top of page

STEP 7: SHEET MASK

Kenapa sesetangah orang suka gunakan sheet mask? Perlu ke sheet mask ini dalam rutin penjagaan wajah? Atau ianya cuma trend sahaja? Sebenarnya, sheet mask hanyalah optional dalam rutin penjagaan wajah paling asas. Penambahan produk sheet mask dalam rutin penjagaan wajah seperti 2 atau 3 kali seminggu membantu kulit dalam banyak hal seperti memberikan hidrasi, mempercepatkan penyerapan produk yang digunakan dalam rutin, membantu ingredients produk yang telah diserap ke dalam kulit untuk memaksimakan kesan produk, dan paling penting sekali untuk penjagaan tambahan kepada kulit seperti untuk lebih segar, bersih, lembut dan glowing. Scroll ke bawah untuk melihat produk-produk pilihan kami yang boleh dipertimbangkan.

Sheet Mask: Testimonial

PRODUK PILIHAN

SHEET MASK

Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik. 

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask ini adalah penyelamat kepada masalah sunburn! Ia bukan sahaja menenangkan kulit wajah daripada sebarang iritasi dengan ingredients seperti willow bark dan centella asiatica, tetapi ia juga membantu menyejukan kulit wajah dengan erythritol. Paling best sheet mask ini ialah dia diperbuat daripada bamboo charcoal untuk menyingkirkan segala blackheads, membersihkan liang pori-pori dan sangat perfect untuk mereka yang mempunyai visibility saiz liang pori-pori yang besar. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit jenis sensitif, berjerawat, mudah iritasi dan pedih kerana ingredients produk ini adalah terbaik dan selamat.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Produk ini juga antara yang paling laris penjualan diplatform online. Sheet mask ini walaupun harganya murah tetapi ia pack dengan essence yang mengandungi collagen, vitamins dan nutriens yang diperlukan oleh kulit wajah. Kesan penggunaan sheet mask ini dapat dilihat instant! Kulit terlihat sihat, glowing, licin, bersih dan segar. Paling best, sheet mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya mereka yang mempunyai kulit jenis kering, kulit kusam, dan kulit dehydrated. Ianya sangat mudah diperolehi dan harganya sangat sangat mampu milik yang membuatkan sesetengah skincare lover menggunakannya sekerap yang mungkin. Ia tidak membuatkan breakouts atau pertumbuhan jerawat. Essence yang berlebihan juga boleh digunakan pada bahagian kulit yang lain sementara mengunggu sheet mask bekerja.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask ini dipekkan dalam packaging yang economy tetapi sangat berkesan dalam memberikan result yang best. Ia direkakan khas untuk penggunaan setiap hari dan memberikan penyerapan dan delivering produk kecantikan lebih cepat. Selain itu, sheet mask ini memberikan hidration yang lebih tinggi supaya kulit wajah lebih anjal, plump dan dapat memudarkan parut jerawat daripada terlihat jelas. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah, baik untuk lelaki mahupun perempuan. Kulit akan nampak lebih sihat, improve, lembut dan tekstur baik selepas setiap kali penggunaanya.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Untuk mereka yang mengalami masalah kemerahan pada kulit wajah, iritasi, dam rasa terbakar (burning sensation), sheet mask ini sangat bagus dan perfect untuk kondisi tersebut. Produk ini direndam dengan 45% centella asiatica leaf water iaitu ingredient superstar untuk soothing, dan hyaluronic acid iaitu ingredient paling top untuk moisturising dan hydrating. Kesan yang dapat dilihat setelah menggunakan sheet mask ini kulit lebih calm, hydrated dan meningkat complexion yang sihat. Sheet mask ini tidak mengandungi alcohol, bebas fragrance dan paraben dan ianya dikategorikan sebagai produk vegan.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask ini banyak terlihat dalam youtube mereka yang mempunyai kulit licin atau glass skin goal. Ia direka dengan semua ingredients semulajadi yang penuh atau sarat dengan nutrien yang berfungsi meremajakan kulit, memberikan hidrasi, menghalang masalah iritasi dan breakouts, dan paling penting memberikan nutrient yang diperlukan kulit wajah. Produk ini tidak menggunakan bahan pengawat dan menjadikannnya sangat selamat untuk semua jenis kulit wajah dan kondisi kulit. Sheet mask ini sedikit mahal tetapi ianya cukup perfect untuk delivering essence, hydration dan nutrient ke dalam kulit disamping meningkatkan penyerapan.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Produk ini sangat economy sebab ia dipekkan dalam set yang mengandungi 10 helai sheet mask. Sheet mask ini sangat tinggi kandungan rice extractnya dan ia mempunyai 4 jenis rice serum seperti fermented rice essence untuk moisture, rice bran oil untuk keanjalan kulit wajah, rice ceramides untuk menguatkan skin barrier, dan rice bran extract untuk meningkatkan tekstur kulit lebih licin dan sekata. Sheet mask ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan kesan paling ketara dapat dilihat oleh mereka yang mempunyai masalah visibility saiz liang pori-pori yang besar, kulit berminyak, kulit mengelupas dan kering, serta kulit dehydrated. Penggunaan yang konsisten dapat memberikan kulit nampak lebih flawless.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask ini telah memenangi pelbagai awards dan pernah featured dalam pelbagai majalah kecantikan antarabangsa. Ia diperbuat daripada cotton asli yang direndam ke dalam ekstrak snail mucin (lendir siput) yang sangat sangat tinggi kandungai hyaluronic acid, allantoin, peptide, dan glycolic acid yang berfungsi membantu memudarkan tanda penuaan, parut, dan meningkatkan hidrasi kulit wajah. Selain itu, ia juga mengandungi bee venom extract yang membantu meningkatkan tona kulit serta tekstur kulit jadi lebih sekata. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan paling membantu kepada mereka yang mempunyai kulit berjerawat.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat. Ia berfungsi membunuh bakteria dan mengecutkan jerawat serta membantutkan pertumbuhan jerawat. Ia diperbuat daripada cotton asli dan direndam dalam ekstrak tea tree yang menjadi agen utama membunuh bakteria dan meredakan kepedihan jerawat. Pearl extract pula memberikan fungsi brightening, manakala seaweed extract dalam mask ini membantu mengetatkan atau memininalkan visibility liang pori-pori.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask ini antara yang paling laris di pasaran! Ia diformulasikan dan kaya dengan essence yang mempunyai ingredients superstar seperti ceramides, aloe vera, dan centella asiatica. Melihatkan kepada gabungan ini, sheet mask ini sangat bagus untuk semua jenis kulit dan paling obvious kesannya boleh dilihat untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering dan kulit jenis sensitif. Ceramides dapat mengukuhkan skin barrier, aloe vera dan centella asiatica dapat meredakan rasa ketidakselesaan, iritasi, pedih, atau burning sensation.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask dari Neogen ini mempunyai formula ceramide dan cholesterol yang membantu kulit wajah lebih plump, dan hydrated di samping menguatkan skin barrier. Produk ini bebas daripada mineral oil, parabens, mahupun animal ingredients. Sheet mask ini sangat kaya dengan hyaluronic acid, dan ia menggunakan nano-size technology yang membantu penyerapan ke dalam kulit dan lebih cepat. Paling ideal produk ini digunakan untuk mereka yang nak kan extra boost of moisture agar kulit wajah nampak berseri, glowing dan plump.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

Sheet mask ini direndam dalam fresh pure juice extracts yang mengandungi nutritional elements baik untuk kulit wajah. So, pengguna boleh memilih 15 jenis sheet mask daripada extract pure juice tersebut mengikut kesukaan/preference. Paling best sheet mask ini cepat menyerap ke dalam kulit wajah dan tidak meninggalkan rasa sticky kepada kulit. Ia diformulasikan dengan ingredients yang mild serta tidak mengandungi paraben, triethanolamine, propylene glycol, tar colorant, dan mineral oil. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingatkan instant skin improvement, mereka yang stress seharian, dan juga mereka yang ingin meredakan rasa panas atau burning sensation pada kulit wajah.

2020-Produk Sheet Mask Terbaik dan Berke

This is your Product description. Write a short overview including iSheet mask ini sangat versatile dan mempunyai 11 pilihan mengikut keperluan kulit wajah. Paling menarik tentang sheet mask ini ialah direka dalam pelbagai bentuk dan warna mengikut infused extract dalam sheet mask tersebut. Harganya sangat mampu milik dan tidak mongerinngkan kulit wajah. Produk ini sangat moisturising dan membuatkan kulit wajah menjadi plump serta berseri-seri. Sheet mask ini sangat disyorkan penggunaannya sebelum makeup kerana akan memberikan hasil yang lebih menawan dan fresh.mportant features, pricing and any other relevant info for a potential buyer. Consider adding an image or video that shows off your great-looking product and entices users to make a purchase.

Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.

Sheet Mask: Products
bottom of page