3 CARA PENGGUNAAN JOJOBA OIL UNTUK RAMBUT
- Cik Jojo

- 10 Apr 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Petang ini Cik Jojo nak sharekan tentang 3 cara penggunaakan jojoba oil untuk rambut. Kalau korang nak tau, jojoba oil dapat membantu memberikan rambut bersinar sihat, mengatasi masalah dandruff, menguatkan dan mengatasi ketidakseimbangan kulit kepala. Ya, jojoba oil ni bukan saja baik untuk kulit wajah tetapi juga bagus untuk rambut😍🥰😘
👉Walau bagaimanapun, satu kajian saintifik membuktikan yang jojoba oil kurang efektif dalam membantu pertumbuhan rambut berbanding menggunakan peppermint essential oil untuk tujuan yang satu ini. (Boleh check kat article yang Cik Jojo sertakan dalam rujukan. Ada perbandingan eksperimen di antara dua jenis oil ini).
👉Untuk makluman, jojoba oil sangat kaya dengan vitamin dan minerals yang dapat memberikan nutrien baik kepada rambut seperti vitamin C, B, E, copper dan zinc. Jom kita lihat 3 cara penggunaan jojoba oil ini untuk rambut.
✅Penggunaan secara langsung
Untuk menggunakan jojoba oil ini, panaskan seketika (biarkan ia sedikit warm bukan hot macam nak menggoreng pulak tau😂). Gunakan hanya 1 atau 2 sudu kecil sahaja (bergantung kepada kepanjangan rambut). Ratakan dari rambut yang paling hampir dengan kulit kepala ke penghulung rambut. Usap helaian rambut untuk beberapa ketika. Tinggalkan lebih kurang 20 minit, dan diikuti dengan mencuci rambut menggunakan shampoo, conditioner dan keringkan. Peringantan‼️: Elakkan menyapu jojoba oil ini terus ke kulit kepala kerana ia boleh mengakibatkan liang pori kulit kepala tersumbat.
✅Tambahkan titisan jojoba oil kepada produk penjagaan rambut
Korang boleh titiskan 3 hingg 5 titis jojoba oil ini kepada shampoo atau conditiner favourite korang. Gunakan macam biasa ketika mencuci rambut. Jangan lupa bilas dan keringkan rambut ya.
✅Membeli produk penjagaan rambut yang mengandungi jojoba oil
Cara ni paling sempoi. Korang beli je produk penjagaan rambut seperti shampoo dan conditiner yang mengandungi jojoba oil ini. Carilah kedudukan jojoba oil dalam list ingredients produk di bahagian atas untuk membeli produk yang ada peratusan/ratio yang tinggi.
Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan membantu korang. Stay safe and take care korang. Selamat berhujung minggu and see you all on Monday!🥰😘😍
Rujukan dan bacaan lanjut:
📍Oh, J.Y., Park, M.A. and Kim, Y.C., 2014. Peppermint oil promotes hair growth without toxic signs. Toxicological research, 30(4), pp.297-304.
📍Kubitschek–KM, A.R.J. and Zero, J.M., 2014. Development of jojoba oil (Simmondsia chinensis (Link) CK Schneid.) based nanoemulsions. Lat. Am. J. Pharm, 33(3), pp.459-63.
📍Sánchez, M., Avhad, M.R., Marchetti, J.M., Martínez, M. and Aracil, J., 2016. Jojoba oil: a state of the art review and future prospects. Energy conversion and management, 129, pp.293-304.

Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen