top of page

3 TIPS MUDAH UNTUK MENCAPAI SKIN GOAL

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 19 Ogo 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan 3 tips mudah untuk mencapai skin goal yang diimpikan.


👉 Setiap orang pasti ada strategi atau skin goal tertentu, kan? Korang punya skin goal apa dia? Jangan lupa sharekan skin goal korang di bahagian komen tau. So, 3 tips mudah mencapat skin goal adalah seperti berikut;


✅ Mengetahui skin goal tertentu dan membuat PRIORITY terhadapnya. Maksudnya, lakukan step satu per satu untuk mengatasi sesuatu masalah itu dan tidak sekali gus. Ini kerana, jika kita melakukan sekali gus, berkemungkinan besar boleh tersalah pilih produk, campuran beberapa produk skincare boleh mengakibatkan rasa merengsa (irritation), tidak sabar, hasil yang diperolehi juga tidak memenuhi kepuasan dan sebagainya. 😉


✅ Memahami skin concern (masalah kulit wajah), dan skin needs (apa yang diperlukan oleh kulit kita). Maksudnya, fokus pada ingredients yang dapat memberikan hasil memuaskan dan ELAKKAN ingredients yang tidak efektif (walaupun produk tersebut harga mahal atau popular).😉


✅ Menggunakan produk skincare yang “match” atau bertepatan dengan masalah kulit (skin concern) tersebut. So, apa yang paling penting di sini ialah INGREDIENTS dan FORMULASI. 😉

👉 Semoga 3 tips mudah ini dapat menjadikan kunci utama dalam membantu korang punya skincare journey ya! Jangan lupa sentiasa SABAR dan KONSISTEN ya. Kulit wajah kita akan menunjukkan reaksi positif apabila sudah serasi dengan rutin penjagaan harian. Selamat mencuba!😍🥰


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page