4 TIPS MENGATASI MASALAH WARNA GELAP DI SEKITAR MULUT
- Cik Jojo
- 28 Apr 2020
- 3 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! How’s your fasting day? Harap korang yang berpuasa semuanya baik-baik dan menjalani ibadah dengan khusyuk. Untuk yang lain, korang buat aktiviti apa hari ini? Jangan lupa tau, hari ini adalah hari terakhir untuk menghantar pernyertaan giveaway call bulan April. Lepas pukul 5 petang (waktu sini, tolak 6 jam dari waktu kat Malaysia), Cik Jojo and colleague akan buat semakan jawapan.🤩🥳🤩🥰😍😘 Okaylah, untuk post pagi ini, Cik Jojo nak sharekan tentang masalah gelap di sekitar mulut dan cara untuk mengatasinya. 👉Masalah gelap di sekitar mulut boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, sun spots, melasma, dan post-inflammatory hyper-pigmentation. 👉Untuk pengetahuan, sun spots boleh terjadi selepas beberapa bulan, atau tahun untuk menunjukkan sun-exposed areas tu. So nak elakkan masalah sun spots ini, gunakan sunscreen setiap hari dan re-apply 2-3 jam untuk menghalang terjadinya sun spot atau mengelakkan sun spots yang ada tu kelihatan lebih teruk. 👉Melasma pulak selalunya terjadi disebabkan oleh gabungan beberapa faktor macam pertukaran hormon ketika hamil, plus sun exposure. Tapi ianya lebih mudah untuk diatasi sebab hormon akan lebih stabil lepas hamil dan masalah hyper pigmentation dari melasma ini selalu temporary. 👉Untuk kita yang berkulit nusantara (agak gelap ni), kalau kulit kita terkena sedikit burn, ke masalah jerawat ke, parut jerawat ke dan beberapa jenis lagi masalah kulit yang meninggalkan kesan, ianya amat mudah menjadikan kulit kita post-inflammatory hyperpigmentation. Bila ianya terjadi, melanin berada jauh ke dalam kulit dan dark spots yang terhasil boleh pudar dengan melakukan beberapa treatment, tapi memakan masa di antara enam ke dua belas bulan. 👉So kat bawah ni ada 4 tips atau cara yang bersesuaian untuk masalah discoloration di sekitar mulut (atau warna gelap di beberapa bahagian wajah, yang selalunya terjadi di sekitar mulut); ✅ Cuaca memainkan peranan. Bila terasa kulit di sekitar mulut tu kering, jangan pulak pergi basahkan area tu dengan saliva (air liur menggunakan lidah). Ia hanya boleh mempercepatkan kulit area tu jadi gelap. So, gunakan moisturiser yang bersesuaian dengan kulit, dan untuk bahagian bibir gunakan lip balm. Jangan lupa diikuti dengan sunscreen okay! ✅ Kulit di sekitar mulut kita tu agak nipis. So, masalah yang terjadi tu tidak akan go deep into the skin. Good news is ianya boleh dihapuskan atau dikurangkan dengan treating or exfoliating the skin area. Lakukan exfoliate yang mild dan lembut. Ia akan membantu untuk lift dead skin cells and bila dilakukan secara konsisten, dapat memudarkan warna gelap disekitar mulut tu. Boleh gunakan either chemical exfoliants or physical exfoliants. Tapi Cik Jojo suka guna chemical exfoliant sebab ianya tidak stimulate the skin macam physical exfoliants (yang mungkin can exacerbate the problem). ✅ Menggunakan produk kecantikan yang terdapat di pasaran. You need to be very careful tau, korang kena cari produk yang mengandungi atau at least ada beberapa ingredients dalam produk tu seperti: vitamin C, kojic acid, arbutin, azelaic acid, licorice extract, niacinamide, dan grape seed extract. Ingredients seperti ini dikenali sebagai skin brigthening agen yang selamat. Jangan lupa gunakan sunscreen selepas mengoleskan cream tersebut. ✅ Boleh jugak pertimbangkan prescription cream daripada dermatologist. Yang ni tak boleh suka-suka request tau. Kalau masalah warna gelap disekitar mulut tu agak serious macam pedih ke, gatal ke, jangkitan ke, bernanah ke, luka ke, segeralah dapatkan rawatan. Dermatologist akan bantu untuk merawat dan memberikan individual advice untuk korang. Jangan risau atau jangan takut ya!

Semoga post ini memberikan sedikit informasi dan dapat dimanfaatkan. Kalau suka post ini boleh #LIKE dan #SHARE ya! Terima kasih korang!
Have a nice day everyone!

Comments