10 SEBAB UTAMA SKINCARE TIDAK BERKESAN KEPADA KULIT
- Cik Jojo

- 3 Jun 2020
- 5 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! Pagi ini Cik Jojo nak share kan tentang 10 sebab utama produk skincare tidak berkesan kepada kulit. Mungkin ada ramai antara kita yang telah mencuba pelbagai produk-produk penjagaan kulit tetapi masih tidak sesuai atau tidak menampakkan kesan yang diharapkan. Adakah masalah tersebut datangnya dariproduk atau kita sendiri? Secara amnya, produk-produk penjagaan wajah di pasaran dijual mengikut jenis kulit dan kesesuaiannya.
👉Walaupun bagaimanapun, ada segelintir orang yang sudah ikut pelbagai tips sebelum membeli produk penjagaan wajah seperti mengetahui jenis kulit wajah, kondisi kulit wajah, review produk, dan ingredients produk tersebut, tetapi masih tidak menunjukkan hasil yang baik. Frust tak? Tentulah sangat sangat frust kan. Lebih frust, boleh pulak tumbuh jerawat baru yang mekar tak sudah😭😔. So, kalau korang mengalami masalah begini, jom baca 10 sebab utama produk skincare tidak berkesan kepada kulit kita. Are you readyy?😉
1) Kulit wajah tidak dibersihkan dengan betul
✅Pastikan kulit wajah dicuci dengan bersih. Ia adalah antara 4 perkasa asas dalam rutin penjagaan wajah. Jangan lupa lakukan teknik double cleansing pada rutin malam okay!
2) Kulit wajah telah sampai level optimal yang sepatutnya
✅Apabila sudah terlalu lama menggunakan produk yang sama, ada orang cakap kulit wajah menjadi “immune” terhadap reaksi dan ingredients yang digunakan. Kulit kita ini TIDAK menjadi immune terhadap skincare apa pun. Tidak. Apa yang terjadi adalah, berubahan atau kesan produk tersebut kepada kulit kita tidak memberikan hasil atau kesan yang terlampau kecil disebabkan oleh kulit kita tu telah mencapai tahap optimal yang produk tersebut boleh lakukan. So, solutionnya, cari produk lain yang mungkin mempunyai peratusan sesuatu bahan utama yang tinggi. Contohnya Vitamin C serum untuk brightening, boleh tukar daripada produk X kepada produk Z. Sebelum tukar, pastikan memang betul kulit telah mencapai tahap optimal. Berikan tempoh di antara 28 hari hingga 3 months untuk melihat hasilnya.
3) Kulit wajah mempunyai banyak sel kulit yang telah mati
✅Kulit kita ni adalah organ hidup dan sel-sel nya juga bertukar setiap 28-30 hari. So, kenalah rajin-rajin exfoliate sel kulit yang telah mati tersebut. Jangan pulak lakukan setiap hari, ikut saranan yang diberikan untuk jenis kulit tertentu, contohnya 1-2 kali seminggu. Apabila sel kulit mati tidak disingkirkan dengan bersih, produk yang digunakan mungkin terhalang untuk memasuki kulit disebabkan hal ini. Kalau setiap hari exfoliate juga tidak bagus sebab dapat merosakkan skin barrier kulit dan mengundang masalah lain pulak. Jadi, hati-hati ya.
4) Ingredients produk skincare yang digunakan tersebut telah berkurangan
✅Ini amat sering terjadi terutamannya produk yang ada label “lepas dibuka letakkan dalam peti sejuk atau elakkan daripada sinaran matahari”. Contoh produk-produk seperti ini macam serum Vitamin C, Retinols, produk yang ada epigallocatechin gallate (EGCG) dan sebagainya. So, kalau beli produk tu, baca kat kotak packaging, perlu simpan pada suhu bilik atau terlindung daripada cahaya matahari atau macam mana. Kalau korang perasan, ada beberapa produk penjagaan yang dibotolkan dalam botol berwarna gelap ataupun tiub yang tidak dapat ditembusi cahaya. Ini kerana, sinaran matari boleh mengurangkan kestabilan produk tersebut bila setiap kali dibuka. Sebab itulah lama kelamaan produk tersebut tidak lagi efektif atau telah hilang benefitsnya.
5) Produk penjagaan wajah tersebut telah tercemar
✅Ini boleh terjadi apabila produk yang digunakan tidak dikunci atau ditutup rapat. Bila dibiarkan terbuka atau tidak ditutup dengan betul, isi produk tersebut mudah tercemar. Selain itu, produk yang di-repack semula dan dijual dalam kuantiti yang lebih kecil juga mempunyai kebarangkalian yang cukup tinggi untuk tercemar. Dalam industri kecantikan, perkara ini selalu terjadi terutamannya oleh mereka yang suka mengambil kesempatan atas brand-brand best. Sebab itulah, kalau membeli satu produk penjagaan wajah daripada brands antarabangsa (lazimnya), mereka ada buat disclaimer yang mereka tidak bertanggungjawab terhadap re-packaging dan re-selling produk selain daripada yang terdapat dalam website/kedai mereka. Kenapa nak ambil risiko bila boleh beli direct daripada brands tersebut siap dapat jaminan lagi. Kalau dah terbeli produk tercemar, yang sengsara diri sendiri kan, refund atau jaminan pun susah nak claim ataupun tak ada.
6) Kulit wajah telah membina occlusive ingredients
✅Mungkin secara tak sedar, kita ada terguna beberapa produk penjagaan atau makeup yang mengandungi ingredients macam mineral oil, silicones, dan petrolatum pada jangka masa yang panjang. Memang tiada masalah pun jika sesuai. TETAPI, penggunaan ingredients seperti ini dapat membina barrier atau penghalang kepada kulit kita. Ia boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat untuk sesetengah orang, dan bila ada penghalang atau barrier terbina, ianya menyukarkan produk skincare untuk menembusi ke dalam kulit kita. So, benefits daripada skincare tu kita tak akan dapat sebab dah terhalang. Point yang ni dia relate dengan point no 1 tadi, pastikan cuci kulit wajah dengan bersih, lakukan double cleansing, okay.
7) Perubahan persekitaran yang mempengaruhi kulit
✅Alam sekitar dan cuaca pun memainkan peranan penting tau. Kalau macam Cik Jojo di sini ada 4 musim, so beberapa produk utama macam moisturiser perlu ditukar mengikut kesesuaian musim. Contohnya, pada musim sejuk Cik Jojo lebih sesuai dengan moisturiser yang heavy cream sebab kulit boleh jadi terlalu kering, dan musim panas bertukar kepada yang lebih ringan macam gel alike. Macam kat Malaysia, mungkin juga boleh dipengaruhi ketika musim hujan (suhu agak sejuk dan lembap) dan musim panas terik (suhu terik dan kering). Yang ni korang kena observe sendiri kalau ianya mempengaruhi kulit korang.
8) Tidak menggunakan produk penjagaan wajah dengan betul
✅Nampak senang, kan... tapi ramai je yang gunakan produk penjagaan wajah dengan cara yang salah. Jangan lupa baca instruction yang disediakan pada kotak packaging tu ya. Contohnya, boleh gunakan kuantiti sunscreen dengan 2 ruas jari, tapi sebab nak jimatkan produk kita guna besar biji kacang pea je untuk seluruh muka, which is tak cukup dan tak memadai pun untuk memberikan perlindungan sinaran UV berbahaya. Gunakan produk penjagaan wajah dengan cara yang betul. Banyak dah Cik Jojo sharekan video dan post-post. Boleh rujuk nanti okay!
9) Produk penjagaan wajah tersebut mengandungi peratusan active ingredients yang terlalu kecil
✅Selalunya bila kita nampak brands atau produk yang tengah in demand atau yang popular kat youtube review, kat blog-blog atau bila kawan-kawan sembang, kita jadi excited nak cuba. Betul tak? Tapi kita tak sure yang produk tersebut okay atau tidak, berkesan atau tidak. May be untuk beginner yang baru memulakan rutin penjagaan wajah agak berbaloi untuk cuba produk yang di review, tapi untuk yang dah lengkap atau advanced dengan rutin penjagaan wajah, produk tersebut berkemungkinan tidak sesuai disebabkan oleh dosage/peratusan active ingredients yang terdapat di dalamnya. Contohnya serum vitamin C dari produk X ini bagus betul, banyak review best. Tapi bila kita guna, ia terlalu lemah untuk kulit kita, sebab kulit dah capai tahap optimal produk X tersebut dan sepatutunya kita kena cari yang lain.
10) Kulit wajah telah bertukar seiring peningkatan umur atau bertukar kondisi
✅Yang ini paling penting. Kita kena tahu atau observe kulit sendiri. Sebelum ini tiada sebarang jerawat atau masalah bila pakai produk Y, then muka tiba-tiba ada jerawat dan kita tetap gunakan produk yang sama dengan harapan ianya kembali seperti sedia kala atau sayang nak buang. Sebenarnya, apabila kondisi kulit kita berubah, produk skincare juga perlu ditukar bersesuaian dengan kondisi dan masalah kulit pada ketika itu. Begitu juga penggunaan produk skincare pada ketika umur 22 tahun dan umur 32 tahun, peningkatan umur membuatkan kulit kita juga berubah seiring. So, produk yang digunakan 10 tahun, 5 tahun atau 3 tahun lepas (depends pada umur dan kondisi kulit individu), juga akan berubah. Memang tidak akan sama. Begitu juga dengan ingredients produk, ada yang sepatutunya digunakan pada certain age range, ada yang tak payah guna pun tak apa. So, listen to your skin, apa yang dia nak, yang tak suka, yang sangat suka... Bila kita ikut apa yang kulit kita suka, dapatlah hasil yang best.🤩🤩🤩🥰🥰😘😘

Kalau korang suka tips pagi ini boleh amalkan dan lihat sendiri hasilnya. Semoga tips ini dapat membantu korang membuat penjimatan membeli produk skincare, tidak terpengaruh dengan perkara bukan-bukan, dan dapat memantu korang memilih skincare yang betul-betul bagus untuk kulit korang. Jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Terima kasih korang.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen