top of page

5 LANGKAH RUTIN SKINCARE UNTUK MENGELAKKAN MASALAH MASKNE

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 8 Okt 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Memandangkan kita semua masih lagi berperang dengan masalah COVID19, dan memerlukan kita semua menggunakan mask, dan penggunaan mask ini boleh mengakibatkan MASKNE (jerawat), post ini mungkin boleh membantu mengelakkan masalah tersebut.

Antara 5 langkah untuk rutin skincare bagi kita yang kerap menggunakan mask termasuklah;

1) Lakukan double cleanse (terutamanya pada rutin malam PM)


2) Gunakan mask yang bersih dan tentunya boleh bernafas. Point ini nampak mudah tapi tak ramai yang boleh lakukan sebab sayang mask tak rosak lagi. Jangan tunggu sampai rosak tau. Jika mask tersebut jenis pakai buang, lakukannya. Mask yang tidak bersih mengundang banyak perkara yang tidak baik untuk kulit dan kesihatan kita.


3) Sekiranya ada jerawat seketul dua atau breakouts, jangan picitnya dan gunakan pimple patches.


4) Walau pun kena pakai mask, jangan skip untuk gunakan sunscreen dan moisturiser setiap hari.


5) Cuba untuk bertenang atau lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stress.


Semoga post ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah jerawat ketika pandemik dunia. Jangan lupa cuci tangan selalu, gunakan hand sanitiser dan jaga jarak sosial kita ya! Take care all.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page