4 TIPS UTAMA KETIKA MENCUBA TESTER MAKEUP
- Cik Jojo

- 17 Feb 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! Hari ini Cik Jojo nak sharekan tips pendek ketika mencuba tester makeup, tak kisah lah di drugstore ke di kedai ke atau dengan penjual produk kosmetik. 4 tips kat bawah ni penting tau, semoga ianya dapat bantu korang dapatkan produk kecantikan yang sesuai. Jom baca ya; ✅ Jangan gunakan tester produk kecantikan yang sudah terlalu kotor. Kita pun tidak tahu kotoran apakah yang melekat pada produk kecantikan tersebut dan mungkin boleh memudaratkan kulit kita kelak. Jadi, hati-hati ya! ✅ Elakkan secara langsung mengoles produk kecantikan terus ke kulit wajah. Ianya agak berisiko dan sangat mudah memberikan masalah kepada kulit wajah. So, disarankan untuk lakukan patch test pada bahagian tangan atau lengan untuk melihat sebarang kesesuaian, iritasi, alegik atau masalah. ✅ Jangan lupa bersihkan tester produk dengan alcohol sebelum dan selepas mencuba tester makeup tersebut okay. ✅ Jika tester produk kecantikan tersebut tidak boleh dibersihkan minta bantuan daripada promoter produk untuk tester yang baru. 👉Walaupun 4 tips ini nampak mudah dan agak common sense, ianya sering kali dilupakan atau tidak diendahkan oleh pembeli. Korang ada buat tak macam tips kat atas ni? Selalunya kita test produk macam lipstik, compact powder, pemerah pipi, foundation… Nampak smooth je bila dioleskan sedikit kat tangan, betul tak. Tapi, korang jangan terlupa atau dikaburi oleh produk tersebut, check dahulu sama ada ianya bersih atau tidak ya! Jangan malu atau segan untuk bertanyakan kepada promoter produk tersebut kalau korang nampak produk tester tu agak kotor. Depa tak marahhhh, bila tak tanya orang tak tahu, betul tak. Semoga post ini bermanfaat dan dapat dipraktikkan. Kalau suka post ini jangan lupa ke facebook page NURÉAA dan boleh berikan #LIKE atau #LOVE. Terima kasih korang!

Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen