3 CARA MENCERAHKAN KULIT KETIAK DAN HITAM DI CELAH PEHA
- Cik Jojo
- 11 Jan 2020
- 2 min membaca
Updated: 17 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Wah, agak direct tajuk tips ni ya! Nampak kelakar tapi bahagian dua ni lah yang paling orang malu nak bertanya. Cik Jojo tau kedua-dua masalah ini adalah masalah paling common kat kita semua, betul tak? So, macam mana kita boleh hilangkan atau pudarkan kulit kat ketiak dan hitam di celah peha? Jom check tips berikut:
1) TIMUN Korang ambil sebijik timun dan hiriskannya nipis-nipis. Then, korang kena gosokkan hirisan tu kat kulit ketiak yang gelap atau di celah peha yang hitam tu. Jangan sendal kuat-kuat pulak, takut melecet kena kuku nanti. Gosokkan dengan tekanan yang memadai saja, dalam lebih kurang 10 minit. Lepas tu korang boleh lah bilas ketika atau celah peha dengan air bersih.
2) MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL) Korang boleh campurkan minyak zaitun dengan gula. Then, gosok kat kulit ketiak atau celah peha tu perlahan-lahan selamat 3 minit, dan biarkan lebih kurang 5 minit ya. Jangan lupa bilas dengan air suam selapas tu.
3) AIR MAWAR (ROSE WATER) Yang ni paling senang sekali. Kalau korang ada produk kecantikan air mawar memang boleh terus guna. Atau, korang boleh buat je sendiri. Dapatkan pati daripada bunga mawar dan tambahkan dengan sedikit air suam. Korang boleh lalukan air mawar tu kat kulit ketiak atau celah peha lebih kurang 5 minit macam tu. Kalau nak lagi mudah, boleh gunakan untuk mandi atau berendam. Lepas 5 minit, jangan lupa bilas dengan air sejuk yang bersih ya.
Haaaa, macam mana dengan tips hari ni? Semuanya senang-senang belaka kan! Selamat mencuba, korang! Ingat tau, pastikan tangan dan peralatan untuk membuatnya bersih dan selamat.

Kalau korang suka tips simple ni, jom ramai-ramai #SHARE dan #FOLLOW facebook page NURÉAA. Jangan lupa kasik LIKE atau LOVE okay! Terima kasih korang.
Have a nice day everyone!

Comentários