STEP 10b: SLEEPING PACK
Sleeping mask juga dikenali sebagai sleeping pack dan digunakan 2 atau 3 kali seminggu pada waktu malam untuk mengunci hidrasi kulit dan memberikan wajah yang lembap dan berseri pada esok hari. Scroll ke bawah untuk review produk-produk sleeping mask/pack terbaik di pasaran sekarang.
PRODUK PILIHAN
SLEEPING PACK
Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik.
Sesuai untuk semua kulit kecuali kulit sensitif
Produk ini adalah antara brands yang sering diperkatakan dan popular dalam blog, YouTube, forum, dan group-group kecantikan. Apa yang menjadikannya best ialah ia mempunyai innovative ingredients macam Snow Water yang dapat mencerahkan dan menyekatakan tona warna kulit, ceramides yang dapat membantu mengekalkan kelembapan, dan aroma botanical yang dapat melembutkan dan membuatkan kulit nampak plump serta segar pada keesokkan hari. Produk ini mungkin sedikit mahal, tetapi reviews dan pengalaman mereka yang pernah menggunakannya telah membuktikan keberkesanan produk ini.
Sesuai untuk kulit kering dan kulit kombinasi
Produk ini mempunyai tekstur gel yang sangat hydrating dan memberikan efek cooling dan soothing kepada kulit kering. Ia tidak berminyak, atau boleh menyumbatkan liang pori-pori. Ia membantu memberikan hidrasi, melembutkan, dan memberikan mildly exfoliate kepada kulit. Kesannya, kulit akan lebih clear, berseri dan segar pada keesokan hari. Penggunaan sleeping mask ini disarankan sekitar 2-3 kali seminggu.
Sesuai untuk kulit yang mempunyai tona tidak sekata dan hyperpigmentation
Produk ini sangat sangat membantu untuk mereka yang ingin mengurangkan masalah tona warna kulit tidak sekata dan masalah hyperpigmentation. Ia mempunyai ekstrak beras yang dapat membantu mencerahkan wajah, memberikan hidrasi, dan membantu menghilangkan masalah kulit kusam. Paling best, produk ini boleh dijadikan sleeping mask, moisturiser ataupun wash-off mask, terpulang kepada pengguna. Hasilnya, kulit wajah akan menjadi lebih lembut, dan sihat.
Sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit yang mempunyai parut jerawat atau hyperpigmentation
Produk ini dapat membantu meningkatkan kecerahan kulit dan memberikan hidrasi yang cukup kepada kulit. Ia mengandungi kombinasi ingredients utama seperti niacinamide, ekstrak morus bark, dan ekstrak mulberry. Fungsi utama produk ini ialah ia dapat membantu dalam mengurangkan parut jerawat, mengurangkan hyperpigmentation dan mencerahkan kulit. Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kering, disarankan untuk menggunakan light moisturiser sebelum menggunakan produk ini. Ia dapat memberikan hydration yang tinggi.
Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit berjerawat
Jika ada yang mempunyai kulit jenis berminyak dan kulit berjerawat, mungkin korang berasa risau untuk menggunakan sleeping mask, takut-takut jika ianya boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat. Walau bagaimanapun, sleeping mask dari Etude House Moistfull Collagen ini sangat bagus dan sesuai dengan kulit berminyak dan kulit berjerawat. Ia tidak akan membuatkan liang pori-pori tersumbat, tidak melekit dan sangat-sangat light yang mudah menyerap dan sekaligus memberikan hydration. Hanya dengan menggunakan amount sebesar biji kacang hijau dapat memberikan kesan yang sangat berkesan dan dapat dilihat pada keesokkan hari.
Sesuai untuk kulit sensitif
Produk ini sangat membantu kepada mereka yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, berjerawat dan terlalu sensitif. Produk ini mengandungi ingredient utama seperti ekstrak calendula untuk memberikan efek soothing. Produk ini dapat memberikan hidrasi, melegakan dan memberi perlindungan kepada kulit. Ia dapat menjaga kulit ketika tidur, mengurangkan stress, dan mengandungi elemen relaxing yang diperlukan.
Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit rosak
Produk sleeping mask dari COSRX ini sangat kaya dengan ingredients yang bagus seperti madu dan propolis. Propolis adalah ingredient terbaik sebagai antiseptic, anesthetic, membantu meredakan keradangan dan iritasi kulit. Kombinasi ingredients ini dalah membantu mengawal produksi minyak berlebihan dan produksi sebum untuk kulit yang berminyak, serta meredakan masalah jerawat yang menyakitkan. Cooling dan calming efek daripada sleeping mask ini sangat diperlukan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis ini.
Sesuai untuk kulit normal dan kulit kombinasi
Produk daripada Sulwhasoo ini tidak dapat disangkal lagi keberkesannya. Ianya sangat kaya dengan ekstrak herba, ginseng dan vitamins yang dapat memberikan kebaikan kepada kulit wajah semasa tidur. Ianya dapat menjadikan kulit lebih hidrasi, lebih sihat, menguatkan dan mengencangkan kulit wajah, serta meresap dengan cepat ke dalam kulit. Walaupun harga sedikit mahal, kesan dan benefits daripada sleeping mask ini memang tidak dapat disangkal. Banyak hasil yang ketara seperti kulit lebih licin dan tekstur menjadi lebih baik dapat dilihat dalam banyak youtube video dan review.
Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.