top of page

3 JENIS SHEET MASK KOREA

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 1 Mac 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Hari ini ada yang manjakan diri ke salon atau spa kecantikan ke atau buat dirumah saja? Maklumlah kita kan baru discuss tentang facial tempoh hari. Hehe.. Apa pun yang korang lakukan, make sure you enjoy doing it, bukan sebab terpaksa atau rasa tercabar. Stress pulak kalau overthinking macam-macam kan. Okaylah! Petang atau malam ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 3 jenis sheet mask korea! ✅ Jenis sheet mask: Microfiber Diperbuat daripada: Thin fiber Penyerapan ke dalam kulit: Menyerap dengan bagus Untuk skin concern: Kulit yang kering, dehydrated, dan sensitive. Fungsi: Memberikan hydration kepada kulit wajah dan boleh memberikan dewy glow secara temporary Bagus untuk jenis kulit: Semua jenis kulit😍😍 ✅ Jenis sheet mask: Hydrogel Diperbuat daripada: 80% air dan 20% gel Penyerapan ke dalam kulit: Mudah menyerap ke dalam kulit dan lebih tinggi berbanding sheet mask microfiber Untuk skin concern: Kulit yang kering, dehydrated, dan sensitive Fungsi: Memberikan hydration kepada kulit wajah dan membantu mengurangkan kemerahan dan menenangkan kulit (daripada rasa panas atau terbakar) Bagus untuk jenis kulit: Semua jenis kulit🥰🥰 ✅ Jenis sheet mask: Bio-cellulose Diperbuat daripada: Cellulose Penyerapan ke dalam kulit: Paling tinggi berbanding sheet mask microfiber dan hydrogel Untuk skin concern: Kulit stress. Maksudnya kulit yang terlampau banyak gunakan acid atau kulit yang telah menggunakan pelbagai jenis produk yang tentunya mengandungi pelbagai chemical ingredients. So, this type of sheet mask dapat membantu untuk de-stress kan kulit tersebut. Fungsi: Mengurangkan ketidakselesaan kulit, de-stress dan reset kulit, mengurangkan rasa panas/terbakar/haba, dan paling penting memberikan hydration yang sangat tinggi. Bagus untuk jenis kulit: Semua jenis kulit🤩🤩 Okay, Cik Jojo dah jawapkan untuk follower yang bertanyakan tentang sheet mask Korea ni. Memandangkan 3 jenis sheet mask Korea ni sesuai dengan kebanyakan jenis kulit, korang boleh lah cari sheet mask untuk fungsi tertentu atau mengikut aim korang sendiri. Terlampau banyak produk sheet mask Korea ni. Tapi, ingat tau jangan lupa baca ingredients nya.😉 May be ada satu atau dua ingredients yang tak sesuai ke.. Who knows kan?


Selamat bermanjakan diri! Terima kasih dan good night! See you all tomorrow. 😘😘


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page