top of page

5 KEBAIKAN ROSEHIP SEED OIL

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 10 Feb 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! It’s Sundayyyyyyy, finally! Semoga korang manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah di hujung minggu ini. Untuk post pagi ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 5 kebaikan rosehip seed oil. Pernah dengar kan tentang bahan popular ini dalam industri kecantikan… In fact, korang boleh dapatkan pure rosehip seed oil tanpa dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain kat drugstore, online, mahupun trusted sellers. Jom kita tengok apakah 5 kebaikannya. 💕 Memberikan perlindungan dari age spot Ia mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit wajah. Selain itu, vitamin A yang terdapat di dalamnya membantu mengurangkan warna dan pigmentasi pada kulit wajah serta membaiki tekstur kulit lebih sekata. 💕 Membantu melambatkan penuaan (anti-aging) Selain itu, vitamin A yang terdapat pada rosehip seed oil ini dapat membantu merangsang produksi kalogen dalam kulit wajah dan seterusnya menjadikan kulit lebih anjal/elastik. 💕 Mengurangkan parut post-surgical Selain itu, hasil penyelidikan dari University Hospital Gran Canaria, Sepanyol yang diketuai oleh Dr.Negrin, mendapati penggunaan rosehip seed oil yang konsisten di antara 6 hingga 12 minggu dapat membantu mengurangkan beberapa masalah seperti post-surgical skin scars, discoloration, erythema dan memperbaiki tekstur kulit. 💕 Meningkatkan kelembapan kulit wajah dan mengurangkan garis halus tanda penuaan Sementara itu, satu lagi penyelidikan saintifik membuktikan rosehip seed oil dapat memberikan kesan positif kepada kondisi kulit seperti meningkatkan kelembapan, elasticity (keanjalan), dan mengurangkan garis-garis halus tanda penuaan dalam jangka masa 8 minggu. 💕 Sangat selamat dan sesuai digunakan dalam produk kecantikan dan perubatan Dalam satu kajian saintifik yang lain, rosehip seed oil menunjukkan keputusan yang positif dan selamat untuk digunakan dalam produk kecantikan dan perubatan. Ini kerana rosehip seed oil mengandungi beberapa jenis acid yang baik seperti linoleic, linolenic, palmitic, dan stearic. So, Cik Jojo dah summarised kan beberapa kajian saintifik yang menyokong kebaikan rosehip seed oil ini. Tentulah ianya selamat dan terbukti berkesan. TETAPI, suka Cik Jojo ingatkan berkali-kali, walaupun ianya selamat dan terbukti berkesan, korang mesti melakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakan produk yang ada rosehip seed oil ini. Ini kerana, walaupun selamat dan berkesan, ada segelintir orang mengalami sedikit masalah seperti iritasi atau sedikit gatal. So, listen to your skin okay!😘😘 Rujukan dan untuk korang yang nak baca lanjut beberapa eksperimen yang telah dilakukan: 1) Szentmihályi, K., Vinkler, P., Lakatos, B., Illés, V. and Then, M., 2002. Rose hip (Rosa canina L.) oil obtained from waste hip seeds by different extraction methods. Bioresource technology, 82(2), pp.195-201. 2) Phetcharat, L., Wongsuphasawat, K. and Winther, K., 2015. The effectiveness of a standardized rose hip powder, containing seeds and shells of Rosa canina, on cell longevity, skin wrinkles, moisture, and elasticity. Clinical interventions in aging, 10, p.1849. 3) Valerón-Almazán, P., Gómez-Duaso, A.J., Santana-Molina, N., García-Bello, M.A. and Carretero, G., 2015. Evolution of Post-Surgical Scars Treated with Pure Rosehip Seed Oil. Journal of Cosmetics, Dermatological Sciences and Applications, 5(02), p.161. Jangan lupa untuk ke facebook page NURÉAA dan #LIKE atau #LOVE jika korang rasa post ini sangat berguna dalam membantu korang membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk kecantikan. Kalau bermurah hati, boleh lah #SHARE mudahan ada yang #FOLLOW kami di facebook page dan website ini. Terima kasih korang!!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page