top of page

BEAUTY AWARENESS #202: APA ITU KULIT ALIPIDIC?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 24 Nov 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! How’s your day hari ini? Cik Jojo harap semuanya baik-baik sahaja ya! Hari ini Cik Jojo ada penerangan ringkas tentang apa itu kulit alipidic. Lain macam, bunyiknya...


Untuk pengetahaun semua, alipidic skin atau juga dikenali sebagai kulit kering jenis oil-dry adalah kulit yang tidak menghasilkan sebum pelindung yang mencukupi untuk mengelakkan berlakunya dehydration pada permukaan kulit kita ni. Lazimnya, orang yang mempunyai kulit alipidic ni mempunyai ciri yang paling jelas sekali iaitu kekurangan visibility liang pori-pori mereka. Apabila liang pori-pori tak kelihatan, ia dapat menunjukkan bahawa sebum pada kulit tersebut adalah sedikit dihasilkan oleh kelenjar sebum sebab follicles dia tidak dilated (melebar).

So, sekarang nampak tak kepentingan liang pori-pori. Ramai orang nak “hapuskan” liang pori-pori agar nampak flawless, tetapi ada juga orang yang sangat memerlukannya sebab mempunyai alipidic skin. Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan-Nya. Kalau rimas sangat tengok visibility liang pori-pori tu sebab nampak besar, jangan lupa cuci kulit wajah dan jaga keseimbangan produksi sebum pada kulit sendiri.


Stay safe and take care all.


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page