top of page

3 JENIS PARUT JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA!

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 21 Dis 2019
  • 5 min membaca

Updated: 4 Sep 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam post yang lalu, Cik Jojo dah sharekan tentang ACNE siap dengan video lagi untuk memudahkan korang faham. Kalau nak tengok video tu, boleh ke facebook NURÉAA okay! So, let say korang sudah berjaya menghilangkan acne tu tetapi masalah lain pula timbul iaitu PARUT/BEKAS JERAWAT😔.

Boleh kah parut jerawat dihilangkan?

Mari kita lihat dahulu jenis parut jerawat sebelum mengetahui cara menghilangkannya (jika ada). Terdapat tiga jenis parut jerawat, iaitu;

1) Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) – adalah tanda atau parut atau bekas jerawat berwarna hitam atau coklat yang disebabkan oleh kelebihan pengeluran melanin. Contohnya seperti freckles, tanda lahir, dan sunspots.

2) Post Inflammatory Erythema (PIE) – adalah tanda atau parut atau bekas jerawat yang merujuk kepada warna merah atau purplish atau sedikit gelap yang tertinggal dari keradangan atau jerawat.

3) Atrophic Scarring – adalah lekukan atau lubang yang tertinggal di kulit setelah jerawat atau keradangan terjadi. Terdapat tiga jenis lekukan parut seperti boxcar, icepick, dan rolling.

Bekas atau parut jerawat seperti di atas ini terjadi disebabkan perkara common berikut:

1) Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) disebabkan oleh pelbagai jenis jerawat, penuaan, kehamilan (melasma), hormone, dan pendedahan matahari.

2) Post Inflammatory Erythema (PIE) disebabkan oleh trauma dan ianya termasuklah tetapi tidak terhad kepada pelbagai jenis radang jerawat, memicit jerawat, meletupkan jerawat yang sedang masak, kulit kering dan terlalu kering, chemical burns, pengelupasan yang tidak normal seperti muka menjadi kemerahan atau pink, luka, calar, sunburn, pendedah kepada sinaran matahari dan sebagainya.

3) Atrophic Scarring – memicit jerawat, jerawat tumbuh dibekas jerawat lama, bekas jerawat tidak dirawat dalam jangka masa yang lama, dan keradangan.

Apakah cara paling efektif dan berkesan untuk mengatasi parut jerawat/bekas jerawat?

Untuk korang yang mengalami Post Inflammatory Erythema (PIE), penyelidikan setakat hari ini mendapati hanya dua cara paling efektif (tetapi agak mahal) untuk merawatnya. Pertama, melalui vascular lasers seperti V-beam. Kedua, korang boleh cuba mengurangkan atau memudarkannya dengan silicone gel/silicone sheets (ada few Cik Jojo nampak kat farmasi, tapi korang kena tanya kat mereka yang pakar, which one is the best for you). Manakala, untuk yang mengalami Inflammatory Hyperpigmentation (PIH), jangan lupa gunakan sunscreen. Ni pun kita dah discuss in previous post macam mana nak pakai dan pilih sunscreen.

Untuk merawat atrophic scarring macam jenis boxcar, icepick dan rolling scar ni agak mahal. Contohnya, untuk korang yang ada ICEPICK scar, paling common treatment untuk hasil yang memuaskan ialah punch excision. Untuk scar jenis BOXCAR pula, antara treatment yang bagus dan common macam laser resurfacing, punch excision, punch elevation, dermal fillers. Dermal fillers ni paling cepat dan simple procedure nya TAPI tak permenant pun dan dia bertahan between 18 bulan ke 2 tahun macam tu, then korang kena buat lagi (filler dah habisssss daaa kenalah toptup). Finally, kalau yang ada ROLLING scar ni treatment paling best ialah through subcision. Subcision ni simple surgical procedure. Simple pun tak simple mana lah kan, mesti DOKTOR atau DERMATOLOGIST yang bertauliah dan berlesen je boleh buat. So, ini adalah beberapa treatment yang ada dan common untuk mereka yang ada salah satu masalah parut jerawat (dalam bahasa pasarnya jenis mengerutu, berlubang, bersisik, merekah tu).


Korang nampak tak bertapa complicated dan banyaknya treatment untuk menyelesaikan masalah kulit muka. Tu baru few je yang Cik Jojo kasitau, sebenarnya ada banyak lagi tau. Paling penting, walaupun treatment ni canggih dan banyak, hasilnya boleh dilihat up to 85% positive (kiranya berkesan dan ada visible result lah...), CUMA of course lah tidak perfect macam kulit bayi. Excited tak? Haaaa... setiap masalah itu ada penyelesaian. So, dah tau ni... apa lagi gi la jumpa DOKTOR atau DERMATOLOGIST, tanya mereka tentang treatment-treatment yang sesuai untuk masalah parut korang tu. Malu bertanya, macam mana nak dibantu..kan?

Ingat tau, kalau korang nampak iklan yang claim cakap dia boleh settlekan masalah yang dibincangkan ini siap boleh gurantee dapat kulit macam bayi ke bak telur dikupas ke, harap berfikirlah dengan logik akal. I am in the marketing strategy for cosmetics industry and I know how it works. Pilihan di tangan korang lerrrrr.. Jangan dah terhantuk baru nak sedar... hihihi.. At first place pun korang may be boleh elakkan daripada bekas/parut jerawat tu terjadi. Kita dah bincang in the previous post kan. Step first, mesti tau jenis kulit, then baru lah consider produk apa nak guna sama ada sesuai ke tidak, then tengok pula ingredients nya, dan proceed la next step. The earliest steps tu penting untuk elakkan atau kurangkan kebarangkalian breakouts, jerawat akibat salah produk dan sebagainya. Cik Jojo faham sangat, it’s like AKAL vs NAFSU kannnnnn...rambang mata nampak hundreds of products...

PRODUK YANG PALING SESUAI DI PASARAN


Walau bagaimanapun, jangan bersedih kalau tidak mampu menjalani rawatan melalui treatment yang disebutkan tadi. Sementara nak kumpul duit untuk treatment tu, korang juga boleh cuba alternatif lain yang lebih murah tetapi memakan sedikit masa untuk melihat perubahannya (kena SABAR dan KONSISTEN). Contohnya, korang boleh mencuba produk yang mengandungi Vitamin C (sama ada ascorbic acid atau sodium ascorbyl phosphate) dan Niacinamide. Cara yang lebih murah ni memang TIDAK akan dapat hasil yang sama macam treatment yang disebutkan tadi. Ianya cuma dapat membantu memudarkan saja bekas/parut jerawat tu, lubang parut tetap ada tau. Advantage yang Cik Jojo nampak through this alternative, ianya dapat membantu memberikan hasil make up yang bagus berbanding tak ambil initiative langsung untuk memudarkan parut jerawat. Berikut adalah beberapa jenis produk mengikut kelas spot treatment untuk PIH dan PIE, korang boleh pertimbangakan dan alami kesannya sendiri. Good luck tau!


BEST RETINOL FOR PIH

BEST RETINOL PIH/PIE

BEST VITAMINC FOR PIH/PIE


BEST EXFOLIATORS FOR PIH

BEST AZELAIC ACID FOR PIE

BEST TRANEXAMIC ACID FOR PIH/PIE

Ingat ya, jangan cuba sebarangan treatment selagi tidak mendapatkan nasihat / approval / recommendation daripada mereka yang pakar seperti DERMATOLOGIST atau DOKTOR. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak action....takut menyesal.

Untuk korang yang rajin nak tau lebih lanjut, boleh baca these research papers.

1) Cestari, T. F., Dantas, L. P., & Boza, J. C. (2014). Acquired hyperpigmentations. Anais brasileiros de dermatologia, 89(1), 11-25.

2) Chernoff, W. G., Cramer, H., & Su-Huang, S. (2007). The efficacy of topical silicone gel elastomers in the treatment of hypertrophic scars, keloid scars, and post–laser exfoliation erythema. Aesthetic plastic surgery, 31(5), 495-500.

3) Puri, N., & Talwar, A. (2009). The efficacy of silicone gel for the treatment of hypertrophic scars and keloids. Journal of cutaneous and aesthetic surgery, 2(2), 104. 4) Ross, B. S., Levine, V. J., & Ashinoff, R. (1997). Laser treatment of acquired vascular lesions. Dermatologic clinics, 15(3), 385-396.

So, dapat something tak untuk post panjang hari ini? Semoga bermanfaat dan kalau korang suka, boleh #SHARE #LIKE #FOLLOW facebook NURÉAA dan gitau kawan-kawan yang still gigih menyental parut jerawat tu, moga mereka pun dapat info ni. Oh ya, jangan lupa tau kita ada program free giveaway kat facebook NURÉAA. Jom lah Follow kami.

ree

Have a nice day everyone!

ree

Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page