top of page

4 KESAN PENGGUNAAN HAMPAS TEH

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 27 Dis 2019
  • 2 min membaca

Updated: 18 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Selamat pagi korang! Cik Jojo excited ni nak share simple tips dengan barang yang korang boleh dapat kat dapur je. Dah la murah, bebas daripada bahan kimia berbahaya pula tu. Bahan yang Cik Jojo maksudkan tu ialah hampas teh! Jom try salah satu cara kat bawah ni.

1) Hampas teh jadi masker awet muda Teh ni ada antioksida yang tinggi dan membantu untuk melawan tanda-tanda penuaan. Korang sapukan hampas teh yang masih lembab kat muka dan biarkan dia kering sendiri. Bilas dengan air je lepas tu.

2) Menghilangkan mata panda dan sembab Uncang teh yang dah guna tu korang kena masukan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, boleh lah tekapkan kat mata. Pejam mata tau, relax selama mana boleh atau pun sampai uncang teh tu kering. Haaaa.. untuk korang yang ada masalah mata panda tu, boleh je gunakan cara simple ini sebagai alternatif kepada cream bawah mata. Atau korang boleh guna cara ini ketika merehatkan kulit daripada sebarang skincare dan kosmetik contohnya macam hari Ahad ni, ya la nak kasik kulit bernafas sekali sekala kan.

3) Hilangkan jerawat Dah cuba pelbagai produk tapi kesan tak nampak? Ok jom cuba hampas teh pula. Teh kan ada antioksida yang tinggi. Cuba jadikannya mask. Letak dalam peti ais uncang teh yang dah guna tu, bila dah sejuk sapukan ke wajah untuk beberapa minit. Biarkan bahan dalam hampas teh tu meresap dalam kulit dan bilas je dengan air lepas tu. Semalam pun ada follower sharekan tentang keberkesanan daun teh dalam meredakan jerawat. Kalau nak lebih mudah, korang boleh cari produk kecantikan yang berasaskan daun teh.

4) Hampas teh jadikan skrub muka Hampas teh yang dah guna tu korang boleh buat skrub muka, badan dan leher masa mandi. Kalau rajin amalkan, kulit jadi cun dan flawless. Selain antioksida, teh ni ada polifenol yang 100 kali lebih efektif daripada Vitamin C dan 25 kali lebih tinggi daripada Vitamin E. Haaaa.. boleh lah cuba kan. Bagus betul teh ni, dapat buat minuman yang sedap, hampasnya boleh digunakan untuk manjakan kulit pula.

Peringatan: Tunggu dulu, jangan excited sangat.... tu tangan dah cuci bersih ke? Peralatan yang sesuai untuk cuba tips ini semuanya selamat dan bersih ke tu?. Haaaaa... ingat tau, make sure semuanya BERSIH dan SELAMAT.


Selamat mencuba, korang!

Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page