top of page

3 TIPS MELAKUKAN PATCH TEST

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 23 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! How’s your weekend? Cik Jojo harap korang dapat memanfaatkan weekend dengan perkara yang menarik. Cik Jojo tidak ke mana dan hanya attended online courses mengisi masa lapang. Semoga hari ini ada permulaan yang baik untuk semua ya!

Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak share kan 3 tips mudah melakukan patch test. Untuk pengetahuan, patch test dilakukan untuk mengetahui sama ada produk skincare yang baru adalah sesuai atau tidak dengan kulit kita. Dengan melakukan patch test, ia dapat menyelamatkan kulit kita daripada masalah breakout, ruam, burning sensation (rasa terbakar), mahupun contact dermatitis. Antara 3 tips melakukan patch test adalah;


Patch test untuk allergic reaction


Gunakan sedikit kuantiti produk skincare pada bahagian inner arm (lengan) atau di belakang telinga, atau pun pada bahagian tepi leher. Lakukan pemerhatian di antara 24 hingga 72 jam. Jika terdapat allergic reaction pada bahagian-bahagian ini, lebih baik untuk tidak menggunakan produk tersebut kepada kulit wajah. Jika tiada masalah maka bolehlah terus menggunakannya.


Patch test untuk irritation (rasa merengsa)


Gunakan sedikit kuantiti produk skincare pada ke atas kawasan kecil di kulit yang paling sensitif. Ulangi test ini selama sekurang-kurangnya 1 minggu untuk melihat sebarang reaksi. Jika dalam jangka masa ini ada perubahan yang tidak baik seperti gatal dan merengsa, boleh hentikan penggunaannya dan tidak menyapukan pada kulit wajah. Jika sepanjang waktu ini, tiada masalah timbul maka boleh cuba menggunakan produk tersebut.


Patch test untuk pori-pori tersumbat atau menguji breakouts


Gunakan sedikit kuantiti produk skincare pada kawasan kulit yang mudah tersumbat (jangan letakkan semua, cukup sekadar kawasan kecil). Ini bertujuan untuk melihat sama ada produk baru tersebut boleh membuatkan liang pori tersumbat atau membuatkan jerawat terjadi. Lakukan test ini selamat sekurang-kurangnya seminggu. Jika jerawat terjadi, better jangan gunakannya untuk tidak mengambil risiko. Jika tiada masalah, boleh pertimbangan untuk meneruskannya.


Dengan melakukan patch test seperti yang disebutkan ini, ia sedikit sebanyak dapat menyelamatkan kulit daripada terjadinya breakout yang teruk, dan dapat lebih mengenali kulit kita -sama ada ianya suka atau tidak dengan produk skincare baru tersebut. Selamat mencuba ya! Remember, always listen to what your skin needs. Good luck, all.


Jangan lupa #SHARE dan #LIKE ya, terima kasih and stay safe korang.


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page