top of page

TIPS UNTUK MEREDAKAN MASALAH KULIT MERENGSA (IRRITATED SKIN)

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 26 Nov 2020
  • 1 min membaca

Updated: 29 Mac 2023

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak share kan satu tips ringkas untuk meredakan masalah kulit merengsa atau irritated skin. Rasa merengsa pada kulit ni terjadi disebabkan oleh banyak faktor, termasuklah penggunaan produk skincare yang tidak sesuai. So, apa nak buat kalau kulit rasa merengsa (irritated skin), jom check it out;

1) Hentikan serta merta penggunaan produk skincare tersebut, termasuklah produk yang mengandungi ingredient actives.


2) Berikan masa beberapa hari (up to 7 days) untuk kulit pulih (heal), tanpa penggunaan sebarang produk skincare treatment/produk yang mengandungi ingredients actives. Just stick to cleanser-moisturiser-sunscreen.


3) Selepas beberapa hari, boleh cuba semula produk skincare tersebut atau produk yang mengandungi ingredient active. TETAPI, gunakan pada kuantiti yang sangat kecil. Secara beransur-ansur, cuba introduce semula produk yang dihentikan, satu-per-satu dan tidak sekaligus.


4) Gunakan moisturiser SEBELUM dan SELEPAS penggunaan produk skincare yang mengandungi ingredient actives.


5) Jangan lupa untuk menggunakan SUNSCREEN. Cuba cari sunscreen yang ada filter seperti zinc dan titanium. Ia dapat mengurangkan rasa irritating tersebut. Make sure cari yang SPF 30+ ke atas tau.


6) Paling penting sekali, ketika membersihkan kulit wajah, gunakan air suam atau pada suhu bilik. Tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.


Semoga perkongsian tips ini dapat dimanfaatkan bersama. Jika selepas menghentikan produk skincare yang digunakan pun masih bermasalah atau kulit rasa merengsa, gatal, sakit berterusan, SEGERA dapatkan rawatan yang betul dari doktor/dermatologist okay!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page