top of page

3 PERKARA TENTANG PARABEN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 19 Mac 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! How’s your day? Semoga korang semua baik-baik saja stay at home di samping melakukan sebarang kerja. So, post petang/malam ini Cik Jojo nak sharekan tentang PARABEN. Cik Jojo ada menerima soalan tentang paraben daripada salah seorang kawan kita. Okay ke tak gunakan produk yang ada paraben ni? Jom kita check 3 points kat bawah ⬇️⬇️⬇️ini ya! ✅ PRESERVATIVES YANG SELAMAT 👉Paraben dan Methylparaben yang terdalam dalam produk kecantikan adalah selamat untuk kulit normal manusia. Ia digunakan untuk memanjangkan jangka hayat (expiry date) sesuatu produk kecantikan. Contohnya, Produk A hanya boleh bertahan dalam 2 atau 3 bulan sahaja tanpa preservative ini. Walau bagaimanapun, jika Produk A tadi ditambahkan dengan preservative macam paraben dan Methylparaben, ianya boleh memanjang expiry date produk di antara 12 bulan ke 24 bulan. Kalau korang tak percaya, boleh check kat ingredients produk kecantikan, ada tak ingredients ini dan lihat expiry date nya.... lama lagi nak expired kan?😉 ✅ BOLEH MENYEBABKAN KANSER 👉Ya, preservative seperti Paraben dan Methylparaben ini boleh menyebabkan cancer JIKA TERLAMPAU BANYAK masuk ke dalam badan kita. Contonya, kalau korang nak melakukan treatment kecantikan, please make sure JANGAN ada bahan atau produk yang mengandungi Paraben dan Methylparaben diinject/dicucuk terus ke dalam badan. Itu namanya mengundang malapetaka ya 😆😂🥴😫😖. Untuk pengetahuan, Paraben dan Methylparaben yang digunakan dalam produk kecantikan adalah terlampau kecil percentage dan selamat😉. ✅ TIDAK SESUAI UNTUK JENIS KULIT/KONDISI KULIT BERIKUT 👉Walaupun preservatives macam Paraben dan Methylparaben yang terdapat dalam produk kecantikan ini adalah selamat digunakan dalam formulasi produk kecantikan, ianya ❌TIDAK BOLEH❌ digunakan oleh semua jenis kulit. Untuk mereka yang mempunyai: ➡️ kulit sensitif ➡️ kulit yang mudah terluka ➡️ kulit yang ada eczema ➡️ kulit yang tengah terluka/open wound penggunaan produk yang ada Paraben dan Methylparaben harus DIELAKKAN‼️ sama sekali. Ini kerana bila gunakan produk tersebut kepada open wound kat kulit kita, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit seperti boleh dan mudah irritate kulit kita😭😭. So, untuk mereka yang kulit sensitif ianya ❌TIDAK SESUAI❌. Tapi, kalau mereka yang kulit normal atau tidak ada sebarang masalah yang dinyatakan, ianya okay👌 untuk menggunakan produk yang mengandungi preservatives ini. 👉So, ini adalah 3 points utama untuk perkara yang berkaitan dengan Paraben. Kalau korang nak tau lebih detail melalui kajian saintifik, kat bawah ⬇️⬇️⬇️ ini ada beberapa articles yang korang boleh download dan baca: 📍 Ishiwatari, S., Suzuki, T., Hitomi, T., Yoshino, T., Matsukuma, S. and Tsuji, T., 2007. Effects of methyl paraben on skin keratinocytes. Journal of Applied Toxicology: An International Journal, 27(1), pp.1-9. 📍 Kim, S., Carson, K.A. and Chien, A.L., 2019. Methyl Paraben May Increase the Risk of Pruritus in African Americans Whereas Triclosan Is Inversely Associated With Pruritus and Eczema. Dermatitis: contact, atopic, occupational, drug. 📍 Okamoto, Y., Hayashi, T., Matsunami, S., Ueda, K. and Kojima, N., 2008. Combined activation of methyl paraben by light irradiation and esterase metabolism toward oxidative DNA damage. Chemical research in toxicology, 21(8), pp.1594-1599.


Semoga post kali ni dapat memberikan sedikit informasi dan penerangan ringkas mengenai paraben dalam produk kecantikan. So, pilihan dan pertimbangan di tangan korang! Listen to you skin, dan jangan dipengaruhi oleh orang lain ya!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page