top of page

3 TIPS UNTUK MENGELAKKAN BIBIR JADI KERING DAN MEREKAH

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 9 Okt 2020
  • 2 min membaca

Updated: 22 Okt 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang cara atasi bibir kering dan mengelupas. Mungkin ada sesetengah orang yang mengalami masalah bibir kering dan merekah. Mungkin dah cuba juga pelbagai petua dan tips lain di internet tapi masih lagi bibir tidak seperti sedia kala.

So, untuk tips hari ini, Cik Jojo sharekan 3 tips yang mungkin korang belum pernah cuba lagi. Jom kita check sama-sama okay!


1) Tukar ubat gigi yang biasa digunakan. Ya, ada sesetengah masalah bibir merekah dan kering ini disebabkan oleh penggunaan ubat gigi yang tidak sesuai. Ini kerana synthetic flavors yang digunakan untuk pembuatan ubat gigi tersebut boleh mengakibatkan allergic (alahan). So, cuba gunakan ubat gigi yang lain.


2) Elakkan makanan yang berasid (Acidic foods). Walaupun makanan seperti buah-buahan sitrus dan sayuran sangat bagus, sementara nak atasi masalah ini, cuba buat pilihan buahan dan sayuran yang kurang berasid dan hindarkan makan makanan yang ada cuka. Ini kerana acid yang terdapat padanya amat mudah untuk memberikan rasa merengsa dan pedih apabila terkena bahagian bibir yang merekah. Juga, hati-hari penggunaan garam, jika terkena pada bahagian luka atau rekahan di bibir, ia boleh terasa sakit atau discomfort.


3) Gunakan lip balm. Produk lip balm ni direka untuk membantu memberikan kelembapan pada bibir. Selain dapat melembapkan, lip balm merawat bibir hitam dengan baik. Ada banyak produk lip balm di pasaran yang berasaskan beeswax dan petroleum. Jangan sesekali menjilat bibir untuk membasahkannya kerana ia boleh menyebabkan bibir menjadi lebih kering. Oh ya, contoh beberapa lip balm yang sangat selesa, memberikan warna bibir natural yang cantik adalah seperti berikut;

Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam mengatasi masalah bibir kering dan merekah. Selamat mencuba ya!


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page