top of page

3 TIPS UNTUK MEREKA YANG SUKA MENUKAR PRODUK SKINCARE

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 3 Jul 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! It’s Friday, finally!! Sekejap je masa berlalu, dan kita telah pun masuk bulan Julai, iaitu setengah tahun 2020 telah berlalu. Semoga the other half of this dapat kita tempuhi dengan tabah dan sentiasa bersemangat. We all can make it! Oh ya, untuk tips pagi ini Cik Jojo nak sharekan tentang 3 tips yang mungkin boleh dipertimbangakan oleh mereka yang suka sangat menukar produk penjagaan wajah. Kadang kala tu, belum habis lagi produk yang digunakan, dah nak beli yang baru (siapa selalu buat macam ini, baik mengaku cepat..😂🤣..!). Tak salah pun kalau nak bertukar produk skincare, tetapi kena lah bersesuai dan tidak memudaratkan kulit kita. Itu adalah kunci paling utama. Berikut adalah 3 tips mudah untuk korang yang suka menukar produk skincare; 📍 PATCH TEST. 👉Oh yes! Disebabkan korang suka sangat tukar-tukar produk, patch test adalah menjadi kewajipan utama ya. Ini adalah tips paling penting sekali untuk mengetahui sama ada produk penjagaan tersebut bersesuaian dengan kulit atau pun tidak. Melakukan patch test juga dapat memberikan maklumat awal kepada kita sama ada terdapat ingredients yang boleh mendatangkan allergic mahupun masalah kulit macam jerawat. 📍 JANGAN TUKAR SEKALIGUS. 👉Biasalah kalau kita nampak promosi skincare merata kat online platform (selalunya), terasa gatal sangat tangan ni nak klik-klik-klik dan bayar sebab excited sangat tengok harga discounted. Hahaha! Mula-mula hanyalah tengok-tengok sahaja, lastly “terbeli” pulak few produk. So, tips kedua ini ialah jangan tukarkan semua produk penjagaan wajah yang kita gunakan (sekarang ni) dengan yang baru full set. Memang boleh mengundang acnegenic reactions tau! Apa yang boleh dilakukan ialah tukar satu per satu terlebih dahulu. Berikan keutamaan produk mana yang kita nak cuba dan tukar tu (contohnya cleanser ke, moisturiser ke dan sebagainya). Perkenalkan secara beransur-ansur kepada kulit kita. 📍 TULIS KENAPA PERLUNYA TUKAR PRODUK TERSEBUT. 👉Bila dah rambang mata, memang semua tak ingat nak buat apa yang sepatutnya, betul tak? Terutamanya kalau ada offer buy 1 free 1 ni. Haha! Okay, tips terakhir ini ialah buatlah sedikit catatan “PROs” dan “CONs” kenapa perlu membeli sesuatu produk penjagaan wajah itu. Adakah ianya keperluan skin kita atau hanyalah kehendak sebab tengok selebriti Korea cantik sangat. Semoga 3 tips pagi ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada korang yang suka menukar produk skincare untuk lebih peka dan mengelakkan kebarangkalian mendapat masalah yang tidak diingini. Selamat mempraktiskannya ya! Remember, always listen to your skin. 😘🥰



Have a nice day everyone!


Kommentare


Post: Blog2_Post
bottom of page