top of page

3 PUNCA UTAMA KEGUGURAN RAMBUT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 27 Apr 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Untuk beauty awareness petang/malam ini, Cik Jojo nak sharekan sedikit informasi tentang keguguran rambut. Rambut adalah mahkota untuk almost setiap orang. Siapa kat sini suka rambut panjang?🙋‍♀️🙋‍♀️🙋‍♂️Atau siapa suka rambut pendek?🙋‍♀️🙋‍♂️🙋‍♂️... Walau apa pun pilihan, yang paling penting sekali ialah menjaga kebersihan dan kesihatan rambut kita. Remember, pengambilan diet yang seimbang dan minum air dengan cukup adalah kunci paling utama untuk setiap rutin penjagaan dan kecantikan.


👉Untuk pengetahuan, rambut kita terdiri daripada folikel. Setiap folikel rambut mempunyai kitaran hidupnya sendiri. Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya umur dan kondisi kesihatan (penyakit jika ada). Folikel rambut kita ni akan menhadapi tiga fasa dalam kitaran hidup depa.


📍Fasa pertama dikenali sebagai Anagen. Anagen ni membawa maksud yang rambut kita ni berkembang secara aktif di antara dua hingga enam tahun.


📍Fasa kedua pula dikenali sebagai Catagen. Catagen menunjukkan yang pertumbuhan rambut dalam keadaan peralihan selamat dua hingga tiga minggu.


📍Fasa terakhir dikenali sebagai Telogen. Ia bermaksud yang rambut kita ni berhenti berkembang selama dua hingga tiga bulan sebelum ia digantikan dengan rambut yang baru (batch baru dalam fasa pertama).


📍Keguguran rambut pula dikenali sebagai Alopecia.


👉So, ini adalah perkara paling basic yang kita perlu tahu tetang rambut sendiri. Sebab tu kalau korang perasan, walaupun terdapat rambut yang dah “tua” atau gugur, kepala kita ni masih nampak banyak je bilangan rambut dan tidak susut. Ini disebabkan oleh tiga fasa yang dinyatakan tu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa punca keguguran rambut yang mungkin dan tidak mungkin kita elakkan. Jom kita lihat 3 punca keguguran rambut.


Berikut adalah 3 punca keguguran rambut yang paling utama atau common among us:


➡️Diet

Faktor paling utama rambut gugur disebabkan daripada pemakanan yang tidak seimbang. Contohnya: Mengambilan terlalu banyak vitamin A, makan makanan yang terlampau kurang protein, dan vitamin B dalam makanan yang tidak mencukupi, boleh menyebabkan penurunan berat badan yang dramatik dan rambut mudah gugur.


➡️Tekanan/stress

Ini tidak dapat disangkal lagi. Masalah tekanan/stress, penyakit, dan kehamilan memang boleh menyebabkan keguguran rambut. Walau bagaimana pun, ianya bersifat sementara. Dapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah dan berlesen untuk membantu mengatasi masalah. Keguguran rambut dapat dikurangkan jika masalah diatasi.


➡️Masalah hormon dan genetik

Perubahan hormon yang tidak normal dan gen daripada keturunan juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut. Ia tidak dapat diatasi dengan sebarang produk on-the-counter(otc). Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor yang bertauliah dan berlesen untuk merawat masalah ini. Bukan ke salon rambut atau beautician untuk cari produk. Ini kerana masalah ini melibatkan diagnosis dan drugs/medicine.


👉So, kalau korang selalu terfikir kenapalah rambut gugur, kat atas ini ada 3 punca utama. Tetapi kalau ketiga-tiga punca ni tidak berkaitan dengan korang, itu korang kena dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor jika rambut selalu gugur dan gugur dengan banyak. Jangan dibiarkan berterusan kerana produk kecantikan memang tidak dapat mengatasinya. Ingat tau, yang paling penting sekali ialah menjaga kebersihan dan kesihatan rambut kita. Cuci rambut dengan menggunakan produk yang selamat dan mempunyai ingredients yang baik dan bersesuaian dengan rambut kita.


Remember, always listen to your skin! Kalau suka post ini jangan lupa #LIKE dan #SHARE okay! Stay safe, stay at home and take care korang!


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page