top of page

10 TIPS TERBAIK MEMANJANGKAN RAMBUT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 18 Jan 2020
  • 2 min membaca

Updated: 17 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

HellooOOoOo korang semua!! How’s your day hari ni? Cik Jojo harap korang dah spent masa untuk aktiviti berfaedah bersama kawan-kawan ke family ke atau manjakan diri sendiri kat spa contohnya. Masa adalah emas tau! Penuhkanlah dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sebelum korang diulit mimpi, Cik Jojo nak cerita sikit dengan 10 tips terbaik memanjangkan rambut!

Siapa kat sini rambut panjang? 🙋‍♀️🙋‍♂️🙋‍♀️🙋‍♂️Okaylah, memiliki rambut panjang mungkin menjadi dambaan kebanyakan wanita. Ya, ada je yang suka rambut pendek…😆 hehe! Walau bagaimanapun, tak ramai wanita yang tahu cara-cara untuk menjaga dan memanjangkan rambut. So, Cik Jojo nak sharekan 10 tips best ni, mudah-mudahan dapat bantu korang…

1) Kalau rambut korang rosak atau ujungnya bercabang, cepat-cepat gunting sedikit di bawahnya untuk mengelakan terjadinya masalah rambut yang lain seperti tidak mendapat nutrisi secukupnya sampai ke akar rambut. Ini adalah langkah paling awal tau.

2) Korang boleh gunakan supplement yang mengandungi vitamin B terutamanya vitamin B6, dan acid amino. Bahan-bahan ini membantu pertumbuhan rambut dengan sihat.

3) Jangan terlalu kerap meramas rambut korang especially ketika mencuci rambut. Korang tau kan yang shampoo ni dapat mengurangkan minyak natural yang terhasil kat rambut kita. So, bila korang gunakan shampoo jangan terlalu lama dibiarkan. Paling penting jangan lupa gunakan conditioner ya!

4) Rambut kita ni kalau kat hujung tu memang cepat jer rosak atau bermasalah. So, korang jangan lupa potong sikit secara rutin (walaupun tak nampak yang bercabang). Sebab, ianya bagus untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Korang boleh lakukan 3-4 bulan sekali dan potonglah dalam 1cm jer.

5) Jangan menggunakan bahan kimia berlebihan. Gunakan ketika perlu sahaja. Contohnya bahan kimia dalam pewarna rambut, atau bahan kimia dalam pendandan rambut. Korang kena hati-hati dengan kandungan pembuatannya. Kalau ada alternatif bahan natural, sebaiknya gunakanlah ia.

6) Meminimakan penggunaan aksesori di rambut. Ini kerana aksesori rambut kadang kala boleh merosakan rambut seperti mematahkan beberapa helaian rambut yang sihat.

7) Ini penting! Korang mesti elakkan guna produk untuk rambut yang ada klorin! Klorin ni sangat mudah merosakan rambut dan membantutkan pertumbuhan rambut. Contohnya, kalau korang suka swimming, kalau boleh lindungi rambut korang daripada terkena air klorin dengan memakai swimming cap, atau jika terkena, cepat-cepatlah mencuci dengan air bersih.

8) Yang ni Cik Jojo selalu suka tekankan. Korang wajib mengambil diet seimbang yang bergizi terutamanya protein! Contohnya, korang boleh banyakan makan kacang hijau, kacang tanah, biji-bijian, dan seeds yang boleh membantu meningkatkan pertumbuhan rambut korang tu.

9) Korang gunakan sikat rambut untuk mengurut kulit kepala setiap malam sebelum tidur. Korang boleh lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala lebih kurang 15 minit. Setelah itu, sisir rambut korang perlahan-lahan dari pangkal rambut hingga ke hujungnya. Cara ini dapat mendistribusikan minyak natural pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga ke hujungnya.

10) Sinar matahari dapat merosakan rambut dan mengeringkan rambut. So, korang kenalah lindungilah rambut dari pancaran sinar UV yang berbahaya tu. Korang boleh dapatkan produk rambut yang ada pelindung UV atau boleh memadai topi, tudung, scarves dan sebagainya.


So, berguna tak tips kali ini? Kalau korang suka post ni, jangan lupa ke facebook page NURÉAA dan kasiklah #LIKE satu! Kalau bermurah hari boleh kasik #LOVE.. Kalau korang suka banyak, boleh #SHARE, supaya ramai yang boleh #FOLLOW page kami kat sana. Semoga bermanfaat ya.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page