top of page

5 LANGKAH MENGGUNAKAN ESSENTIAL OILS UNTUK RUTIN PENJAGAAN WAJAH

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 27 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Seperti tajuk di atas, tentu korang tertanya boleh ke tidak menggunakan essential oils dalam penjagaan wajah. Tentulah boleh, TETAPI hanya untuk sesetengah orang sahaja dan TIDAK SESUAI untuk semua jenis dan kondisi kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif dan kulit berjerawat. So, hari ini Cik Jojo nak sharekan 5 langkah yang mudah untuk menggunakan essential oils untuk mereka yang tidak mempunyai allergies atau sensitiviti terhadapnya.

Jom kita check;

1) Essential oils tidak boleh digunakan terus kepada kulit. Ni rules nombor 1. Sebab? Ia boleh mendatangkan allergic reactios, kulit rasa merengsa atau irritation, dan lebih up lagi rasa burning sensation. So, please take note tau.


2) Jika hendak menambahkan essential oils dalam rutin penjagaan wajah, hendaklah menggunakan carrier oils. Apa itu carrier oils? Carrier oils ni contohnya macam argan oil, avocado oil, olive oil). Semakin cair essential oils terhasil daripada campuran carrier oil, lebih rendah lah kebarangkalian untuk mendapat rasa irritation, burning sensation mahupun allergic reaction tu.


3) Campuran essential oils dan carrier oils yang terhasil MESTI lah di test sebelum boleh mengoleskan pada kulit wajah. So, jangan lupa lakukan PATCH TEST campuran tersebut ya.


4) Kalau kot berminat untuk menambahkan essential oils kepada produk yang sedia ada macam mask atau moisturiser, jangan lupa untuk menambahkan essential oils tersebut dalam bentuk diluted form (maksudnya mesti menghasilkan essential oils yang cair dulu e.g. untuk mendapatkan essential yang cair, kena campurkan dengan carrier oils seperti disebutkan pada point no.2).


5) Yang ni paling penting. Pastikan kulit wajah yang disapukan produk dengan essential oils tadi TIDAK diberikan sun exposure. Kenapa? Sebabnya, banyak essential oils yang bersifat phototoxic (contoh essential oil seperti bergamot, lemon, grapefruit, cumin, cold pressed citrus range, etc). Phototoxic ni maksudnya, komponen kimia yang terdapat dalam essential oils boleh bertukar kepada toksik apabila di exposed kepada cahaya matahari.


Semoga tips menggunakan essential oils ini dapat memberikan sedikit informasi untuk dimanfaatkan. Ingat tau, essential oils boleh dan selamat digunakan untuk sesetengah jenis kulit TETAPI boleh menjadi toksik apabila tidak digunakan dengan betul. Good luck!! Kalau suka post ini jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Terima kasih.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page