4 TIPS PENGGUNAAN GLYCOLIC ACID
- Cik Jojo
- 13 Jul 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! How’s your weekend? Cik Jojo harap semuanya baik-baik sahaja. Ada yang sambut birthday ke last weekend atau ada yang jalan-jalan cari makan ke? Tentu ianya menjadi kenangan yang best kan. Okaylah, untuk tips pagi ini, Cik Jojo nak share kan tentang 4 tips penggunaan glycolic acid.
👉Untuk makluman korang (yang tak tau, yang dah tau senyum je tau), GLYCOLIC ACID ini terdiri daripada salah satu kumpulan AHA (Alpha-hydroxy acids). Kajian saintifik membuktikan yang glycolic acid dan lactic acid (satu lagi jenis AHA yang lebih lembut), adalah ingredient acid yang sangat promising dalam skincare dan paling sangat kurang memberikan rasa merengsa (irritation). Sebab itulah 2 ingredients ini sangat banyak dijumpai dalam produk-produk skincare yang dijual di pasaran. So, 4 tips penggunakan glycolic acid adalah seperti berikut;
✅ Walaupun ianya sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensitif, ia adalah sangat bagus digunakan untuk kulit kering dan mereka yang ada kondisi sun damaged skin.
✅ Walau bagaimanapun, glycolic acid ini dapat meningkatkan photosensitiviti. So, bila gunakan glycolic acid ini pada waktu SIANG kena disusuli dengan SUNSCREEN. Wajib. Atau kalau nak kurangkan photosensitiviti tu, boleh gunakan glycolic acid pada waktu MALAM seperti yang sering disyorkan.
✅ Pilih produk yang mengandungi glycolic acid yang ada instruction “leave-on” produk. Maksudnya, biarkan glycolic acid tersebut tanpa membilasnya. Sebab ada orang suka bilas acid lepas 30 minit kerana berpendapat acid telah melakukan kerjanya dan kulit kembali pada pH asal. Tidak untuk glycolic acid, di mana ianya work best bila kita tinggalkan ke atas kulit selama beberapa jam. So nampak tak logiknya kenapa disarankan guna glycolic acid pada waktu malam? Pertama, tiada cahaya matahari yang boleh menyebabkan photosensitiviti (muka senang burn atau kemerahan). Kedua, glycolic acid berkerja jangka masa panjang, so waktu malam bila kita tidur, let it works best for our skin. Don’t worry, bukannya kena guna setiap hari pun, once or twice a week bergantung kepada jenis dan kondisi. Bila bangun esok pagi, cuci je muka dengan air bersih.
✅ Untuk mereka yang dah advanced dengan glycolic acid dan nak guna dalam dosage yang tinggi atau kita panggil high concentrations of glycolic acid, WAJIB dapatkan khidmat nasihat daripada dermatologist (not esthetician, beautician, spa owner, dan sebagainya). There are things yang boleh kita tanya pada esthetician, dan ada yang kena rujuk dermatologist. Dalam kes ini, dermatologist adalah rujukan penting.
👉Semoga tips ini dapat dimanfaatkan dan dapat menghindarkan korang daripada tersalah guna glycolic acid. Don’t worry, ianya produk yang selamat, kalau tidak ia tidak boleh dijual sebagai over-the-counter product. Just make sure baca instruction ya.
Rujukan dan sumber untuk bacaan lanjut;
1) Smith, W.P., 1996. Comparative effectiveness of α‐hydroxy acids on skin properties. International journal of cosmetic science, 18(2), pp.75-83. Available online at: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19245467/
2) Alpha Hydroxy Acids, U.S. Food and Drug (FDA) Website, 05 July 2019. Available online at: https://www.fda.gov/cosmetics/cosmetic-ingredients/alpha-hydroxy-acids

Have a nice day everyone!

Comments