4 CARA MEMILIH DAN MENYIMPAN PRODUK VITAMIN C
- Cik Jojo
- 29 Apr 2020
- 2 min membaca
Updated: 5 Sep 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! Tips pendek pagi ini ialah tentang vitamin C. Dah banyak post Cik Jojo sharekan tentang vitamin C. Hari ini ianya berkaitan tentang memilih dan penjagaan produk vitamin C. Jom lihat tips pendek tetapi penting ini.
✅ Mesti selective sebelum membuat pembelian terhadap produk kecantikan vitamin C. Ini kerana vitamin C amatlah mudah teroksida dan tak berapa stabil. So, consider dua ciri ini ya, cari yang susah nak teroksida dan yang stabil. Macam mana nak tau? Dari segi fizikalnya, vitamin C dalam produk cecair berwarna putih atau sedih kuning pudar jika ia tidak teroksida. Jika ianya dah teroksida, lazimnya warna produk bertukar menjadi sangat kuning.
✅ Kalau terlampau banyak produk vitamin C dan tak tau mana satu yang okay. First tengok warnanya. Jika tak nampak (sebab mostly produk vitamin C ni dibungkus dalam botol berwarna gelap), boleh consider tips seterusnya iaitu packaging produk. Packing produk vitamin C yang almost bagus atau kurang teroksida ialah yang dalam tube dengan muncung tirus, atau botol gelap dengan pump. Ciri kedua ini boleh dikatakan bagus kerana possibility vitamin C untuk teroksida agak kecil.
✅ Selain itu, vitamin C asli dalam bentuk powder lebih stabil berbanding cecair. Tetapi yang dalam bentuk powder ini, pengguna kena buat sukatan sendiri untuk dicampurkan dengan air, oils, moisturiser, ataupun essence (ia tidak terhad). Kalau tidak tahu, it’s better beli yang cecair tapi kalau nak cuba guna yang powder ni, boleh campurkan dengan mana-mana produk yang disebutkan tadi dan lakukan patch test terlebih dahulu untuk melihat reaksi daripada kulit. Paling penting, yang lupa gunakan sunscreen pada akhir step rutin penjagaan wajah okay!
✅ Bila dah decided nak beli produk vitamin C yang mana, cara menyimpan juga memainkan peranan penting untuk melindungi produk tersebut daripada teroksida. Jangan lupa simpan produk vitamin C tersebut kat dalam beauty fridge (untuk sesiapa yang ada) atau dalam rak yang gelap supaya cahaya tidak boleh tembusi. Dengan cara ini ia dapat mengelakkan atau melindungi produk vitamin C yang dah dibuka tersebut.
✅ Kalau korang pening jugak nak beli yang mana satu, kat bawah ini ada beberapa jenis Vitamin C yang dah Cik Jojo senaraikan mengikut spesifikasi di atas. Selamat mencuba dan dapat mencari Vitamin C yang bagus:

Selamat mencuba! Semoga post ini memberikan sedikit informasi dan dapat dimanfaatkan. Kalau suka post ini boleh #LIKE dan #SHARE ya! Terima kasih korang!
Have a nice day everyone!

Comments