[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN
- Cik Jojo
- 26 Nov 2020
- 2 min membaca
Updated: 29 Mac 2023
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk sharing is caring hari ini, Cik Jojo nak share kan satu ingredient yang baik untuk jerawat tetapi jarang dibincangkan di kalangan skincare lovers. Nama ingredient ini ialah SULFUR. Kalau dengar je nama sulfur ni, tentu banyak yang bermain difikiran, kan? Bau yang kurang menyenangkan lah a.k.a bau telur busuk, tekstur tak cantik lah, dan banyak lagi. Don’t worry korang. Sebenarnya, cosmetic formulators dah berjaya menghilangkan bau telur busuk dari sulfur tu dengan formulasi pembuatan produk skincare melalui kaedah terkini.

So, now dah tau yang ingredient sulfur ini sangat baik untuk jerawat, jom kita tengok pula manfaatnya.
1) Sulfur adalah bersifat keratolytic, dimana ia dapat membantu menanggalkan sel kulit mati daripada lapisan paling atas kulit kita, sekaligus dapat mengelakkan clogged pores yang boleh mengakibatkan jerawat.
2) Sulfur juga bersifat anti-bakteria, dimana ia dapat mengurangkan bakteria yang dapat mengakibatkan masalah jerawat.
3) Sulfur juga mempunyai sifat anti-fungal dimana ia dapat mengurangkan pertumbuhan atau pembiakan yis yang boleh menyebabkan malassezia folliculitis (nama media sosialnya: fungal acne) dan kelemumur.
4) Sulfur ni yang bagusnya tidak mendatangkan rasa merengsa (very less irritating) dan sangat lembut terhadap kulit kalau nak dibandingkan dengan benzoyl peroxide. Kalau korang ada allergies ke atau kulit tidak boleh terima atau sesuai dengan benzoyl peroxide, so korang boleh consider ingredient alternatif seperti sulfur ini.
Walaupun sulfur ni lebih gentle (lembut) berbanding benzoyl peroxide, perlu hati-hati dengan concentration. Elakkan dari menggunakan higher concentration sulfur kerana boleh mengakibatkan rasa burning sensation dan mungkin juga sedikit irritation. So, kalau korang dah jumpa produk yang mengandungi sulfur, lakukan PATCH TEST terlebih dahulu walaupun ianya ingredients yang agak lembut (tidak harsh).
Semoga bermanfaat ya!
Have a nice day everyone!

Comments