yang lebih lembut dan menggunakan ingredients berkualiti tinggi. Produk ini membantu menegangkan dan menganjalkan contour dearah mata sehinggakan dapat terlihat seperti remaja. Ia kaya dengan air thermal dan alpha bisabolol, dan bertekstur seperti emulsion. Ia membantu mengurangkan masalah iritasi, kulit ketat, dan kemerahan di kawasan contour mata. Fungsi utama produk ini ialah membantu memberikan hydration dan moisture yang tinggi pada contour mata supaya garis halus dan kedutan dapat dikurangkan, lingkaran gelap dapat di pudarkan, dan puffiness dapat dihilangkan. Paling best, produk ini bebas paraben dan fragrance dan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif.
Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.