top of page

5 JENIS KULIT WAJAH DAN BASED-INGREDIENTS YANG BERKESAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 13 Apr 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! How’s your weekends? Korang dah tengok movie apa jer masa hari Sabtu dan Ahad? Cik Jojo suka tengok movie thriller dan horror, baru lah entertaining :D Walau apa pun, jangan lupa stay at home ya. Negara yang Cik Jojo duduk ni pun extended lagi kena stay at home. Tak mengapa, kita dengar je arahan yang diberikan okay! Meanwhile, jom lakukan perkara-perkara yang berfaedah ketika di rumah. 👉Untuk post pagi ini Cik Jojo nak share kan tentang ingredients utama yang paling sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Maksudnya, kalau korang berkulit sensitif, korang boleh consider these ingredients utama bila nak cari sesuatu produk, dan begitu juga dengan jenis kulit yang lain. Jom baca kat bawah ni: Kulit berminyak 📍Salicylic acid 📍Vitamin C 📍Tea tree oil untuk jerawat 📍Witch hazel efektif untuk mengurangkan spots 📍Centella asiatica baik untuk menenangkan iritasi kulit, mengurangkan parut jerawat dan excess sebum. 📍Propolis membantu menghalang outbreaks jerawat. Kulit kering 📍Hyaluronic acid 📍Vegetable squalene 📍Ceramides, bagus baiki dan maintain skin barrier kulit 📍Lactic acid Kulit kombinasi 📍Boleh gunakan ingredients untuk kulit kering kat bahagian pipi dan bahagian kulit kering yang lain, dan ingredients untuk kulit berminyak di kawasan T-zone. Kulit sensitif 📍Calendula 📍Aloe vera 📍Camomile 📍Hyaluronic acid 📍Green tea (teh hijau) 📍Rice extract 📍Niacinamide (asalkan tidak too concentrated produk) Kulit matang 📍 Bee and snake venom dapat membantu kulit stimulate kolagen dengan sendiri. Ini adalah lebih baik kerana produk yang ada ingredient kolagen (banyak terdapat di pasaran) TIDAK dapat menembusi epidermis kulit kita. So, gunakan produk yang ada bee and snake venom supaya kulit kita sendiri produce kolagen. 📍Lactic acid 📍Glycolic acid 📍Hyaluronic acid 👉Kat atas ini hanyalah ingredients utama untuk setiap jenis kulit. Korang boleh add-on dengan cara introduce satu per satu ingredients lain yang tidak dinyatakan seperti, retinol, peptides, niacinamide dan sebagainya. Kalau korang nak mencari dan membeli produk kecantikan, pastikan dahulu jenis kulit korang dan carilah produk yang bersesuaian (contohnya macam basic ingredients kat atas ini). Bila dah jumpa yang meet your requirements, boleh lah lakukan patch test terlebih dahulu sebelum terus mencubanya. Kebanyakan orang tidak mengetahui jenis kulit sendiri dan terus membeli produk berdasarkan review, bertanya kepada orang yang bukan dalam bidangnya, dan terpengaruh dengan iklan yang tertera. Hakikatnya, setiap kulit manusia adalah berbeza dan unik dan tiada satu produk yang one-size-fit-all.


Semoga bermanfaat dan selamat mencari produk yang bersesuaian. Listen to your skin, tau! Stay safe and take care korang.


Have a nice day everyone!




Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page