4 TIPS MENCARI SHAMPOO YANG SESUAI UNTUK KULIT KEPALA GATAL/DANDRUFF
- Cik Jojo
- 24 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Pagi ini korang breakfast apa? Tentulah sedap-sedap tu sebab breakfast orang Malaysia kan memang terbaik. Hehe! Untuk pagi ini, Cik Jojo nak share kan tips kecantikan tentang mencari produk shampoo untuk rambut kelemumur dan kulit kepala gatal. Siapa kat sini pernah mengalami masalah kelemumur atau dandruff disertai pula dengan kulit kepala yang gatal? Kalau ada yang tergolong dalam kumpulan ini, jom kita lihat beberapa tips untuk cari shampoo yang sesuai.

1) Cari shampoo yang mengandungi silicones (tetapi tidaklah terlampau tinggi kandungannya). Macam mana nak tahu? Korang perhatikan label yang ending dia “-cone” atau “-ane”.
2) Mengandungi ingredient surfactants yang agak kuat, contohnya seperti sulfates, sarcosinates, atau sulfosuccinates, di mana ketiga-tiga jenis surfactants ini mampu membersihkan rambut dengan lebih teliti, dan bersih.
3) Ada ingredient polymers seperti polyquaternium, DAN pH balancer seperti citric acid atau lactic acid yang dapat mengekalkan keseimbangan pH rambut kita.
4) Paling penting sekali ada ingredient anti-dandruff (anti-kelemumur) yang dapat menyingkirkan fungus penyebab kelemumur pada kulit kepada. Antara ingredient anti-kelemumur yang berkesan untuk meredakan rasa gatal dan kelemumur termasuklah; salicylic acid, ketoconazole, zinc pyrithione atau selenium sulfide.
Ingat tau, brands atau harga sesuatu produk itu tidak mempengaruhi keberkesanannya. Jangan lupa untuk selalu beringat membaca label produk, ingredients, dan formulasi sesuatu produk sebelum membeli ya! Black Friday pun soon, tentulah banyak sale merata-rata. So, jangan lupa educate diri sebelum membeli walaupun di hadapan mata kita kaw-kaw murah harga. Tanya diri sendiri, perlu atau tidak. Selamat membuat pilihan yang bijak.
Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!

Opmerkingen