top of page

3 PERKARA YANG JANGAN DILAKUKAN SELEPAS FACIAL TREATMENT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 15 Sep 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Harap semuanya masih lagi energetic dan ceria ya! Untuk sharing is caring kali ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 3 perkara yang korang jangan lakukan selepas facial treatment. Wow, bunyik macam serious betul. Ya, memang serious dan kita sepatutnya jangan ambil mudah tentang perkara ini ya! Jom check apakah 3 perkara tersebut:

➡️ JANGAN membuat rawatan mahupun jalan suka-suka meninjau kat bilik sauna mahupun steam room. Kenapa? Kulit kita dah menjalani beberapa treatment yang terdedah kepada beberapa bahan kimia, haba, perubahan suhu, exfoliating, dan sebagainya. So, kalau kita gi saja-saja buat sauna atau jalan jalan kat bilik steam, ia boleh mempengaruhi kulit wajah tau. Kalau nak juga pergi sauna, cuba book untuk hari lain ya!


➡️ KULIT TERDEDAH dengan cahaya matahari. Ingat tau, lepas facial treatment, tok sah lah merayau keluar mana-mana tengah panas tu. Kesian kulit kita, baru buat treatment dah kena kerah bekerja melindungi. So, lepas treatment, lebih baik kurangkan daripada terdedah daripada sinaran cahaya matahari yang banyak.


➡️ MEMICIT JERAWAT yang tertinggal atau terjadi selepas facial treatment. Aesthetician berlesen atau yang berpengalaman, ❌tidak senang-senang cungkil jerawat kita ya. Selalunya ia akan ditinggalkan atau perlu rujuk dermatologist jika jenis jerawat kronik atau guna produk khas dipreskripsi untuk jerawat (jenis yang biasa).


Semoga bermanfaat ya. Mudah-mudahan sharing is caring kali ini dapat membantu dalam skincare journey untuk mencapai skin goal! 🥰Remember, always listen to what your skin needs!🤩


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page