top of page

3 TIPS PENGGUNAAN FACIAL OILS YANG MUDAH

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 9 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! How’s your weekend? Cik Jojo harap semuanya baik-baik sahaja dan sentiasa mematuhi arahan kerajaan ketika musim pandemik ini. Atau, korang sakan window shopping online letak kat dalam cart? Hehe! Walau apa pun, jangan lupa cuci tangan selalu ya! Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang bila sebenarnya patut gunakan facial oils.

Cara 1 Gunakan selepas kulit wajah dibersihkan


Kalau nak gunakan terus facial oils ini boleh dilakukan selepas membersihkan kulit wajah dengan syarat TIADA produk skincare yang berasaskan air atau water based digunakan selepas sapuan facial oils ini. As a friendly reminder, facial oils boleh digunakan oleh semua jenis kulit TETAPI mestilah bersesuaian dengan JENIS kulit. Jangan lupa point ini tau.


Cara 2 Campurkan beberapa titis facial oils kepada moisturiser sebelum dioleskan ke wajah


Kalau tidak sukakan rasa oily, boleh juga cuba beberapa titis facial oils kepada moisturiser sebelum mengoleskannya kepada kulit wajah. Teknik ini dapat memberikan kombinasi tersebut lebih occlusive, di mana ia dapat melambatkan kehilangan air (evaporation). Kombinasi ini selalunya dilakukan pada step moisturiser, iaitu selepas cleansing dan serum.


Cara 3 Selepas penggunaan produk “actives”


Untuk mereka yang suka menggunakan “actives”, facial oils patut digunakan selepas menyapukan produk “actives” dan diserap baik. Ini kerana facial oils dapat membantu mengunci ingredient “actives” yang baik tersebut dan menghalangnya daripada kehilangan keluar melalui evaporation. As a friendly reminder, produk “actives” ni contohnya seperti niacinamide, retinol, vitamin c dan sebagainya.


So, inilah 3 tips paling mudah dan berkesan menggunakan facial oils. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi teknik penggunaan facial oils lain dan tidak hanya bergantung kepada 3 teknik ini sahaja. 3 teknik ini cuba yang paling banyak dan lazim skinlover suka lakukan. Jika berminat, jangan lupa cari facial oils yang BERSESUAI dengan JENIS KULIT kita terlebih dahulu ya. Ciri-ciri facial oils yang sesuai untuk setiap jenis kulit pernah Cik Jojo sharekan, jangan lupc search kat tab page okay! Selamat mencuba semua.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page