top of page

STEP 6: AMPOULES/SERUMS/BOOSTERS

Ampoules, Serums, atau Boosters merujuk kepada jaluran produk yang sama. Di Korea Selatan ia dikenali sebagai ampoules, manakala di negara-negara Barat dan kebanyakan negara dikenali sebagai serums atau boosters. Ia membantu menyelesaikan skin concern pada kulit wajah seperti mencerahkan wajah, meningkatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru, memudarkan pigmentasi dan jeragat, parut jerawat, jerawat, serta menghaluskan garis penuaan. Scroll ke bawah untuk produk-produk ampoules / serums / boosters pilihan terbaik di pasaran sekarang.

Ampoule-Serum-Booster: Testimonial

PRODUK PILIHAN

AMPOULES/SERUMS/BOOSTERS

Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik. 

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Hydrating

Produk ini menggunakan Japanese garnish yang dikenali sebagai shiso untuk menghasilkan serum ini. Beberapa kajian saintifik membuktikan yang shiso ini dapat menghalang penggurangan hyaluronic acid pada wajah. Serum ini juga mengandungi glycerin iaitu bersifat humectant, maksdunya ia sangat sangat bagus menyerap dan mengunci kelembapan pada wajah. So, ianya sangat berbaloi untuk mereka yang mempunyai jenis kulit matang, dan juga kepada mereka yang lawan tanda-tanda penuaan seperti garis halus di wajah, smile lines kat tepi mulut, dan di bahagian dahi. Harganya setanding kesan yang akan diperolehi dan produk ini dibuktikan dengan kajian, so it is worth a try!

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Peptides

Produk multi-peptides ini sangat ringan dan tidak melekit malah sangat cepat menyerap ke dalam kulit wajah. Ia memberikan kesegaran, dan rasa nyaman. Serum ini diformulasikan dengan pelbagai source peptides seperti 49% centella asiatica extract yang mengandungi asiaticoside, asiatic acid, madecassic acid, 5% niacinamide, panthenol, hydrolyzed collagen, camellia sinensis leaf extract, Dipotassium Glycyrrhizate, Adenosine, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Ceramide NP, Sodium Hyaluronate, Asiaticoside, Asiatic Acid, Madecassic Acid, Palmitoyl Hexapeptide- 1 2, Palmitoyl Tripeptide-1, Palmitoyl Tetrapeptide-7, Palmitoyl Dipeptide-7, Palmitoyl Dipeptide-10 dan palmitoyl peptide complex. Serum ini berfungsi memberikan perlindungan kepada kulit daripada pencemaran alam sekitar, melegakan kerengsaan dan keradangan, menguatkan dan menperkukuhkan skin barrier, merangsang sintesis kolagen untuk kulit lebih anjal, melicin dan memperbaharui kulit dengan kolagen dan ceramide, mengurangkan visibility garis halus dan kedutan pada kulit wajah, memberikan kelembapan dan hidrasi kepada kulit dengan adenosine yang juga membantu mencerahkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang cepat sensitif, masalah skin barrier rosak dan mengundang kehadiran bakteria dan menjadikan kulit cepat breakouts, masalah kondisi kulit yang teruk/jerawat dan terasa pedih.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Peptides

Peptides adalah produk dan menjadi trend terbaru yang mengandungi high concentration ingredients terbaik dalam menangani dan menghalang masalah penuaan sebelum terjadi. Sebelum iannya trending dalam anti-aging skincare, peptides hanya dapat diperolehi daripada brand-brand high-ends atau yang terlalu mahal. Team penyelidikan dari Mizon telah memformulasikan serum MIZON Peptide 500 Ampoule ini dalam membantu mengatasi pelbagai kondisi masalah kulit wajah yang diakibatkan oleh free radical damage, pencemaran, dan bakteria. Serum ini sangat efektif mengentalkan kulit wajah, melembapkan kulit agar nampak muda, melembutkan dan melicinkan kulit. Tekstur yang ringan daripada produk ini membuatkannya mudah menyerap ke dalam kulit. Paling best produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan dia mengandungi gabungan ingredients terbaik yang tersenarai dalam row paling atas iaitu Acetyl hexapeptide-8 (mempercepatkan sel kulit baru, memberikan hidrasi kulit dan mengurangkan garis halus),  Palmitoyl Pentapeptide-4 (merangsang produksi kolagen kulit dan menjadikan kulit lebih anjal), Pentapeptide-13 (memberikan hidrasi dan kelembapan yang tinggi), dan Copper Tripeptide-1 (mempercepatkan kesembuhan luka/radang pada kulit akibat jerawat/kemalangan, menggalakkan pengeluaran kolagen dan elastin, dan menjadi anti-radang yang meredakan kulit wajah.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Peptides

Untuk mereka yang ingat menambah peptide dalam rutin penjagaan wajah tetapi mahukan produk yang lebih murah, The Ordinary “Buffet” adalah yang paling direkomendasikan. Walaupun harganya mampu milik, formulasi serum ini agak comprehensive dan berkesan yang dapat melawan multiple signs tanda penuaan pada satu masa (sekaligus). Serum ini menggunakan teknologi dan ingredients terbaik seperti Matrixyl™ 3000 peptide complex (dengan palmitoyl tetrapeptide-7), Matrixyl™ synthe'6™ peptide complex (dengan palmitoyl tripeptide-38), SYN™-AKE peptide complex (dengan dipeptide diaminobutyroyl benzylamide diacetate), Relistase peptide complex (dengan acetylarginyltryptophyl diphenylglycine), ARGIRELOX™ peptide complex (dengan acetyl hexapeptide-8, pentapeptide-18), Probiotic complex (dengan lactococcus lactis lysate), di samping 11 jenis amino acid dan multiple hyaluronic acid complexes. Untuk pengetahuan, weight keseluruhan concentration dalam produk ini adalah 25.1%. Fungsi utama yang paling jelas daripada penggunaan serum ini ialah menghilangkan garis halus dan kedutan sederhana pada wajah, meningkatkan tekstur kulit lebih licin dan sekata, memberikan hidrasi dan plumping kepada kulit wajah, mengatasi beberapa jenis masalah kondiri kulit yang disebabkan oleh jerawat/luka/pencemaran/free radical damage, dan kulit menjadi lebih anjal dan sihat. Paling best, produk ini lebih murah dan tidak mengandugi fragrance. Disyorkan untuk beli terus daripada website Deciem (owner The Ordinary brand), kerana terlampau banyak produk tiruan yang paling serupa dan tepat dengan produk ini disebabkan harganya yang murah dan mudah didapati. Perbezaan produk original dan tiruan boleh dilihat dalam banyak video di YouTube.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Brightening Serum

Produk serum ini adalah antara yang agak berkesan boleh didapati di pelbagai platform di farmasi, drugstore dan e-commerce. Ia mengandungi ingredients utama seperti vitamin C, tea tree oil dan alga laut, yang dapat mengurangkan masalah parut jerawat, tompok gelap pada wajah, memudarkan jeragat atau pigmentasi, dan melumpuhkan pertumbuhan jerawat. Selain itu, serum ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak ianya dapat mengurangkan produksi sebum. Serum ini juga dapat memberikan pencerahan pada kulit wajah dengan penggunaan yang konsisten kerana ia menggunakan nanotechnology omega white-C. Walaupun harga mampu milik, kesannya tidak mengecewakan.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Brightening Serum

Produk serum ini sangat berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit matang, tanda awal penuaan, dan juga sesuai untuk ibu mengandung. Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan mudah didapati di drugstore dan e-commerce platform, tapi pastikan yang orginal tau!. Serum ini mengandungi ingredients utama seperti rosehip seed oil, aloe vera, stem cell apply dan kolagen. Kehadiran antioksidan yang terdalam dalam produk ini membantu mengatasi free radical damage, mencerahkan kulit wajah dan mempercepatkan sel kulit yang baru. Dengan harga yang berpatutan, penggunaan produk ini secara konsisten dapat memberikan kesan yang lebih cerah pada wajah, nampak muda dan tekstur kulit lebih sekata.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Vitamin C Serum

Produk serum Melano CC ini adalah antara yang terbaik dalam industry kecantikan – “a magic product” apa yang digelarkan oleh skincare lover. Walaupun ia mudah didapati di drugstore dan packaging yang nampak minimal, kesan produk ini adalah sangat bagus atau boleh dikatakan almost instant. Disebabkan keberkesanannya, produk ini sering menjadi bualan dalam platform social media terutamanya di Reddit mengenai percentage ingredient vitamin C nya. Produk ini mengandungi active ingredient seperti ethyl ascorbic acid yang dapat membantu mencerahkan dan memudarkan parut jerawat ke tahap paling maksima, dan dipotassium glycyrrhizate serta thymol yang kedua-duanya membantu mengurangkan redness dan iritasi pada wajah sambil mematikan bakteria yang menjadi penyebab jerawat. Walaupun ianya produk essence tetapi dalam kategori serum, penggunaan produk ini adalah selepas cleanser. Ini kerana penggunaan pada awal rutin dapat membuatkan serap lebih dekat dan paling hampir dengan kulit wajah agar benefitnya terlebih dahulu diserap berbanding produk lain. Selain itu, fungsi produk ini ialah mengurangkan produksi melanin, menghalang kulit menjadi gelap dan masalah jeragat. Produk ini sangat sangat direkomendasi untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, untuk newbies atau mereka yang baru nak menggunakan vitamin C, perlu berhati-hati terhadap dosage produk ini, kalau kulit tidak adjust lagi, mungkin akan terasa sedikit pedih. Ia sesuai untuk semua jenis kulit kecuali sensitif.

rdn-100pct-l-ascorbic-acid-powder-20g.pn

Kategori: Best Vitamin C Serum

Vitamin C adalah antioksidan paling efektif untuk mencerahkan kulit wajah, menyekatakan tona warna kulit, dan mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit wajah. Produk vitamin C daripada The Ordinary ini diformulasikan dalam bentuk serbuk (powder) yang sangat versatile penggunaannya. Produk ini boleh digunakan bersama dengan hampir pelbagai produk lain seperti air, essence, toner, face oil, emulsium hinggakan moisturiser! Walau bagaimanapun ianya tidak digalakkan untuk newbies atau mereka yang baru nak berjinak-jinak untuk penggunaan produk vitamin C dalam rutin penjagaan wajah. Ini kerana, dosage vitamin C yang berlebihan boleh membuatkan masalah lain kepada kulit seperti kulit menjadi gelap, burning sensation (rasa terbakar), gatal, pedih, dan juga iritasi. Untuk mereka yang mempunyai pengalaman penggunaan vitamin C atau kulit sudah tolerate, boleh mencuba produk ini mengikut citarasa sendiri. Listen to your skin. Penggunaan powder vitamin C memberikan banyak manfaat kepada kulit dan mengatasi beberapa masalah. Walaupun produk vitamin C powder ini antara yang powerful di pasaran, penyediaan serum fresh daripada powder ini memakan sedikit masa (but it’s not a big deal pun kan!). Serum vitamin C yang dilakukan sendiri hendaklah digunakan fresh dan tidak digalakkan simpan dalam bekas lain kerana vitamin C powder ini apabila bertukar tekstur menjadikannya tidak stabil dan mudah teroksida. Untuk pengetahuan, warna vitamin C yang betul untuk kulit wajah ialah putih, jika warnanya bertukar kepada oren atau kekuningan pekat ia menandakan produk vitamin C telah teroksida (so, tak ada makna pun kalau guna sebab tak berfungsi). Paling penting, produk ini sangat murah tetapi harus berhati-hati sebelum membeli di pasaran terutamanya online platform. Terdapat banyak report dan review daripada komuniti skincare lover yang produk tiruan daripada The Ordinary ini bertebaran di pasaran. Kenapa nak beli yang lebih murah bila produk original pun dah murah, kan? So, kalau nak selamat dan yakin beli saja direct dari DECIEM kerana mereka juga senang dihubungi, dapat memberikan guide percuma, dan produk pun dapat batch baru yang berkualiti.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Vitamin C Serum

Produk ini menjadi bualan dalam banyak platform social media dan terdapat beberapa isu mengenainya. Serum vitamin C dari Dear Klairs ini sebenarnya mengandungi peratusan vitamin C yang sangat rendah berbanding beberapa serum lain di pasaran. Dan disebabkan hal ini, sesetengah orang tidak langsung mendapatkan kesan yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, serum ini amat sesuai untuk newbies atau mereka yang tidak pernah menggunakan sebarang produk C atau mereka yang nak berjinak-jinak dengan active ingredients dalam rutin penjagaan wajah. Ia cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak, sekaligus sesuai untuk semua jenis kulit. Pastikan baca instruction dengan betul, gunakan sedikit sahaja pada rutin siang untuk 2 atau 3 kali seminggu, dan jangan lupa gunakan sunscreen. Penggunaan vitamin C tanpa sunscreen hanya akan mempercepatkan kulit menjadi lebih gelap. Produk in berfungsi memperbaiki tekstur kulit, tona warna kulit, mencerahkan kulit, melindungi kulit daripada free radical damage, dan menghalang liang pori-pori daripada tersumbat. Ia mengandungi ingredients utama seperti 5% ascorbic acid dan centella asiatica extract. Penggunaan pertama kali mungkin akan membuatkan kulit terasa sedikit pedih, tapi cuma seketika.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Acne Serum

Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, jangan risau sebab terdapat serum khas untuk masalah ini. Produk dari COSRX ini memberi fokus untuk membantu skin lover mengatasi masalah jerawat, rasa merengsa dan radang akibat bakteria. Produk ini ibarat 2 dalam 1, di mana ia membantu menghapuskan jerawat dan dalam masa yang sama memberikan hydration kepada kulit wajah. Ingredient utamanya ialah centella asiatica (pegaga) yang sangat gentle dan membantu meredakan rasa merengsa, radang, dan burning sensation (muka panas rasa terbakar). Selain itu, Madecassic juga disenaraikan dalam ingredient produk ini yang dapat memberikan protection kepada kulit wajah, asiaticoside menghapuskan jerawat aktif, dan asiatic acid menguatkan lagi skin barrier kulit. Paling best, serum in juga diberikan sedikit collagen-boosting namanya EGF dan niacinamide yang membantu memudarkan parut jerawat warna kemerahan.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Acne Serum

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan masalah jerawat terutamanya, serum dari Naruko ini sangat berkesan mengurangkan pertumbuhan jerawat, produksi sebum dan minyak berlebihan, dan paling penting menghalang liang pori-pori kulit wajah daripada tersumbat. Keberkesanan produk ini disebabkan oleh ingredients utamanya iaitu hyacinth extract, saw palmetto extract, dan salicylic acid 1%. Melihat pada ingredients utama dengan hanya 1% salicylic acid, produk ini boleh dikategorikan sebagai mild dan gentle, dan tidak merengsakan kulit. Disebabkan produk ini agak mild dan gentle, penggunaan secara konsisten amatlah disarankan untuk mendapatkan hasil yang ketara. Selain mengatasi masalah jerawat, kulit kusam dan liang pori-pori tersumbat, serum ini juga memberikan kelembapan kepada kulit tanpa rasa berminyak. Walau bagaimanapun, produk ini mengandungi sedikit kandungan alcohol dan untuk mereka yang tidak sukakan atau alergik kepadanya boleh membuat beberapa pertimbangan.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Acne Serum

Range produk dari SOME BY MI ini sering kali diperkataan tentang kemampuannya mengatasi masalah jerwat dan parut jerawat. Serum khas dari brand ini diformulasikan daripada 14.5% centella asiatica extract dan tea tree extract yang sangat membantu memberikan perlindungan daripada free radical damage, dan menenangkan kulit wajah. Serum ini mempunyai 3 jenis exfoliator yang agak powerful untuk mengatasi pelbagai masalah jerawat, jeragat, bintik hitam dan kulit kusam. Ini kerana produk ini dapat mengangkat sel kulit mati tanpa membuatkan liang pori-pori tersumbat. Ia juga sangat efektif untuk kulit remaja yang sedang dalam fasa perubahan hormone dan lifestyle, di mana pertumbuhan jerawat adalah sangat common. So, dapatkan produk ini untuk atasi masalah jerawat sebelum terlambat okay!

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Retinol Serum

Produk ini adalah antara produk drugstore yang mempunyai standard piawaian yang bagus dan kesan yang dapat dilihat. Ia adalah produk yang efektif walaupun dijual pada harga lebih murah berbanding serum-serum lain di pasaran. Produk ini dapat memudarkan masalah garis halus dan kedutan pada kulit wajah, mencerahkan kulit sekaligus menyekatakan tona warna kulit, dan membaiki tekstur kulit. Ia mengandungi retinol SA dan hyaluronic acid yang juga memberikan kelembapan dan wajah akan terlihat plump. Paling best, produk drugstore ini juga tidak mengundang iritasi kepada kulit malah ianya agak soothing. Untuk newbies yang nak cuba introduce retinol dalam rutin penjagaan wajah, lakukan dengan memperkenalkan retinol pada percentage yang rendah dahulu dan sedikit-sedikit boleh tingkatkan dosage. Gunakan 1 kali seminggu, atau 2 kali seminggu atau jika kulit mampu tolerate even 3 hari pun boleh dengan produk ini.

2.png

Kategori: Best Acne Serum / Best Anti Aging Serum

Untuk mereka yang dalam tight budget tetapi tetap nak menggunakan serum retinol dalam rutin penjagaan wajah, produk-produk retinoids dari THE ORDINARY adalah sangat berbaloi dan efektif. Ia sangat disarankan untuk newbies atau mereka yang baru nak introduce retinoids dalam rutin penjagaan wajah. THE ORDINARY mengeluarkan 6 jenis produk retinoids yang boleh dibeli terus daripada website mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Peringatan: Terdapat banyak produk tiruan brand THE ORDINARY di pasaran, so berhati-hatilah ya! Produk dari brand ini sangat efektif dan sesuai dengan semua jenis kulit. Kalau nak selamat dan yakin, beli terus direct daripada website mereka disamping boleh dapat guide percuma daripada mereka (untuk yang berminat boleh email kami, dan kami akan connectkan dengan DECIEM, atau bantu korang untuk tanyakan rutin/soalan, don’t worry lah it’s free!). So, untuk ringkaskan 6 produk retinoids dariada THE ORDINARY ini, jom tengok kat bawah ini okay. Ingat tau, lakukan PATCH TEST terlebih dahulu kerapa produk retinoids mudah memberikan reaksi/sensitif terhadap kulit wajah seperti iritasi, mengelupas, gatal, dan sebagainya.  

  1. Granactive Retinoid 2% Emulsion. Kekuatan produk yang sederhana dan tidak mendatangkan iritasi kepada kulit wajah.

  2. Granactive Retinoid 2% in Squalane. Kekuatan produk yang sederhana dan tidak mendatangkan iritasi kepada kulit wajah.​

  3. Granactive Retinoid 5% in Squalane. Kekuatan produk yang tinggi, ia mungkin memberikan iritasi yang kecil atau tidak mendatangkan iritasi kepada kulit wajah.

  4. Retinol 0.2% in Squalane. Kekuatan produk yang rendah, dan ia mungkin memberikan iritasi yang sederhana kepada kulit wajah.

  5. Retinol 0.5% in Squalane. Kekuatan produk yang sederhana dan ia mungkin memberikan iritasi yang tinggi kepada kulit wajah.

  6. Retinol 1% in Squalane. Kekuatan produk yang tinggi dan ia mungkin memberikan iritasi yang sangat tinggi kepada kulit wajah.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Serum Untuk Masalah Liang Pori-Pori

Untuk mereka yang mempunyai masalah utama seperti visibility saiz liang pori-pori, dan garis halus pada wajah, produk ini sangat membantu dan efektif. Ia memberikan treatment corrective yang dapat membaiki tekstur kulit wajah dan memudarkan visibility saiz liang pori-pori sehinggakan terlihat halus dan flawless pada wajah. Produk ini juga mempunyai banyak positif review daripada pengguna dan mereka menyatakkan claim pada produk ini sangat berhasil. Produk ini juga menjadikan wajah lembap dan tidak kering seperti kebanyakan pesaingnya. Harga produk ini sangat berpatutan, sesuai untuk semua jenis kulit, dan membantu mengawal produksi sebum dengan baik. Produk ini juga bertindak sebagai primer yang kesannya setanding Hourglass! Ia juga sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit matang, dan pelbagai kondisi kulit.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Serum Untuk Masalah Liang Pori-Pori

Sekali lagi produk serum dari Kiehl’s ini dibicarakan dalam produk pilihan kami. Serum Kiehl’s Precision Lifting & Pore Tightening Concentrate ini membantu mengangkat dan mengurangkan visibility saiz liang pori-pori. Ia membantu mentakrifkan semula penampilan kontur wajah dan membuatkan liang pori-pori nampak “kecil” dan wajah lebih licin serta terlihat flawless. Ia diformulasikan dengan micro-filtered yeast extract dan diuji secara klinikal untuk membuktikan claim produk ini. Serum ini tidak mendatangkan merengsa, iritasi mahupun rasa tegang pada kulit wajah, malah ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Kesan ketara daripada produk ini dapat dilihat selepas 4 minggu. Dua ingredients terbaik untuk produk ini adalah micro-filtered yeast extract (yang membantu membetulkan kontur wajah dan “mengetatkan”/mengurangkan visibility liang pori-pori), dan geranium essential oil (membantu menganjalkan kulit wajah dan memberikan perlindungan antioksidan).

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Serum Untuk Masalah Liang Pori-Pori

Liang pori-pori kulit manusia tidak boleh dikecilkan atau dibesarkan dan ini adalah fakta. Ini kerana liang pori-pori kulit manusia tidak mempunyai otot untuk berbuat demikian. Apa yang terjadi ialah produksi sebum dan minyak berlebihan pada kulit wajah membuatkan liang pori-pori kulit wajah kelihatan sangat visible. Untuk membantu mengurangkan visibility saiz liang pori-pori kulit wajah dan sekali gus membantu kulit wajah nampak flawless, produk serum dari The Ordinary Niacinamide 10% ini mampu mengatasinya untuk sesetengah orang. Ingredients utama produk ini ialah Niacinamide atau vitamin B3 yang dapat mengurangkan appearance skin blemishes. Diformulasikan dengan 10% concentration Niacinamide dan disokong dengan Zinc PCA (zinc salt dari pyrrolidone carboxylic acid), produk ini dapat memberikan keseimbangan visibility saiz liang pori-pori dan mengawal produksi sebum. Walau bagaimanapun, produk ini bukanlah alternatif kepada masalah mengatasi jerawat, dan ianya juga mungkin menampakkan kesan yang sedikit lewat untuk sesetengah orang.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

GARNIER SAKURA WHITE ULTIMATE SERUM (SKIN CONCERN: GARIS HALUS/PENUAAN)

Kategori: Best Serum Drugstore (Mampu Milik)

Serum dari Garnier ini sangat mampu milik dan penggunaan secara konsisten dapat membantu mengurangkan masalah garis halus pada kulit wajah. Produk ini memberikan rasa segar, dan berangin kepada wajah dan penyerapannya lebih cepat berbanding beberapa pesaingnya di pasaran. Paling best, produk ini tidak berminyak dan sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit jenis kering, kombinasi dan berminyak. Produk ini juga mungkin dapat memudarkan parut tompok gelap pada kulit wajah (yang disebabkan oleh jerawat), dan kesan penggunaannya juga dapat membuatkan kulit wajah nampak sedikit tegang tetapi tidak berkilat.

2020-Produk Serum Terbaik dan Berkesan d

Kategori: Best Serum Drugstore (Mampu Milik)

Serum dari Bio-Essence ini adalah produk drugstore yang sangat popular kerana keberkesanan dan harganya. Serum ini sangat moisturing kepada kulit wajah tanpa meninggalkan kesan shiny atau berminyak. Penggunaannya akan menampakkan kulit lebih supple dan lembut sekali. Paling best produk ini menyerap sangat cepat ke dalam kulit wajah. Fungsi utama produk ini ialah memberikan hydration dan kelembapan kepada kulit sehinggakan garis halus, kulit mengelupas, kedutan kecil, dan tekstur kulit dapat dilihat improve, kenyal dan dapat dibaiki. Walau bagaimanapun, serum ini tidak berfungsi untuk masalah parut jerawat, tompok gelap mahupun pencerahan. So, jangan tersalah baca pula ya! Selain itu, ia juga membantu merangsang pertumbuhan sel kulit baru di samping meredakan rasa pedih/sakit akibat jerawat.

Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.

Ampoule-Serum-Booster: Products
bottom of page