top of page

STEP 10a: SUNSCREEN SPF

Sunscreen (SPF) adalah produk rutin paling penting di siang hari. Jangan lupa untuk re-apply setiap 2 atau 3 jam. Ia membantu melindungi kulit daripada sinaran berbahaya UVA/UVB dan risiko kanser kulit. Scroll ke bawah untuk melihat produk-produk sunscreen terbaik pilihan kami di pasaran sekarang.

Sunscreen SPF: Testimonial

PRODUK PILIHAN

SUNSCREEN SPF

Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik. 

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Efektif untuk kulit berjerawat

Produk ini adalah jenis bebas daripada minyak yang sangat bagus dan diformulasikan khas untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan kulit berjerawat. Ia diformulastikan bersama helioplex technology dan memberikan perlindungan UVA/UVB dengan SPF55. Teksturnya sangat sanga ringan seperti air tetapi dapat memberikan matte finishing kepada wajah. Nampak natural je kulit macam tu. Produk ini juga bebas daripada fragrance dan tidak membuatkan liang pori-pori tersumbat

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Efektif untuk kulit sensitif, kulit selepas treatment/pembedahan

Produk ini mengandungi UV filters jenis inorganic/physical UV filters seperti zinc oxide 9%, titanium dioxide 7%. Untuk korang yang prefer UV filter jenis physical, produk ini sangat sangat best. Ia tidak mempunyai chemical UV filters langsung. Zinc oxide dan titanium dioxide dapat memberikan mineral-based sun protection dan produk ini diformulasikan bebas minyak, sangat ringat, tidak melekit dan water-resistant formula (kalis air). Paling penting produk ini memberukan broad-spectrum coverage kepada kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB.

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Efektif untuk kulit berjerawat, kulit yang ada masalah rosacea dan hyperpigmentation

Produk ini mempunyai kombinasi UV filters (chemical/organic dan physical/inorganic) seperti zinc oxide 9%, octinoxate 7.5%. Ia bukan sahaja membantu melindungi kulit daripada sinaran berbahaya tetapi juga mengandungi niacinamide yang dapat meminimumkan appearance kulit kering atau kulit yang rosak, serta kandungan sodium hyaluroate pula membantu memberikan kelembapan dan menjadikan kulit lebih supple. Ia juga mengandungi tocopheryl acetate (vitamin E) yang mengurangkan masalah tanda-tanda penuaan. Produk ini adalah antara yang direkomendasikan oleh The Skin Cancer Foundation. Ia bebas daripada frangrance, minyak, parabens, sensitivity, noncomedogenic dan paling best tak ada white cast.

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Efektif untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensitif

Berdasarkan ingredientsnya, produk ini dikategorikan sebagai purely chemical sunscreen atau organic. Ia mempunyai UV filters seperti Ethylhexyl Methoxycinnamate (AKA Octinoxate), Ethylhexyl Salicylate, Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate (AKA Uvinul A Plus) dan Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyltriazine. So, kalau korang sensitif terhadap salah satu ingredients filters ini, boleh elakkan. Untuk yang tidak mempunyai masalah, produk ini sangat bagus dan berbaloi kalau dilihat pada harga dan teknologi dari Korea Selatan ini. Tekstur produk ini sangat lembut, light cream dan warna putih. Ia mudah dioleskan kepada kulit wajah dan tidak meninggalkan white cast.

la-roche-posay.png

Sesuai untuk semua jenis kulit

Produk ini adalah yang paling tinggal UVA protection dikalangan koleksi Anthelios. Broad spectrum protection daripada produk ini dapat melindungi kulit daripada UVA dan UVB dan membantu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh Infrared-A dan pencemaran. Produk ini telah mendapat rekomendasi daripada kebanyakan dermatologist bukan sahaja di Malaysia tetap di seluruh dunia. Boleh lihat beberapa review dermatologist popular di Youtube. Paling best, produk ini tidak meninggalkan white cast, tidak menjadikan kulit berminyak, bebas fragrance, sangat ringan dan warnanya mengikut tona kulit, tidak memedihkan mata, tekstur cair  dan tidak melekit apabila dioleskan ke wajah.

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Efektif untuk kulit berjerawat dan sensitif

Produk ini mempunyai perlindungan SPF30+ dan broadspectrum. Ia mempunyai ingredients vegan, bebas minyak, tidak melekit, tidak meninggalkan white cast, dan sangat light. Selain melindungi kulit, ia juga dapat melembutkan kulit dan memberikan hidrasi. Produk ini mendapat review tertinggi dalam Amazon, forum-forum kecantikan, group kecantikan dari Barat dan Korea Selatan. Produk ini tidak memedihkan mata dan sangat mudah dioleskan kepada kulit wajah. Bagusnya produk ini ialah ia tidak mendatangkan breakouts mahupun masalah kulit yang lain dan ia tidak ada masalah untuk digunakan kepada damaged atau problematic skin.  So, tak ada alasan untuk tidak menggunakan sunscreen.

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Sesuai untuk semua jenis kulit

Produk ini mempunyai kombinasi UV filters (chemical/organic dan physical/inorganic) seperti Octinoxate, Zinc Oxide, Tinosorb S, Uvinul A Plus, Univul T150. Produk ini tidak mengandungi fragrance tetapi mengandungi alcohol. Ianya water resistant (kalis air) dan sangat sesuai untuk digunakan ketika beraktiviti diluar atau bekerja di luar/dibawah panas matahari. Produk ini juga tidak memedihkan mata, serta tidak mengeringkan mahupun membuatkan kulit berminyak. Kalau korang nak rasa fresh dan natural kepada kulit wajah, produk ini amat disyorkan. Selain harganya yang murah, dia juga sesuai untuk semua.

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Efektif untuk untuk kulit berminyak, dan normal

Produk in mempunyai kombinasi UV filters (chemical/organic dan physical/inorganic) seperti Octinoxate, Uvinul A Plus, Zinc Oxide, Uvinul T 150, Titanium Dioxide, dan Tinosorb S. Produk ini sangat popular di kalangan skincare lovers di seluruh dunia dan agak sering diperkatakan. Harganya sangat affordable dan boleh didapati di farmasi, drugstore dan online. Walaupun ianya bagus digunakan setiap hari, produk ini mengandungi alcohol dan fragrance. So, sesiapa yang mempunyai kulit sensitif atau allergic terhadapnya, perlukan membuat pertimbangan yang baik. Untuk yang tidak mempunyai halangan, sunscreen ini paling efektif terhadap mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan normal.

soonjung-mild-defence-sun-cream.png

Untuk semua jenis kulit terutamanya mereka yang sensitif terhadap chemical sun blocker

Produk ini sangat sesuai kepada mereka yang mencari long-lasting UV protection. Tekstur produk ini agak lembut, putih susu, dan sangat cepat meresap ke dalam kulit. Apabila digunakan selalu, ia dapat menghalang kulit daripada masalah dehydration. Ingredientnya kaya dengan nutritional composition yang sangat diperlukan oleh kulit dan menghalang kulit daripada terlihat shinny. Produk ini juga antara yang sering disebut-sebut oleh skincare lovers dan youtube channels.

2020-Produk Sunscreen SPF Terbaik dan Be

Efektif untuk kulit berminyak dan kulit kombinasi

Produk ini sangat istimewa kerana ianya berfungsi 3 dalam 1 iaitu sebagai UV protection, anti-wrinkle, dan brightening. Produk ini juga bebas daripada sebarang kandungan haiwan, mineral oil, fragrance, talc dan pewarna. Untuk mereka yang dalam kumpulan kulit ini, sunscreen ini sangat sesuai untuk aktiviti di luar, outdoors dan mereka yang menghabiskan masa di luar. Ia mempunyai long-lasting UV protection yang bukan sahaja memberikan perlindungan UV tetapi juga melawan produksi sebum dan peluh. Ia tidak memberikan white cast dan kulit wajah tidak akan berminyak dan paling best ianya sangat cepat meresap ke dalam kulit.

Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.

Sunscreen SPF: Products
bottom of page