top of page

4 TEKNIK BETUL MENGGUNAKAN EYE CREAM

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 10 Jan 2020
  • 2 min membaca

Updated: 17 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Korang tau kan yang eye cream ni dapat membantu untuk menghilangkan garis halus atau kedutan bawah mata tu…Banyak produk penjagaan kulit sekitar bawah mata yang dijual kat pasaran. Korang pun tau brands apa yang best dan sesuai dengan kulit dan keperluan korang kan? Tapi, Cik Jojo nak tanya… cara korang pakai cream tu sama ke tidak dengan tips kat bawah ni? Jom semak bersama…

1) Pilih eye cream yang sesuai dengan jenis kulit korang.

Korang kena make sure yang produk korang beli tu adalah sesuai dengan jenis kulit korang. Jangan pulak hanya disebabkan brands atau iklan atau claim je, korang dah kalah….Contohnya, kalau korang nak pudarkan garis bawah mata tu, pilihlan produk anti-aging dan lihatkan kandungan bahannya sama ada korang ada allergic atau tidak. Ingat tau, listen to your skin not and not influenced by others.

2) Korang kena pakai lepas letak toner

Step letak eye cream ni perlu dilakukan lepas korang memakai toner yang sesuai ya.

3) Jangan pulak korang letak amount yang banyak kat bawah kontur mata tu.

Aduhhh.. bawah kontur mata kita ni kecil saja areanya. Jangan disebabkan nak cepat nampak kesan, kita letak berkati-kati bawah mata tu. Haha! Menangis mata nak absorb semua. Korang letak kan cukup hanya area kecil di bawah mata tu saja. Kena konsisten dan bersabar okay!

4) Cukup sekadar di tap kecil (ditepuk perlahan) bukan di gosok/tonyoh/sental

Bila korang pakai eye cream ni, jangan pulak di gosok/tonyoh/sental kuat-kuat sebab tak sabar nak hilangkan garis halus tu. Cukup sekadar ditepuk kecil/perlahan (tap) dengan menggunakan jari yang bersih. Ini kerana kontur di bawah mata kit ani mempunyai lapisan kulit yang tersangat halus.

So, korang dapat something tak dari tips ini? Kalau dapat jom #SHARE dengan kawan-kawan lain kat facebook korang tu. Jangan lupa tau #LIKE jika post ini bermanfaat, dan #FOLLOW facebook NURÉAA untuk lebih banyak lagi tips kecantikan. Take care korang!

Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page