top of page

KENAPA TIDAK BOLEH DAPATKAN KONSULTASI BERKAITAN SKIN CONCERN/SKIN CONDITION KAT MEDIA SOCIAL

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 25 Nov 2020
  • 2 min membaca

Updated: 26 Nov 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini, jom kita jawab satu soalan daripada follower ni. Soalannya lebih kurang begini: kenapa tidak boleh dapatkan konsultasi atau khidmat nasihat berkaitan masalah kulit melalui media sosial seperti facebook page, instagram, tiktok, twitter, mahupun one-to-one email?

Untuk pengetahuan semua, bukan pengamal perubatan yang professional sahaja tidak boleh melakukan diagnosis dan consultation secara atas talian (online) macam dermatologist, plastic surgeon dan sebagainya, malah golongan professional dalam bidang industri kecantikan juga TIDAK BOLEH berbuat sedemikian. Ini termasuklah licensed aesthetician, beautician, cosmetologist, chemist, scientist, hinggalah ke cosmetics formulator ya! Mesti kena berjumpa, bersemuka, face-to-face dengan mereka jika ada sesuatu yang hendak dibincangkan terutama melibatkan risiko. Disebabkan kepincangan seperti ini, ramai yang mengambil kesempatan, malah mengaku “doktor kecantikan” atau “pakar kecantikan” dan menyediakan online service. Apabila berlaku masalah, tidak mahu bertanggunjawab, melambatkan tindakan atau senyap begitu sahaja, malah mengesyorkan pula produk-produk jualan yang berbeza. Pelanggan pula terperangkap, sebab dah guna produk yang disyorkan selepas “diagnosis online” dan tidak pulih, depa tiada pilihan selain dengar cakap “doktor online” atau “pakar kecantikan” tersebut untuk beli lagi produk lain, hasilnya kulit yang bermasalah tidak baik dan duit berhabis begitu sahaja. Ini adalah kesalahan dan tidak sepatutnya berlaku.


Jika mengalami masalah kulit /skin concern /skin condition yang tidak dapat diatasi dengan produk penjagaan wajah yang selamat atau ingredient yang tepat, hentikan produk yang digunakan serta merta dan tidak bertanya di platform media sosial. Segeralah dapatkan rawatan dan nasihat daripada mereka yang benar-benar pakar, bertauliah dan berpengalaman.


Nah korang boleh lihat contoh dalam gambar ini. Hanya kerana bertanya kondisi kulit begini dan nak guna produk apa yang sesuai... ia boleh membuatkan kondisi kulit yang sedia ada menjadi lebih teruk atau tidak baik-baik. Cuba lihat perbezaan di antara masalah rosacea jenis papulopustular dengan masalah acne vulgaris ni, nampak serupa betul dalam gambar kan? Kita nak tanya penyelesaian masalah rosacea, tapi rata-rata ramai yang memberikan nasihat untuk produk tertentu atasi jerawat. Malah kita pun percaya masalah yang dihadapi adalah masalah jerawat. Mana lah sama. So, ini cuma contoh. Ada banyak lagi (ratusan jenis) masalah kulit yang nampak sama tetapi berbeza. So, kena extra alert dan tidak mudah terperangkap.


Remember, always listen to what your skin needs. Nak tahu needs dia apa, jumpa doktor atau dermatologist jika masalah tak baik-baik, bukannya cari atau tanya kat “pakar kecantikan” atau “doktor kecantikan” online. There’s no such profession. Berhati-hati ya! Sayangi diri dan kulit kita.


Goodnight and stay safe, korang! Hugs, setiap masalah insyaAllah ada penyelesaiannya.


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page