STEP 9: MOISTURISER
Moisturiser adalah produk paling penting untuk rutin penjagaan wajah pada waktu siang dan malam. Ia membantu menghaluskan kulit wajah, mengembalikan kelembapan kulit, melindungi nutrien dan menghalang bakteria. Ia juga membantu untuk 'seal' segala nutrien yang terdapat dalam produk yang digunakan sebelumnya. Klik untuk review produk-produk moisturiser terbaik di pasaran sekarang.
PRODUK PILIHAN
MOISTURISER
Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik.
Untuk jenis kulit: Berminyak dan Jerawat
Untuk mereka yang sering kali didatangi jerawat setelah pulih, produk ini mungkin menjadi pilihan terbaik mengatasinya. Produk ini sangat cepat menyerap ke dalam kulit dan sangat affordable. Ramai yang kurang mengetahui tentang keberkesanan produk dari Korea Selatan ini walaupun brand nya cukup popular. Ia paling bagus mengatasi masalah parut jerawat yang masih baru dan jerawat yang pecah/mengeluarkan mata agar lebih cepat sembuh tanpa meninggalkan parut. Kandungan centella asiatica yang tinggi menjadi healing properties kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat, pedih, parut dan luka kecil. Selain itu, produk ini cukup sesuai untuk mengurangkan masalah hyperpigmentation yang degil.
Untuk jenis kulit: Berminyak dan Jerawat
Walaupun produk ini sedikit mahal berbanding yang lain, ianya mampu menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan sedikit berjerawat. Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat serta beberapa masalah berkaitan seperti kulit kusam dan terlihat letih, produk ini paling disyorkan kerana ianya dapat memberikan hidrasi sehingga 72 jam! Ia bebas daripada minyak dan silikon. Walau bagaimana pun untuk mereka yang sensitif kepada essential oil atau alcohol, perlu berhati-hati dan boleh lakukan patch test untuk produk ini. Overall, produk ini best dan berkesan kepada jenis kulit ini dan yang tidak mempunyai alergik untuk beberapa ingredients yang dinyatakan.
Untuk jenis kulit: Berminyak dan Jerawat
Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat, produk bertekstur gel adalah paling ideal sekali. Produk ini sangat bagus dan memberikan rasa nyaman dan selamat ketika menggunakannya. Ianya sangat ringan sehinggakan mampu memberikan hidrasi dan kelembutan pada wajah yang sangat tinggi tanpa berminyak. Produk ini dikategorikan sebagai gentle dan tidak memberikan iritasi. Ia mengandungi ingredients utama seperti calcium, hyaluronic acid, dan glycerin yang bersifat humectant. Untuk mereka yang ingin mencuba produk moisturiser gel tanpa gusar akan kehadiran jerawat, produk ini sangat sangat direkomendasikan walaupun ianya mungkin sedikit mahal berbanding produk dari drugstore.
Untuk jenis kulit: Berminyak dan Jerawat
Untuk mereka yang gemarkan produk drugstore, produk ini ternyata antara yang berada pada tangga paling top untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Brands ini tidak dapat dinafikan lagi tentang keberkesanannya. Ia bertekstur gel dan sangat cepat menyerap ke dalam kulit wajah. Ia membuatkan kulit lebih supple dan memberikan hidrasi yang tinggi. Ia mengandungi hyaluronic acid, diformulasikan sebagai bebas daripada minyak dan alcohol, dan ianya tida sesekali membuatkan liang pori-pori tersumbat. Selain sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, beberapa reviews membuktikan produk ini sesuai dengan kulit jenis kombinasi.
Untuk jenis kulit: Berminyak dan Jerawat
Brand ini menjadi pesaing kepada brand lain dalam kategori drugstore. Produk ini sangat praktikal dan berbaloi untuk dicuba oleh mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat. Walau bagaimanapun, produk ini juga boleh memberikan kulit sedikit berminyak kepada sesetengah mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti, kombinasi produk penjagaan yang tidak sesuai di antara satu sama lain, kondisi kulit seperti produksi minyak yang sangat berlebihan, cuaca, dan diet yang diamalkan. Lakukan patch test terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada ianya sesuai ataupun tidak dan tukar diet sejajar dengan objektif skincare journey.
Untuk jenis kulit: Normal atau Semua jenis kulit
Natural Moisturising Factor (NMF) adalah elemen yang terdapat pada lapisan paling luar kulit yang memberikan perlindungan dan menjadikan kulit lebih kelembapan. Produk ini sangat sesuai untuk kulit normal dan semua jenis kulit kerana ianya mempunyai ingredients yang sangat diperlukan/sama dengan kulit kita seperti multiple amino acid, fatty acids, triglycerin, urea, ceramides, phospholipids, glycerin, saccharides, sodium PCA, hyaluronic acid, dan beberapa lagi kandungan yang sama seperti kulit manusia. Formula produk ini tidak melekit dan sangat kaya dengan agen pelembap yang diperlukan kulit. Walaupun produk ini sedikit tebal, ia mencair apabila disapukan kepada kulit wajah dan sangat perfect sebagai base untuk makeup.
Untuk jenis kulit: Normal atau Semua jenis kulit
Moisturiser ini sangat versatile dan boleh digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal. Ia memberikan hidrasi yang tinggi dan membantu untuk tidak kehilangan air pada kulit. Produk ini diformulasikan tanpa ingredients yang menjadi trigger kepada allergies, jerawat, dan iritasi seperti parabens, carbamide, triethanolamine (T.E.A). Ia tidak mempunyai tekstur melekit mahupun berminyak, dan sangat ringan. Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif yang mudah mendapat kemerahan dan rasa gatal, produk ini sangat lembut dan sesuai, sehinggakan dapat membuatkan kulit lebih sihat.
Untuk jenis kulit: Normal atau Semua jenis kulit
Produk ini sangat sesuai untuk kulit normal dan semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, ianya paling berkesan dan efektif kepada mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan kulit kombinasi. Ianya bertekstur light-weight cream yang menjadikan kulit lebih supple dan tidak melekit. Ia membantu penghalang kelembapan kulit daripada hilang, dan memberikan boosting kepada hidrasi kulit. Ia juga dapat menembusi jauh ke dalam kulit. Ia membuatkan pH kulit lebih balanced dan sangat rendah untuk mendapatkan rasa merengsa/iritasi. Ini kerana produk ini bebas daripada alcohol, fragrance, warna dan mineral oil. Produk ini terdapat dalam 2 jenis warna; warna pink bertekstur light cream, dan warna biru bertekstur water-gel cream. Produk ini sangat bagus digunakan setelah melakukan exfoliation. Walau bagaimanapun produk ini mengandungi kandungan dimethicone yang boleh membuatkan breakouts kepada mereka yang terlalu sensitif kepada ingredient ini. Other than that, produk ini sangat best dan hydrating!
Untuk jenis kulit: Kombinasi
Untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, berminyak disekitar T-Zone dan kulit sensitif,, moisturiser dari Cerave ini sangat sangat gentle dan berkesan. Ia paling baik digunakan oleh mereka yang tinggal di tempat beriklim lembap, atau pada musim panas, atau apabila kulit berubah menjadi lebih kering. Ia mungkin tidak sesuai untuk mereka yang tinggal di tempat beriklim panas dan kering. Produk bukan sahaja berkesan malah tersangat affordable harganya di pasaran. Sebenarnya, produk ini sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit normal hingga kulit kering. Ia dapat memberikan hidrasi kepada kulit selama 24 jam, dan ingredients best dalam produk ini ialah ceramides dan hyaluronic acid. Ia jugak tidak membuatkan kulit berminyak, bebas fragrance, gentle dan menjadi produk rekomendasi nombor 1 oleh dermatologist.
Untuk jenis kulit: Kombinasi
Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan mengandungi pelbagai ingredients yang sangat diperlukan oleh kulit. Produk ini mengandungi beberapa ingredients natural, skin-soothing seperti oat yang diformulasikan bersama beberapa ingredients lain yang kaya dengan emollients. Produk ini tidak akan membuatkan liang pori-pori tersumbat kerana ianya non-comedogenic, hypoallergic dan tidak mengandungi fragrance. Ia juga sangat versatile dan boleh digunakan pada rutin siang dan malam serta memberikan penyerapan yang lebih cepat. Produk ini bertekstur ringan, tidak tebal dan tidak melekit. Paling best, formulasi oat daripada produk ini dapat menenangkan kulit daripada masalah kemerahan, kulit mengelupas, lembut, mengatasi iritasi/merengsa dan menyegarkan. Harganya sangat berpatutan dan mudah didapati di farmasi, drugstore and online.
Untuk jenis kulit: Kombinasi
Produk ini sangat sesuai dan ideal untuk semua jenis kulit. Ia memberikan kesan yang immediate, kelembapan pada jangka masa yang panjang, lebih radiant, dan complexion yang hydrated. Ia dapat membantu masalah kulit kering, merengsa, iritasi, gatal-gatal, dan yang bertukar menjadi sensitif. Paling best, moisturiser ini membantu membaiki skin natural moisture barrier, dan memberikan penyerapan yang dapat menembusi lapisan kulit yanf dalam. Ia juga tidak membuatkan kulit berminyak atau kulit tidak akan nampak efek shinny berkilat. Walau bagaimanapun, ianya mengandungi essential oil yang mungkin boleh menjadi trigger breakouts untuk mereka yang sensitif terhadap ingredient ini. Overall, produk ini bagus memberikan kelembapan dan benefit produknya.
Untuk jenis kulit: Sensitif
Brand ini sudah tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Cetaphil mempunyai sistem yang agak superior dan mengandungi extra-strength emollients dan humectant ingredinets. Ia diuji dan diperakui secara klinikal yang dapat menghalang kelembapan kulit daripada hilang. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamannya mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia dapat memberikan melegaan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit yang sangat kering, mudah kemerahan , terasa gatal-gatal dan cepat mengelupas. Paling penting sekali produk ini tidak melekit kerana ia cepat menyerap ke dalam kulit. Ia juga bebas daripada fragrance, dan tidak merengsakan kulit.
Untuk jenis kulit: Sensitif
Satu lagi brand yang sering direkomendasikan oleh dermatologist di seluruh dunia ialah La Roche Posay. Produknya sering mendapat tempat di hati mereka yang mempunyai kulit sensitif dan sangat sensitif serta mereka yang sering terasa tidak selesa dengan kondisi kulit. Moisturiser ini mempunyai formulasi yang minimalist dan ingredientsnya dipilih secara teliti bagi menghindarkan pengguna daripada sebarang masalah iritasi, merengsa, mengelupas, kering, gatal-gatal atau tidak selesa. Paling penting produk ini bebas daripada sebarang parabens, frangrance, dan alcohol yang mengeringkan kulit. Botol produk juga direka khas dan unik untuk meminimalkan dan menghalangnya daripada udara luar yang tercemar memasuki produk atau contaminents masuk ke dalam botol. Sangat teliti, praktikal, dan berkesan, tetapi agak sedikit mahal.
Untuk jenis kulit: Sensitif
Produk ini diformulasikan untuk melembapkan kulit dengan tekstur yang tidak melekit. Ianya mudah menyerap ke dalam kulit, dan kombinasi ingredients yang baik dapat memberikan perlindungan dan membaiki kulit sensitif. Ia berfungsi memberikan hidrasi dan kelembapan kepada kulit di samping memberikan protection kepada barrier kulit. Produk ini sangat sangat direkomendasi untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif atau sangat sensitif. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa review dan pendapat tentang produk ini yang memberikan sedikit iritasi kepada kulit. Produk ini mengandungi jojoba oil, soybean oil dan olive oil. So, untuk mereka yang allergic kepada ingredients ini, boleh cuba pertimbangkan atau lakukan patch test terlebih dahulu.
Untuk jenis kulit: Sensitif
Produk ini sangat sesuai dan gentle terhadap kulit jenis sensitif. Ia kaya dengan ceramide dan sodium hyaluronate, yang membantu memberikan kelembapan ke dalam kulit. Ceramide pula dapat membaiki dan menguatkan skin barrier disamping dapat menggantikan skin’s natural compounds. Produk ini telah diuji secara klinikal dan ianya hypoallergic yang juga sangat gentler sekalipun terhadap bayi. Ia juga bebas daripada steroid, fragrance, colour, lanolin, dan paraben. Paling best, produk ini sangat efektif terhadap kondisi kulit eczema.
Untuk jenis kulit: Kering
Produk hypoallegic ini sangat ringan dan bertekstur seperti krim yang sangat mudah cair. Ianya paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering. Penggunaan krim ini dapat memberikan skin barrier terlihat kuat dan sihat. Ia diformulasikan dengan kandungan ceramide yang tinggi dan sangat membantu menguatkan skin barrier kulit, menjadikan kulit lebih lembut, memberikan hidrasi, dan memberikan lebih perlindungan kepada kulit. Apa yang paling best tentang produk krim ini ialah ia didatangkan dalam pek yang besar dan kuantiti yang banyak berbanding produk lain dalam range nya.
Untuk jenis kulit: Kering
Produk ini antara yang sangat popular dikalangan skinlover dalam beberapa blog dan forum kecantikan. Ia bebas daripada alcohol, paraben, fragrance, dan silikon. Walau bagaimanapun, terdapat 4 ingredients yang mungkin boleh mengakibatan liang pori-pori tersumbat seperti butylene glycol, cetearyl alcohol, hydrogenated vegetable oil, dan hydrogenated polyisobutene. Untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah terhadap 4 ingredients tersebut, produk ini adalahlah holy grail untuk kebanyakan skinlover. Paling best produk ini mengandungi ceramide yang sangat tinggi dan kombinasi beberapa jenis ceramide yang best untuk kulit kita. Jarang jumpa produk yang macam ini. Ia mengandungi ceramide daripada amino ceramide, eco ceramide, ceramides 1,3 dan 6. Ia juga sesuai untuk kulit sensitif kerana ianya difomulasikan dengan hypoallergenic PHA exfoliant yang jauh lebih gentle berbanding AHAs. So, ia dapat menyingkirkan sel kulit mati dan sekaligus mencerahkan wajah! Produk ini paling berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering yang sangat mudah rosak atau yang rosak.
Untuk jenis kulit: Kering
Produk krim daripada Dr.Jart+ Ceramidin ini sangat sangat bagus dan berkesan. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding yang lain dalam kategori ini, hasil terhadap kulit wajah memang tidak dapat disangkal lagi. Teksturnya agak lightweight untuk memberikan kelembapan terhadap kulit kering. Ia mempunyai kuasa yang hebat daripada microcapsule ceramides yang dapat memberikan perlindungan dan sekaligus membaiki skin barrier kulit daripada kehilangan water loss yang melampau. Produk ini paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering, kulit kasar, mengelupas, dan yang mudah rosak. Penggunaan produk ini tidak perlu terlalu banyak kerana ianya sangat rich dan tebal yang mampu membuatkan kulit wajah lebih plump sepanjang hari dan kelembapan yang tinggi. Paling penting produk ini diformulasikan bebas daripada sebarang parabens, sulfates, dan phthalates, dan ramai dermatologist menyesorkan penggunaan produk ini kepada mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.