5 CARA UTAMA HILANGKAN KULIT KUSAM PADA WAJAH
- Cik Jojo

- 5 Jan 2020
- 3 min membaca
Updated: 18 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Selamat petang korang! Siapa di antara korang kat sini berkulit kusam? Kalau korang nak sharekan pengalaman membaiki kulit kusam, korang boleh tuliskan kat ruangan comment di bawah ya! Mana tau kan, kalau petua korang tu dapat bantu lebih ramai lagi pembaca kat dalam ni. Cik Jojo pun tak nak ketinggalan untuk sharekan beberapa bahan yang superb untuk mengurangkan kulit kusam. Sudah tentulah produk kencatikan yang betul dan selamat dapat membantu serba sedikit tentang masalah korang tu kan. Tapi, tips kat bawah ni korang juga boleh cuba sebagai alternatif atau ketika korang kat rumah tengah relax ke tengok TV ke... Jom kita tengok beberapa steps mudah jer untuk korang cuba….
1 PISANG
Korang tau kan khasiat buah pisang? Ianya ada pelbagai jenis Vitamin. Ya, mungkin ada di antara korang pernah dengar tips kulit pisang boleh membantu hilangkan tompok hitam/parut jerawat yang baru surut. Tapi tips yang Cik Jojo nak share kan ni ialah buah pisang itu sendiri. Apa yang korang perlu lakukan ialah campurkan pisang yang telah dilenyek hancur bersama madu kemudian sapukan campuran tersebut kat wajah korang. Lepastu, korang biarkan lebih kurang 15 minit. Jangan lupa bilas dengan air sejuk yang bersih. Air sejuk dapat menutup liang pori yang terbuka.
2 MADU
Khasiat madu memang tidak dapat disangkal. Korang boleh jadikan madu sebagai masker tau!. Contohnya, korang boleh campurkan madu dengan sedikit susu segar untuk dijadikan masker. Kalau nak lagi best, letak seketika dalam peti ais untuk rasa nyaman apabila digunakan sebagai masker. Kuantiti yang korang boleh cuba ialah ratio 1 (madu):1 (susu). Korang boleh tunggu lebih kurang 15 minit atau setelah rasa sedikit kering (jangan sampai kering sangat). Bila dah rasa sedemikain, korang boleh lah bilas dengan air sejuk yang bersih. Air sejuk dapat menutup liang pori yang terbuka.
3 SUSU
Susu jugak penuh dengan pelbagai khasiat. Korang suka minum susu tepung atau susu segar tak? Sedap kan. Kalau korang jenis tak suka minum susu, korang cuba variasikan mengambilan susu contohnya campurkan dengan buah-buahan segar kan.. Rasa pun sangat enak! Tapi, kalau korang dapat mengamalkan mencuci muka dengan menggunakan susu atau pun buat masker yang mempunyai kandungi susu, pun sangat best. Bukan saja korang dapat khasiat dalaman malah luaran pun sama dapat manfaat. Tapi cara ini korang kena lakukan dengan kerap untuk menghilangkan kulit kusam! So, korang boleh cuba tips ini, dan lihat sendiri hasilnya. Glowing atau tidak.
4 JUS LEMON
Cik Jojo ada ingatkan dalam post yang terdahulu, lemon ni TIDAK BOLEH digunakan secara TERUS kat kulit muka kerana sifatnya yang sangat berasid. Takut burn pulak kulit tu bile korang pakai dan tinggalkan semalaman. So, tolong elakkan ya. Lemon ni bagus untuk detox. So, macam mana nak gunakan khasiat lemon ni? Korang boleh letak perahan lemon tadi dengan air sejuk yang bersih dengan ratio sukatan 1 sudu (lemon): 2 atau 3 sudu (air sejuk). Bila dah dapat sukatan yang mild atau bersesuaian, korang boleh gunakan kapas muka yang bersih, celupkan ke dalam air tersebut dan sapulah kat muka korang. Biarkan kering seketika lebih kurang 10-15 minit supaya khasiat dalam jus lemon tadi meresap, dan bilas dengan air sejuk yang bersih.
5 YOGURT ASLI
Yogurt pun salah satu ingredient yang baik untuk buat masker di rumah. Korang boleh cuba gunakan yogurt asli (tanpa perisa), dan campurkan sedikit madu kepadanya. Kuantiti ratio yang sesuai untuk masker jenis ini ialah 1 sudu (yogurt): ½ sudu (madu). Tunggu sehingga lebih kurang 15 minit dan jangan lupa bilas dengan air sejuk yang bersih.
Kenapa 15 minit? 15 minit itu adalah masa yang sesuai untuk bahan-bahan yang korang gunakan fresh (segar) untuk meresap ke dalam kulit korang. Kenapa perlu bilas dengan air sejuk yang bersih? Ianya membantu menutupi liang pori-pori daripada terbuka. Maksudnya, masa korang cuci muka dengan air suam pori-pori dah sedikit terbuka (atau bahasa pasarnya kembang), jadi bila korang gunakan fresh masker seperti yang ditulis kat atas ni ianya dapat memberi laluan dan menyerap beberapa khasiat yang baik. So, air bilasan yang sejuk dan bersih tu dapat bantu tutup semula pori-pori yang terbuka tadi.
Korang dapat something tak untuk perkongsian hari ini? Cik Jojo selalu ingatkan, sebelum korang nak gunakan sebarang produk kecantikan atau melakukan homemade produk kecantikan kegunaan sendiri di rumah, pastikan KEBERSIHAN TANGAN DAN KESELAMATAN PERALATAN ya!

Selamat mencuba resepi homemade produk kecantikan untuk kegunaan sendiri di rumah ini. Korang boleh #LIKE dan #SHARE resepi ini kat facebook NURÉAA. Kalau ada yang nak #FOLLOW facebook NURÉAA, amatlah di alu-alu kan sebab kita ada free giveaway tau. Salam kenal semua!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen