top of page

10 PERKARA DALAM SKINCARE JOURNEY YANG PATUT DITINGGALKAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 26 Okt 2020
  • 1 min membaca

Updated: 26 Okt 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! How’s your weekend? Cik Jojo harap semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja ya. Untuk tips hari ini, Cik Jojo cuma nak sharekan beberapa perkara dalam skincare journey yang patut kita tinggalkan. Dah tahun 2020, maka sudah banyak informasi dan kajian saintifik yang boleh kita ikut untuk mendapat manfaatnya bersama.

Antara perkara yang biasa kita dengar atau baca dan sepatutnya ditinggalkan adalah seperti berikut;

1) Tidak menggunakan sunscreen

2) Produk timbang kilo yang tentunya mengandungi kandungan tidak selamat

3) Memicit jerawat

4) Melakukan microneedling dengan hanya mengikut panduan di youtube

5) Meletakkan ubat gigi ke atas jerawat

6) Menggunakan minyak kelapa sebagai moisturiser kulit wajah

7) Menggunakan lemon dan cuka epal sebagai exfoliant

8) Tidak mengendahkan kulit pada bahagian leher dalam rutin penjaganan wajah

9) Membeli ubat preskripsi diplatform online tanpa nasihat doktor

10) Tidak membersihkan tangan sebelum melakukan rutin penjagaan wajah.


Kesemua perkara di atas ini wajar dielakkan dan tidak sepatutnya berlaku lagi. Banyak beauty awareness campaigns yang boleh didapati, malah explaination setiap satunya juga ada. So, jangan lupa saling ingat mengingati kat kawan-kawan mahupun sesiapa sahaja disekeliling kita ya! Stay safe and take care tau.


Have a nice day everyone!





Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page