4 TIPS MUDAH MELAKUKAN PATCH TEST SEBELUM MENGGUNAKAN PRODUK SKINCARE SEPENUHNYA
- Cik Jojo

- 13 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Tentu ramai dan banyak kali kita terbaca tentang kepentingan melakukan patch test sebelum menggunakan sesuatu produk skincare. Betul tak? Tapi bagaimanakah caranya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk kita melakukan patch test produk skincare ni.

Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak share kan 4 tips paling mudah lakukan patch test. Jom kita lihat bagaimana tips mudah ini membantu kita mengetahui produk skincare yang bersesuaian.
1) Menguji reaksi alergi (Allergic reaction) – Korang boleh cuba meletakkan sedikit jumlah produk tersebut di telinga korang. Teknik ini paling sesuai untuk melihat reaksi alergi.
2) Menguji kebarangkalian mendapat rasa Iritasi / kerengsaan pada kulit (Irritating) – Korang boleh letakkan sedikit jumlah produk yang ingin dicuba pada bahagian paling sensitif. Bahagian ini adalah berbeza untuk setiap orang, ada orang di bahagian hidung, ada yang di bahagian dagu, pipi, jawline, dan sebagainya. Kena trial-and-error sendiri.
3) Menguji sama ada produk tersebut boleh membuatkan liang pori tersumbat atau tidak (Comedogenicity) – Untuk cara ketiga ini, korang boleh cuba sedikit jumlah produk tersebut ke atas kawasan breakouts, pori tersumbat, tempat yang selalu naik blackhead atau whitehead. Cara ini juga berbeza untuk setiap orang. Jika kawasan tersebut menunjukan reaksi positif, korang boleh teruskan dan hentikan jika sebaliknya. Ingat ya, jangan cuba di seluruh kawasan tersebut, sedikit sahaja untuk melihat reaksi dengan produk baru.
4) Selain itu, korang juga boleh mencuba patch test di bahagian dalam lengan, pergelangan tangan dan leher. Di bahagian-bahagian ini juga dapat membantu korang melihat reaksi kulit menjadi merah atau gatal.
Cik Jojo sangat sesuai dan comfortable lakukan patch test di bahagian leher, korang pulak kat mana? Untuk pengetahuan, produk skincare yang sesuai, selamat dan baik untuk kulit kita adalah yang selesa ketika dipakai dan tidak memudaratkan. Sekiranya terasa gatal, panas, tidak selesa, kulit tegang (ketat), kemerahan, dan sebagainya, segeralah cuci muka dan tanggalkan produk tersebut dari kulit muka dan jangan berlengah.
As a friendly reminder, sebenarnya TIADA istilah ‘proses rawatan’, ‘first time cuba’, ‘kulit muka baru nak kenal’, ‘healing crisis’ dan sebagainya jika rasa-rasa tersebut terjadi. Itu tidak normal dan tidak sepatutnya berlaku! So, hati-hati sebelum membeli produk skincare tau. Sayangi kulit kita dan diri kita. Take care and stay safe!
Selamat mencuba!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen