4 KESALAHAN KETIKA MENGGUNAKAN SHEET MASK UNTUK MENDAPAT KULIT GLOWING
- Cik Jojo

- 20 Ogo 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Untuk hari ini, Cik Jojo nak sharekan 4 kesalahan yang sering dilakukan ketika menggunakan sheet mask dalam mendapatkan kulit glowing.
👉 Mungkin ada sesetengah orang yang suka gunakan sheet mask tetapi tidak mendapat hasil seperti yang sepatutnya.😭 Kalau ianya pernah terjadi dan bingung memikarkan puncanya walaupun dah ikut instruction produk tersebut, jom kita semak 4 kesalahan tersebut okay! 😉
✅ Kulit tidak dibersihkan sebersihnya sebelum menggunakan sheet mask. So, manfaat sheet mask tersebut tidak sepenuhnya didapati.
✅ Menggunakan moisturiser sebelum sheet mask. Mungkin ada yang berpendapat, menggunakan sheet mask selepas moisturiser dapat “lock in” kesemua kebaikan dan hydration produk skincare yang digunakan. Untuk makluman, ia adalah step yang salah dan tidak patut dilakukan.
✅ Menggunakan sheet mask pada jangka masa yang terlalu lama. Ikut instruction produk sheet mask seperti yang disarankan. Tidak lebih dan tidak kurang. Jika berlebihan, ia hanya akan menarik keluar hydration dari kulit kita ke luar.
✅ Membersihkan kulit wajah selepas penggunaan sheet mask. Jangan lakukan perkara ini kerana ianya hanya akan dapat menyingkirkan kebaikan dari sheet mask sebelum ia sempat diserap sepenuhnya oleh kulit.

👉 So, ada tak antara kesalahan di atas ini pernah korang lakukan? Haaa.. kalau ada, inilah masanya untuk diubah dan lihat hasilnya. As a friendly reminder, jangan lakukan 4 kesalahan ini tau. Mudah-mudahan korang dapat manfaatkan dalam skincare journey. Good luck!😍🥰😘
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen