5 KEBURUKAN MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH DENGAN TISU BASAH (WET TISSUE/CLEANSING TISSUE/FACE WIPES)
- Cik Jojo
- 13 Feb 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! Dah berapa banyak tips kecantikan yang Cik Jojo share kan untuk korang cuba. Kalau ada yang best dan manfaat, jangan lupa ke facebook page NURÉAA dan #LIKE post tersebut okay! So, pagi ini Cik Jojo nak sharekan tentang 5 keburukan membersihkan kulit wajah dengan tisu basah atau wet tissue atau cleansing tissue atau face wipes (mana-mana lah yang korang prefer). Eh… ada ke orang bersihkan muka dengan tisu basah? Ya, masih ada! Jom, kita check apakah 5 keburukan utama. 👉Kulit akan menjadi cepat kering disebabkan oleh kandungan alcohol yang terdapat pada tisu basah tersebut. So, make sure korang check ingredients yang telah diserap oleh tisu basah itu sebelum membelinya ya! Nama pun produk kecantikan kan... dah nama produk tentulah ada ingredients nya. 😉 👉Korang rasa, sekali wipe atau berkali wipe dah bersih. Sebenarnya tidak sama sekali. Kulit wajah akan nampak sedikit kusam disebabkan oleh kotoran yang tidak dibersihkan secara betul atau maksimum. Ya, bila dah wipe pakai tisu basah ni.. kulit wajah terasa sedikit fresh tapi ianya tidak sebersih selepas mencuci kulit wajah yang sebetulnya. Jadi, hati-hati ya.. takut kotoran tersebut clogged pores pula😫. 👉Bila kotoran tersumbat pada liang pori-pori, ianya senang membuatkan jerawat timbul kat kulit wajah. Nampak tak, kita rasa dah bersih lepas wipe guna tisu basah tetapi sebenarnya tak bersih langsung. Kotoran yang tertinggal atau tersumbat itulah yang boleh mengakibatkan jerawat😖. Jangan malas cuci muka okay! 👉Tisu basah juga berpotensi untuk memberikan iritasi kepada kulit disebabkan oleh kandungan yang terdapat di dalamnya. Sebab itulah kalau nak beli tisu basah pun, korang jangan lupa check ingredients tau. Kalau ada alcohol dan korang pulak ada allergic dengan kulit, bolehlah elakkan. Jangan terlupa pula untuk check ya!☺️ 👉Kulit wajah cepat menjadi kendur akibat menggosok tisu tersebut dengan kuat kepada kulit wajah. Sebab itulah disarankan untuk mencuci wajah dengan pencuci wajah yang sesuai berbanding menggunakan tisu basah. Pencuci wajah lebih efektif membersih disebabkan oleh fungsi produk tersebut. Tisu basah pula ada fungsi yang berlainan.😌 Kesimpulannya, tisu basah/wet tissue/cleansing tissue/ face wipes ni ada both kebaikan dan keburukan. Kebaikannya, ia boleh menjadi refresher before gi gym atau after workout (masa tu muka kita pun tak ada makeup, nak gunakan sekadar nak lap peluh pun okay saja). Yang menjadi buruk bila ianya digunakan sebagai method untuk membersihkan kulit wajah. Bila method dah salah, 5 keburukan tu pun timbul. So, hati-hati ya korang 😉 Semoga korang dapat manfaat daripada post pagi ini! Kalau suka, boleh cepat-cepat ke facebook page NURÉAA dan berikan #LIKE atau #LOVE kat post ini. With that Cik Jojo ucapkan selamat bekerja/ selamat study/ selamat menguruskan hal rumah. Oh ya, jangan lupa untuk join February giveaway tau, keterangan lanjut sila ke facebook page NURÉAA! See you later!

Have a nice day everyone!

Comentários