5 CARA MENGHILANGKAN MILIA
- Cik Jojo

- 8 Jan 2020
- 2 min membaca
Updated: 17 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Tips pendek kali ini ialah cara menghilangkan milia. Ada di antara korang yang tahu macam mana nak hilangkan milia ni? Terdapat 5 tips utama yang membantu korang untuk menghilangkan milia. Jom kita baca kat bawah ni;
1) Rutin penjagaan wajah
Mencuci dan menjaga wajah ni adalah paling utama. Ya, memang ada orang yang malas lah tak sempat lah lalu tertidur. Jangan amalkan tabiat ini. Mungkin ada di antara korang yang berumur 20an, dan tidak nampak kesannya lagi. Apabila menjelang 30an pelbagai masalah kulit akan dapat dilihat dan dialami sendiri. Sebab tu lah, penting sangat untuk menjaga kulit wajah walaupun se simple cuci, toner, moisturiser dan sunscreen.
2) Menggunakan produk kecantikan yang mengandungi retinol
Untuk korang yang ada milia ni, lepas dah cuci wajah dengan bersih tunggu lebih kurang 30 minit sampai kulit kering sepenuhnya. Then, korang titiskan hanya kat tempat yang ada milia tu jerr dengan retinol. Ingat tau, jangan terkena mata atau area yang dekat dengan mata.
3) Peeling
Ini adalah cara paling berkesan dan agak cepat tergantung kepada bahan peeling tersebut. Korang boleh buat sendiri kat rumah atau kalau nak cepat ke salon jerr. Kalau korang memilih untuk buat kat rumah, korang boleh pilih produk yang mengandungi acid lactic, dan acid glycolic, tapi ingat jangan campurkan bahan-bahan ini bersama. Pilih salah satu untuk cuba.
4) Exfoliate kulit wajah
Korang boleh cuba buat penjagaan exfoliation untuk dapatkan kesan yang baik. Tapi korang kena bijak memilih kandungan produk supaya ianya dapat mengelakkan sebarang iritasi kat kulit wajah korang tu. Kalau korang nak buat dengan bahan segar kat rumah, korang boleh cuba campurkan gula dan minyak zaitun (olive oil). Make sure wajah korang dah dibersihkan dahulu serta dikeringkan Then baru lah sapukan atau scrubkan wajah korang tu dengan campuran tadi, ingat tau jangan terlalu kuat atau sental macam nak cuci pinggan pulak. Buat urutan membulat selama 15-20 kali dan bilas la dengan air sejuk yang bersih.
5) Masker putih telur Korang jangan sesekali gunakan hanya putih telur untuk dapatkan kulit yang halus mulus. Bahaya! Nanti seseang Cik Jojo ceritakan kenapa. Tapi untuk tips menghilangkan milia ni, korang boleh gunakan putih telur dicampurkan dengan madu asli, yogurt asli yang kosong tu, dan serbuk the (the hijau lebih baik). Semua bahan ini mengandungi retinol, antioksidan, protein, dan vitamin… so korang memang dapat khasiatnya secara terus ya! Tapi ingat, jangan disimpan/digunakan lebih daripada 24 jam tau. Khasiatnya akan hilang. Masker tu korang pakai lah lebih kurang 30 minit, dan bilaskan wajah dengan air sejuk yang bersih. Now, korang rasa sendiri cam ner efek dia… best ke tak best??

Selamat mencuba tip di atas ini korang! Ya, terdapat pelbagai produk kecantikan yang berkesan di pasaran, tapi korang jangan tutup mata pulak tentang bahan-bahan di dalamnya ya! Kalau korang suka tips ini atau tahu sesiapa yag ada milia, boleh sarankan kat mereka ya! Jangan lupa tau ke facebook NURÉAA untuk #SHARE, #LIKE dan #FOLLOW kami. Ingat tau, kami ada free giveaway yang nak diberikan! Maklumat lanjut ada kat facebook. Terima kasih korang!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen