4 KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN KETIKA MANDI
- Cik Jojo
- 25 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Untuk tips kecantikan hari ini, Cik Jojo nak sharekan perkara yang kita lakukan almost everyday iaitu mandi (taking shower or bath, whatever you call it). Membersihkan badan amat bagus dan sangat perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kulit kita. Walau bagaimanapun, terdapat 4 kesalahan yang sering dilakukan oleh banyak orang. Jom kita check bersama apakah 4 kesalahan tersebut agar tidak mengulanginya lagi.

1) Mandi dengan air panas terlalu lama. Walaupun bagus untuk melembutkan kotoran degil tertanggal dari kulit, penggunaan air panas terlalu lama tidak begitu baik kerana boleh menarik keluar kelembapan semulajadi kulit dan seterusnya menjadikan kulit terasa kering.
2) Menggunakan sabun mandi tanpa pelembap. Seperti yang kita semua tahu, sabun mempunyai surfactant yang kuat, dan boleh membuatkan kelembapan semulajadi tertarik dan membuatkan kulit cepat kering. So, apabila menggunakan sabun mandi atau shower foam atau any product membersihkan badan, jangan lupa untuk mencari produk yang ciri kelembapan.
3) Menggosok atau menyental kulit pada tubuh badan dengan kuat dan kasar. Walaupun kita nak hilangkan segala kotoran, bauan kurang enak, daki, dan segalanya, lakukannya dengan berpada-pada dan tidak terlalu kasar sehingga boleh memberikan rasa tidak selesa, melecet, gatal-gatal, dan sebagainya.
4) Apabila selesai menggosok kotoran pada kulit tubuh badan, jangan lupa pula untuk membilasnya dengan air bersih ya! Kalau tidak dilakukan, kotoran yang tertanggal hanya akan duduk dipermukaan kulit sahaja.
So, jangan lupa tentang 4 kesalahan ini ya agar kita tidak lakukannya. Kelembapan kulit bukan hanya untuk kulit muka sahaja tetapi keseluruhan kulit pada tubuh badan kita. Kalau malas sangat nak sapukan moisturiser, boleh cari produk shower foam, sabun yang mempunyai 2 fungsi: membersihkan dan memberikan kelembapan. Mudahan ia membantu kulit kekal lembab berbanding hanya gunakan sabun sahaja.
Selamat mencuba dan good luck! Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!

Comments