STEP 4: TONER
Toner membantu membersihkan sisa kotoran yang tertinggal, mengurangkan visibility liang pori-pori pada wajah, membaiki skin barrier, dan menyediakan kulit wajah untuk rutin seterusnya pada pH kulit yang baik/normal. Penggunakan toner ini adalah optional kepada individu (ada sesetengah dermatologists tidak menekankan penggunaannya, malah ada beberapa yang memberikan rekomendasi toner tertentu). Terpulang kepada pengguna untuk menggunakannya atau tidak berdasarkan kondisi kulit dan keperluannya. Listen to your skin needs , okay!. Scroll ke bawah untuk melihat produk pilihan di pasaran sekarang.
PRODUK PILIHAN
TONER
Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang produk-produk pilihan kami yang mudah didapati di pasaran. Apa yang paling penting sekali ialah berkesan dan tentunya menjanjikan harga yang berpatutan. Selamat membuat pilihan dan pertimbangan yang baik.
Untuk mereka yang mempunyai kulit kering atau sangat kering yang boleh mengakibatkan masalah mengelupas, toner dari Fresh ini telah diakui terbaik oleh kebanyakan skincare lovers. Ia memberikan hidrasi dan kelembapan kepada kulit kering sekaligus dapat menunjukkan perbezaan yang ketara. Antara ingredients terbaik yang digunakan untuk produk ini adalah rose water, hyaluronic acid, dan angelica leaf extract yang sangat terkenal dalam memberikan kelembapan. Walaupun hargannya sedikit mahal, ia tetap berbaloi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai kulit kering. Untuk perbandingan harga, boleh juga check di SINI.
Produk ini antara yang sangat popular dan berkesan dari drugstore. Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit matang dan nak gunakan glycolic acid. Alpha hydroxy acid dalam produk ini membantu menguatkan kulit dan paling penting sekali merangsang produksi kolagen di samping dapat membantu membuangkan sel kulit mati. Selain itu, harga yang memadai dengan packaging yang besar dapat memberikan penjimatan.
Produk dari Perancis ini cukup bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dehydrated (ia berbeza ya dengan jenis kulit kering). Produk ini menggunakan sodium hyaluronate sebagai ingredient utamanya, yang datang dari smaller derivative of hyaluronic acid. Selain minum air kosong mencukupi, dermatologist seperti Dr Zeichner berpendapat penggunaan toner yang mengandungi hyaluronic acid dapat menjadikan skin plumping kerana hyaluronic acid adalah humectants terbaik untuk memberikan hidrasi dan kelembapan kepada kulit.
Toner ini dinobatkan yang paling top dengan kesan yang cukup maksima dan kerana itu ia menjadi pilihan terbaik untuk ramai orang. Penyerapan toner ini adalah sangat cepat dan sungguh membantu dalam meningkatkan hidrasi kulit wajah. Walaupun penyerapan cepat, ia tidak mengandungi alcohol. Kelebihan toner ini ialah ia dapat memberikan kesan seperti kulit menjadi lebih cerah, wajah menjadi lembap tanpa berminyak, meningkatkam tekstur kulit menjadi licin dan mengurangkan visibility liang pori-pori kulit wajah. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak. Berkesan untuk mengatasi kulit kusam, dan membantu meredakan sensitiviti kulit wajah. Kalau sedang mencari hydrating toner, produk ini adalah nombor 1 dalam carta toner. Ia mempunyai dua jenis versi, scented (botol warna gelap) dan unscented (botol warna cerah) untuk memenuhi citarasa pembeli. Terdapat dua versi untuk toner ini. Yang warna jernih adalah tanpa fragrance.
Toner ini sangat bagus dan sesuai untuk mereka yang sedang mengalami masalah kulit tidak sekata akibat jerawat dan jeragat. Ia adalah toner paling berkesan dalam menangani masalah pigmented skin yang disebabkan oleh parut jerawat. Selain itu, ia juga berfungsi membantu masalah kulit kusam dan membantu untuk mendapatkan healthy complexion. Ia juga berfungsi untuk mengawal produksi sebum, deep cleansing, dan memberikan kesan paling ketara untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat. Penggunaan yang konsisten dapat menyerlahkan kesan positif daripada toner ini. Ingredients toner ini juga tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya atau yang boleh mengakibatkan masalah breakouts dan sebagainya.
Untuk mereka yang inginkan balancing toner, produk ini sangat memenuhi citarasa untuk semua jenis kulit. Ianya bersifat gentle dan eco-friendly. Green tea terkenal sebagai salah satu anti-oksidan yang sangat bagus untuk kulit wajah. Produk ini mengandungi nourishing agen bernama betaine yang memberikan kelembapan dan kesegaran kepada kulit wajah selain menyediakan kulit pada pH yang natural. Kelebihan produk ini ialah ia mudah menyerap ke dalam kulit wajah tanpa meninggalkan rasa melekit dan juga membantu menenangkan kulit wajah yang merengsa/iritasi.
Toner ini adalah antara produk dari Korea Selatan yang mampu milik di samping kuantiti packagingnya yang sangat menjimatkan. Untuk mereka yang mempunyai masalah skin barrier rosak, toner ini sedia membantu. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan kulit kering. Selain memberikan hidrasi dan kelembapan kepada kulit, ia juga membantu membuang sel kulit mati kerana ia mengandungi ingredients baik seperti ceramides, rice extract, dan rice bran oil. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang tidak sukakan fragrance atau alergik kepada fragrance, produk ini mempunyai bau yang sedikit kuat berbanding kebanyakan toner dari Korea Selatan.
Produk ini adalah pesaing hebat kepada The Face Shop Rice and Ceramide Moisturizing Toner. Tonymoly Wonder Ceramide Mocchi Toner ini juga mempunyai harga yang mampu milik selain di pack dalam packaging yang besar dan menjimatkan. Untuk mereka yang mempunyai masalah skin barrier atau nak mengukuhkan skin barrier, produk ini berhasil membantu. Ia mengandungi ceramide yang diperlukan pada kulit dan beberapa ingredients best lain seperti centella asiatica, glycerin, allantoin dan lecithin. Produk ini berfungsi melembapkan kulit wajah dan menyerlahkan kulit yang sihat. Ia juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah dan bersifat watery yang cepat menyerap ke dalam kulit.
Toner ini adalah salah satu produk rave dan pesaing kepada toner Dear Klairs. Brand ini sangat terkenal di Korea Selatan sebagai brand herbal medicine dalam skincare. Untuk mereka yang sukakan simplicity, bebas fragrance dan alcohol, dan berkesan, Pyunkang Yul Essence Toner ini adalah jawapannya. Walaupun minimalis dalam senarai ingredientsnya, keberkesanan produk ini tidak perlu diragui. Consistency produk ini agak tebal sama seperti Dear Klairs, tetapi setelah diurut ke wajah ianya bertukar menjadi watery. So, ia menjadikan penyerapannya lebih cepat ke dalam kulit. Produk ini berfungsi dalam menenangkan wajah, memberikan balance pH wajah, super hydrating dan paling penting tidak merengsa atau memberikan iritasi kepada kulit wajah. Paling penting ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah.
Produk ini sangat sesuai dan berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif, kulit kering, dan kulit kering yang sensitif. Walau bagaimanapun, ia mungkit tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai eczema. Ia membantu memberikan protection kepada pH kulit wajah dan ia adalah bebas daripada alcohol. Produk ini cukup lembut dan tidak mendatangkan breakouts kepada kulit pengguna malah dapat mengecutkan jerawat yang sedang aktif. Produk ini mudah di dapati di drugstore, farmasi mahupun online.
Produk toner terbaik drugstore diungguli oleh brand ini. Pengguna mengakui bahawa produk ini cukup berbaloi, mampu milik, menjimatkan dan berkesan. Ia sangat berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi. Produk ini sedikit tebal berbanding toner lain yang terdapat di drugstore. Ia menunjukkan betapa hydratingnya produk ini di samping menghilangkan kotoran dan makeup, dan mengurangkan visibility liang pori-pori. Kesannya, kulit nampak lebih cerah dan bersih selepas menggunakan toner ini.
Produk toner ini adalah gentle dan juga bertindak sebagai exfoliator yang dapat memberikan kulit wajah lebih cerah, clear dan kelembapan yang tinggi. Ia juga mampu membaiki tekstur kulit menjadi lebih sekata disebabkan oleh kehadiran glycolic acid dalam produk ini. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan ianya sangat berbaloi kepada mereka yang inginkan kulit yang cerah. Consistency produk ini adalah watery dan ringan, so penyerapan kepada kulit lebih cepat. Walau bagaimanpun, perlu berhati-hati untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif kerana ia mungkin boleh memberikan sedikit purging atau redness. Lakukan patch test terlebih dahulu ya!
Brand Kiehl’s ini telah berada di pasaran lebih daripada 150 tahun dan hasil produknya memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Untuk produk toner daripada brand ini, ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi dan kulit berminyak paling ramai mendapat kesan baik yang ketara. Toner ini mempunyai sedikit bau yang agak calming dan menyenangkan. Paling best toner ini tidak langsung mengeringkan wajah malah memberikan hidrasi yang mencukupi untuk setiap individu yang menggunakan. Ia juga tidak memberikan sebarang masalah kepada kulit sensitif malah menyegarkan kulit. Walaupun harganya agak sedikit mahal, ianya berbaloi dengan kesan yang bagus.
Toner daripada Hada Labo ini juga menjadi salah satu produk rave di kalangan skincare lovers. Ia mengandungi 5 jenis hyaluronic acids dan consistency nya agak tebal dan sedikit melekit. Walau bagaimanapun, ketika disapukan dan diurutkan ke wajah, rasa melekit dan tebal tersebut akan hilang diserap ke dalam kulit. Produk ini juga agak versatile kerana ia juga boleh digunakan dengan kombinasi produk lain seperti powder dan vitamin, untuk dijadikan sebagai mask mahupun dalam rutin seharian. Produk ini juga super moisturinsing dan mempunyai pH balanced yang sangat diperlukan kulit wajah. Penggunaan yang konsisten dalam setiap rutin siang dan malam dapat memberikan kesan yang sangat luar biasa seperti kulit menjadi lebih licin dan sekata, complexion yang sihat, dan menjadikan wajah lebih cerah berseri.
Untuk mereka yang dalam tight budget, tetapi mahukan produk yang baik dan selamat, SIMPLE sekali lagi memenangi carta toner pilihan. Produk ini mempunyai gabungan multivitamin dan beberapa ingredients yang serasi dengan kulit. Ia juga bebas daripada alcohol, bebas daripada paraben, tidak mengandungi ingredient daripada haiwan mahupun fragrance. Produk ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, malah mereka yang mempunyai kulit sensitif juga boleh menggunakannya tanpa rasa risau. Ingredients utama produk ini adalah witch hazel, allantoin, dan vitamin B5. Ia sangat membantu dalam membasmi jerawat, mengurangkan produksi minyak berlebihan, dan mengurangkan visibility liang pori-pori di wajah.
Produk ini menjadi salah satu favorite ramai YouTuber. Ia dikategorikan sebagai mild dan membantu menbersihkan kulit wajah di samping menyediakan pH kulit yang balanced. Toner ini sangat kaya dengan ekstrak licorice, di mana ia dapat boost kan lagi kelembapan kulit agar nampak sihat dan segar sepanjang masa. Produk ini cukup serasi dengan semua jenis kulit, tetapi sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif. Ia berfungsi untuk menangani masalah hydration, mencerahkan kulit kusam, memberikan glowing pada wajah, menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan kulit wajah.
Produk ini sangat membantu dalam mengatasi masalah kulit gatal. Ia sangat gentle dan serasi untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi dan kulit sensitif. Ia juga berfungsi dalam memberikan perlindungan kulit wajah daripada sebarang kerosakan. Selain itu, ia juga membantu menyingkirkan blackheads dan sel kulit mati, di samping memberikan kelembapan kepada kulit. Hasilnya, ia dapat membaiki skin barrier kulit dan mengurangkan visibility liang pori-pori pada kulit wajah. Untuk perbandingan harga, boleh beli DI SINI. Atau untuk penghantaan cepat boleh BELI DI SINI.
Nota penting: Produk Pilihan hanyalah membantu anda untuk mengetahui dan memilih produk-produk penjagaan wajah yang betul dan selamat mengikut jenis kulit wajah. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar melakukan PATCH TEST sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan di pasaran. Tiada sebarang produk dari Product Reviews ini boleh dianggap rawatan perubatan kepada masalah tertentu. Kami tidak bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang dilakukan oleh anda. Sila rujuk kepada doktor untuk perkara yang melibatkan hal kesihatan dan penyakit.