3 JENIS TEKSTUR SKINCARE UNTUK JENIS KULIT
- Cik Jojo

- 9 Jan 2020
- 2 min membaca
Updated: 17 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Selamat pagi korang! Tips pendek kali ini Cik Jojo nak sharekan macam mana nak pilih tekstur skincare yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit wajah. Mungkin ada di antara korang yang dah expert dalam bab ini. Untuk yang newbies atau baru nak kenal dengan produk kecantikan, hari ini kita belajar something ya! Tidak semua produk kecantikan korang boleh main “try and error” sahaja. Walaupun kandungan bahan pembuatan produk kecantikan adalah sangat penting, tekstur produk tersebut jugak memainkan peranan dalam keberkesanan sesuatu produk kecantikan terhadap kulit wajah. Jom kita tengok macam mana nak nak tau tekstur yang sesuai dengan jenis kulit kita;
1) Tekstur Lotion
Untuk korang yang sensitive, normal dan sedikit berminyak (kombinasi) di beberapa kawasan wajah adalah sesuai dengan produk kecantikan bertekstur lotion. Ini kerana lotion mempunyai tekstur lebih cair daripada cream.
2) Tekstur Cream
Untuk korang yang berkulit kering dan normal, produk kecantikan bertekstur cream adalah sangat sesuai kerana ianya mengandungi minyak yang tinggi dan diperlukan untuk jenis kulit tersebut.
3) Tekstur Gel
Untuk korang yang kulit berminyak dan berjerawat, produk kecantikan yang bertekstur gel adalah baik kerana ianya mengandungi air yang tinggi. Fungsinya juga dapat mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan daripada wajah korang tu.
Semoga tips kali ini dapat memberikan sedikit idea untuk korang yang tengah struggle dengan masalah kulit. Mudah-mudahan korang dapat jumpa penyelesaian yang terbaik! Jaga diri dan sayangi kulit korang ya.

Jangan lupa tau korang ke facebook page NURÉAA untuk #SHARE dan #LIKE banyak lagi artikel best kat sana. Kalau nak tau lebih banyak lagi tips dan nak dapatkan free giveaway, jom #FOLLOW kami. Terima kasih korang.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen