top of page

3 MITOS UTAMA TENTANG PENGGUNAAN SHEET MASK DARI KOREA SELATAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 26 Jun 2020
  • 3 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang, untuk K-Beauty Series hari ini Cik Jojo nak sharekan tentang 3 mitos utama penggunaan sheet mask terutamanya dari Korea Selatan yang mungkin ada di antara korang dah tau dan mungkin ada yang tak tahu. Sebelum tu, siapa kat sini suka gunakan sheet mask dari Korea Selatan ni? 🙋‍♀️🙋‍♂️🙋‍♀️🙋‍♂️ Terdapat terlampau banyak brands di pasaran terutamanya dari Korea Selatan kat online dan offline platform, dari drugstore sehinggalah ke lazada, shopee dan kedai-kedai. Packaging pulak tu comel-comel, malah ada yang menggunakan Kpop Idol untuk brands tertentu, betul tak?😍😝 So, korang dalam golongan yang mana satu? 💚Beli sebab packaging comel ke atau 🧡sebab ada Kpop Idol atau 💙sebab tengok product claim atau 💜tertarik dengan ingredients yang ada atau 💛pun sebab ramai orang bercakap mengenainya kat pelbagai social media platform? Wah, banyak betul sebabnya ya! 😝😂...Lagi pun sheet mask ni memang murah, kan. Yang best bila gunakan sheet mask ni sebab relaxing dan kalau ianya sejuk lagi la rasa nyaman je. Tapi, korang kena peka 3 perkara mitos kat bawah⬇️⬇️ni tau. Jangan tersalah guna pulak ya.. “Kalau biarkan sheet mask tersebut lebih lama, saya akan dapat result yang lebih baik” - Pengguna A. 👉Jawapan: SALAH! Meningkatkan jangka masa penggunaan sheet mask Korea ni daripada yang disarankan TIDAK akan memberikan results yang lebih baik. Sheet mask MESTI digunakan seperti yang tertera pada packaging produk di antara 10 hingga 20 minutes sahaja. Apa akan jadi jika gunakan lebih daripada tempoh ini atau senang cakap sampai sheet mask tersebut kering? Ianya hanya akan memberikan reversal effect ya, maksudnya sheet mask tersebut akan RE-ABSORB keluar (menyerap keluar) kelembapan dari kulit wajah kita. “Sheet mask ni macam boleh guna lagi sebab essence dia ada lebih dan boleh simpan dalam peti sejuk”. - Pengguna B. 👉Jawapan: SALAH! Penggunaan sheet mask direka hanya untuk sekali penggunaan dan MESTI dibuang selepas digunakan. Untuk pengetahuan juga, kebanyakan sheek mask lepas dibuka mesti digunakan melainkan JIKA ia dibungkuskan dalam packaging special (kebanyakkannya dari Jepun), dan most sheet mask yang dibungkuskan dalam single pack MESTI digunakan terus dan dibuang serta tidak boleh disimpan. So, apa nak buat kalau ada essence yang berlebihan lepas dah letak sheet mask kat wajah? Apa yang korang boleh lakukan ialah gunakan essence yang berlebihan tersebut untuk disapukan dan memberikan hydrasi pada beberapa bahagian lain pada tubuh badan macam kat leher ke, tangan ke, lengan ke, ataupun kaki, pilih je memana bahagian. “Lepas pakai sheet mask ni, kenalah cuci muka sebab ingredient dah menyerap ke dalam kulit” - Pengguna C. 👉Jawapan: SALAH! Jika ada yang melakukan sebegini, segala manfaat penggunaan sheet mask tersebut tidak lagi efektif. Bila dah buka sheet mask dari wajah lepas 10-20 minutes, berikan sedikit masa untuk produk tersebut menyerap ke dalam kulit wajah sebelum meneruskan rutin penjagaan yang seterusnya. Untuk mempercepatkan penyerapan selepas membuka sheet mask, korang boleh lakukan dab teknik (iaitu gunakan beberapa jari yang telah dicuci bersih dan dab atau urutkan pada wajah) sehingga yakin ianya telah menyerap/70% kering (jangan terlalu kering pulak sebab ada produk penjagaan wajah untuk step seterusnya memerlukan kulit lembap untuk dioleskan macam hyaluronic acid). 👉Hopefully ada info dalam post ini yang dapat membantu korang dalam menggunakan sheet mask terutamanya dari Korea Selatan. Korang guna sheet mask brands apa tu? 😉



Selamat berhujung minggu dan kita jumpa hari Isnin okay! Jangan lupa join giveaway call untuk bulan ini. Listen to your skin, stay safe and sayangi diri.😍🥰😘😘😘


Have a nice day everyone!






Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page